Medical Card

21 Perkara Yang Tak Dilindungi Medical Card

0

Sebelum kita membincangkan tentang perkara yang tak dilindungi Medical Card mari kita recap sikit tentang Medical Card.

Medical Card? What is that? Penting ker?Soalan-soalan ni yang kerap dilontarkan kepada ejen-ejen takaful. Sampai serba salah kekadang dibuatnya. Untuk yang dah ada dan pernah menggunakan medical card anda akan nampak kegunaannya.

Mana yang masih belum ada lepas tu liat nak buat walaupun mampu it’s okay… Pilihan di tangan anda. Apakah pilihan-pilihan yang ada? Mungkin antara pilihan yang ada adalah;

#1 Berserah pada takdir

#1 Relaks lar. Sedara mara ramai kot. Nanti dorang tolonglah tu (Iye ker? Confirmnya..)

#2 Alah….rancangan apa dekat TV3 tu. Bersamamu??Ha..nanti aku calonkanlah diri aku masuk program realiti tu (erkkk!!!)

#2 Majikan dah sediakan manfaat perubatan. So pe kes nak apply medical card plak. Tapi tetiba…

#1 Jemah! I’m sorry to say that you’re fired! Awak dah tak berkepentingan lagi pada syarikat saya. Saya dah jumpa yang lebih hot dan berkredibiliti daripada awak (Damn!)

#2 Sorry to say, saya terpaksa berhentikan awak kerja. Dengan keadaan fizikal awak sekarang yang tak boleh nak bergerak seperti biasa ianya akan menyukarkan kerja awak. Nanti effect pada produktiviti syarikat. I’m really sorry I have no choice.

#3 Duit pencen abang nak habis dah ni yang…Awak lah. Emas 150 karat setiap bulan dibelinya. Mana abang tak koyak. Dah mana abang nak cekau duit operate appendiks abang ni. Kang lelama dibiar meletop!

#3 Kerajaan kan ada sediakan subsidi rawatan

#1 Dah 3 bulan aku tunggu nak jumpa Doktor Pakar untuk dapatkan rawatan.

Ko pergi hospital mana?

Hospital Kerajaan…

#2 Aku rasa dah tak tahan sangat dah ni. Sakit yakmat! Kalau dapat operate cepat ni aku rasa kurang sikit sakitnya.

Dah tu bila ko operatenya?

Doktor cakap lagi 6 bulan. Kene queue.

perkara tak dilindungi medical card

#4 Pilihan ni paling best! Menabung dalam plan pelaburan kad perubatan atau bahasa ringkasnya sediakan satu M.E.D.I.C.A.L C.A.R.D untuk diri sendiri.

So dalam post kali ini kita tak bincang pasal pentingnya ada medical card. Kalau nak tahu kepentingannya boleh baca link ini https://thefulus.com/8-cara-pilih-medical-card-terbaik/

Tapi dalam post kali ini kita nak cerita tentang beberapa perkara yang tak dilindungi oleh medical card. Ramai diluar sana kurang didedahkan dengan info ini. So kali ini The Fulus nak share dengan anda semua. Sila baca dengan berhati-hati dan penuh khusyuk okay!

Perkara-Perkara Yang Tak Dilindungi Medical Card

1. Penyakit Sedia Ada

Penyakit sedia ada jika kalau tidak diberitahu semasa memohon medical card, kemungkinan besar penyakit itu tak dicover.

Jika anda sudah mempunyai penyakit, sakit itu mestilah dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

Contohnya sebelum ni dah pernah ada asthma. Lepas tu tak declare time apply medical card tapi track record dengan Hospital ada. So medical card tak akan cover untuk sakit tersebut. Ngerti?

