Saham

2 Kaunter Saham Ini Dikaitkan Dengan Muhyiddin

0

Saham yang dikaitkan dengan Perdana Menteri baru Tan Sri Muhyiddin Yassin – Eden Inc Bhd dan Thriven Global Bhd – melambung pada pembukaan hari ini.

Muhyiddin Yassin

Saham 1 – Eden

Pada sesi pagi sewaktu kaunter baru dibuka saham Eden naik sebanyak 92.3%. Sehari sebelum, saham Eden ditutup pada harga 0.195 tetapi keesokannya iaitu pada hari pertama Tan Sri Muhyiddin mula menggalas tugas sebagai Perdana Menteri, harga saham Thriven melonjak naik atau bahasa sahamnya gap up kepada 37.5 sen! Ini bermakna jika kita beli sehari sebelum dan menjualnya pada hari pertama PM Ke-8 menjalankan tugas ini bermakna kita telah pun mencatat keuntungan sebanyak 92.3%! Perghh!! Hampir 100% weyh.

Namun berlaku sedikit kejatuhan selepas itu dipercayai disebabkan pengambilan keuntungan oleh pelabur. Yelah korang labur RM5,000 tiba-tiba dalam masa sehari dah jadi RM10,000! Dah boleh beli iphone baru beb! Walaubagaimanapun selepas berlakunya kejatuhan itu, saham Eden masih lagi tinggi berbanding harga semalam. Saham Eden ditutup pada harga 0.270 sen.

Saham 2 -Thriven

Satu lagi saham yang dikaitkan iaitu saham Thriven dibuka lebih tinggi iaitu 42 sen pada hari ini sedangkan pada jumaat lalu harga saham Thriven ditutup pada 22sen. Almost 100%! Stok telah turun kepada 31 sen pada 9.56 pagi dan ditutup pada 0.315 pada sebelah petangnya.

Eden dan Thriven dikaitkan dengan Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, anak kepada Tan Sri Muhyiddin. Thriven adalah pemaju hartanah, sementara Eden terlibat dalam operasi makanan dan minuman serta pelancongan.

Cumanya antara 2 kaunter ni Thriven sahaja yang shariah.

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/muhyiddinlinked-stocks-soar

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Yang Memang Ohsem

Previous article

Kitamen | 7 Tips Sebelum Anda Mulakan StartUp

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.