2. Penyakit Yang Ada Sebelum Habis Waiting Period

Untuk sakit-sakit ini kalau berlaku dalam tempoh belum habis waiting period ada kemungkinan untuk tak cover:

a.  Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular

b.  Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dlm sistem kencing & sistem biliari

c.  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

d.  Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

e.  Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem pembiakan

f.   Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

3. Perubahan Diri Dalam Tempoh 30 Hari

Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal  yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4. Pembedahan Kosmetik

Kalau anda berimpian menukar jantina anda dan nak pakai medical card untuk pembedahan tukar jantina sila fikir dua kali sebelum beritahu ejen takaful, memang kena maki lar jawabnya. Dibimbangi anda kena warded akibat dipukul ejen anda sendiri kerana terciduk atas onar diri sendiri.

Bukan itu saja, sekiranya penukaran jantina itu sukses tetapi anda terkena komplikasi sakit lain akibat daripada penukaran jantina itu, maka still medical card tak cover kos rawatan untuk sakit sebegini.

Kosmetik ini bukanlah penukaran jantina semata-mata, sama juga sekiranya anda nak cantikkan muka, mancungkan hidung, lasik surgery supaya tak perlu lagi pakai spek dan seumpananya dengannya, itu semua pun tak cover. Pendek kata semua rawatan yang tiada urgency, tiada keperluan untuk membuatnya dan hanya untuk mem’perfect’kan anda semata-mata ianya tidak dicover.

Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

Tetapi sekiranya pembedahan plastik diperlukan disebabkan anda accident dan muka anda melecur teruk, itu tidak menjadi masalah untuk syarikat takaful membiayai kos rawatan tersebut.

5. Penyakit Pergigian

Ramai yang tanya rawatan gigi cover tak? Pendek kata semua penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral tak cover kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful.

Perbelanjaan yang timbul  dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6. Penjagaan Peribadi

Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat  Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,  AIDS (Sindrom  Kurang Daya Tahan Penyakit)  atau ARC (Kompleks  Berkaitan  AIDS) dan penyakit  berkaitan  HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit  yang memerlukan  kuarantin oleh undang-undang.

7. Rawatan Berkaitan Kongenital atau Penyakit Keturunan

Apa-apa jua rawatan  atau pembedahan dijalankan  untuk  keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8. Kehamilan Dan Komplikasi Berkaitan

Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif  mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan Ke Hospital Untuk Tujuan Check Semata-mata

Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Cubaan Bunuh Diri Dan Berkaitan

Bunuh diri,  percubaan membunuh  diri  atau kecederaan diri  sendiri  yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Sakit Akibat Tindakan Perang, Rusuhan, Kekecohan Awam Atau Pemberontakan

Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Sakit Akibat Radiasi Atau Pencemaran Radioaktif

Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Perbelanjaan Derma Organ

#1 Kalau kita nak derma organ kita pada orang lain, kos pembedahan untuk pemindahan organ tak di cover. Tapi kalau kita sebagai penerima organ kos pembedahan tersebut akan ditanggung.

#2 Kalau kita pula yang nak terima organ, kos rawatan kita ditanggung. Tapi kos pembedahan mereka yang menderma organnya pada kita sama sekali tak akan ditanggung.

14. Rawatan Terapi

Siasatan dan rawatan  gangguan tidur  dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Rawatan Yang Tidak Diperlukan

Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

16. Penyakit Mental

Psikotik,  gangguan  mental  atau  saraf  dan  keadaan  yang  disebabkan  oleh  penyakit nyanyuk (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/ Perbelanjaan Khidmat Bukan Perubatan Serta Aktiviti Sukan Merbahaya Dan Menyalahi Undang-Undang

Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek  kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak. 18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

18. Penerbangan Peribadi

Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

19. Perbelanjaan Tukar Jantina

Perbelanjaan untuk menukar jantina. Tak kisah lah nak tukar dari lelaki jadi perempuan ke atau dari perempuan tukar jadi lelaki ke. Itu namanya sendiri buat sendiri tanggung!

20. Gigitan Serangga

Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

21. Caj-Caj Yang Tidak Berpatutan/ Biasa Diamalkan

Caj-caj  yang Tidak  Berpatutan dan Biasa Diamalkan,  atau apa-apa  pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj  yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Siapa Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Yang Jadi Menteri Kewangan Ni?

Previous article

TERKINI | Ijtima Tabligh Dunia Gowa Dibatalkan

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Medical Card