Pelaburan

3 Aplikasi Robo Pelaburan Yang Mampu Beri Pulangan Menarik Kepada Anda

0

Hari ini The Fulus ini kongsikan 3 aplikasi robo pelaburan yang mampu beri pulangan menarik kepada anda. Dan yang paling best anda tak perlu ada ilmu pelaburan yang tinggi pun anda dah boleh melabur dengan hanya menggunakan aplikasi-aplikasi ini.

Apa itu Robo Advisor?

Aplikasi pelaburan ini dipanggil robo advisor kerana pengguna mendapat nasihat pelaburan seperti dana mana yang sesuai, berapa jangkaan pulangan, risiko dan sebagainya hanya dengan menggunakan aplikasi dan bukan seperti kebiasaan iaitu penasihat kewangan ataupun ejen. Oleh kerana kesemua nasihat diberikan oleh sebuah aplikasi maka sebab itulah ia dinamakan robo.

Bagaimana penasihat robo ini menjalankan tanggunjawab beliau untuk menasihati anda dengan betul? Ye lar, kalau yang menasihati tu orang, dia ada ‘sense’ dan akal serta qualification yakni kelayakan untuk memberi nasihat yang tepat kepada pelabur-pelabur. Tapi bagaimana pula dengan robo advisor?

Sebelum anda memulakan pelaburan, robo advisor akan bertanyakan kepada anda beberapa soalan berkaitan dengan pelaburan. Apa yang anda kena buat, jawablah soalan itu dengan betul. Contoh kalau dia tanya berapa simpanan yang anda ada sekarang ni? Kalau anda memang tak ada simpanan jangan lah pulak membongak pergi jawab ada simpanan RM10,000. Dah kalau anda tak beri jawapan yang accurate pada dia macam mana robo advisor ni nak bagi nasihat yang betul.

Okay sekarang kita dah tahu apa itu robo advisor. So persoalannya di sini, di mana kita nak melabur? Check this out.

3 Aplikasi Robo Pelaburan Dengan Pulangan Menarik

1. Raiz Investment

Raiz Malaysia Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat usaha sama antara anak syarikat PNB, Jewel Digital Ventures Sdn Bhd (JDV) dan Raiz Invest Australia Ltd. (Raiz Invest), anak syarikat Raiz Invest Limited yang disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX).

Aplikasi Raiz dibangunkan hasil cetusan idea Ketua Eksekutif Raiz Malaysia Sdn. Bhd. Aidi Izham Mohd Khalil. Aplikasi mudah alih pelaburan mikro itu membolehkan pelabur melabur duit baki daripada pembelian harian secara automatik ke dalam dana harga berubah ASNB.

Pemegang unit boleh memuat turun aplikasi mudah alih Raiz secara percuma dan memautkan kepada kad debit Maybank mereka.

Mereka kemudiannya boleh memberi kebenaran kepada Raiz untuk membundarkan setiap baki pembelian harian menggunakan kad dan kemudiannya membuat pelaburan dengan duit baki tersebut.

Maksudnya korang boleh link aplikasi raiz ni dengan akaun maybank. Lepastu apabila korang berbelanja guna kad maybank contoh beli air starbucks RM10.70, 30 sen akan dimasukkan ke dalam akaun raiz anda.

Simpan sikit-sikit macamni kita tak perasan kn? sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ia merupakan cara paling unik untuk pengguna memanfaatkan sepenuhnya setiap sen yang dibelanjakan yang mana baki daripada perbelanjaan tersebut dilaburkan ke dalam ASNB.

#2 Wahed Investment

Wahed Invest adalah platform pelaburan syariah yang diuruskan oleh robo-investor. Ia adalah satu saluran pelaburan yang anda boleh gunakan sebagai alternatif kepada pelaburan secara langsung dalam pasaran saham. Suruhanjaya Sekuriti telah meluluskan lesen Wahed Invest sebagai sebuah syarikat Digital Investment Management. Secara ringkasnya, Wahed Invest adalah sebuah saluran pelaburan yang sah dan patuh syariah.

Dengan memasukkan modal ke dalam akaun, anda menyerahkan dana untuk diuruskan oleh pihak Wahed Invest berdasarkan strategi portfolio yang dipilih. Dengan portfolio tertentu, anda akan melabur dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti emas, sukuk, saham Malaysia dan saham Amerika. Risiko pelaburan dengan Wahed Invest pula adalah dikira rendah, namun dapat memberi pulangan yang baik jika dibandingkan dengan prestasi pulangan pelaburan berisiko rendah yang lain.

Mudah sahaja untuk melabur dengan Wahed Invest ini. Tak perlu masuk apa-apa skim untuk turut serta. Tak perlu berdaftar melalui pihak ketiga di luar sana yang cuba untuk scam anda. Anda boleh uruskan pendaftaran sendiri. Muat turun sahaja aplikasi Wahed Invest dan ikut langkah-langkah pendaftaran seperti mengisi maklumat peribadi dan gambar IC. Setelah berjaya berdaftar, anda boleh mula masukkan dana ke dalam akaun anda.

Malah, jangan lupa masukkan kod rujukan untuk dapatkan RM 10 daripada Wahed Invest apabila anda masukkan modal.

Modal boleh dimasukkan bila-bila sahaja serendah RM100 untuk setiap transaksi. Anda juga boleh jadualkan deposit berkala sama ada setiap minggu atau setiap bulan. Dah masuk modal, anda tak perlu fikir nak beli saham apa seperti di pasaran saham. Modal akan diuruskan secara automatik oleh Wahed Invest dengan bayaran 0.79% setahun.

Pelaburan Berbentuk Pasif

Seperti yang disebut tadi, modal diuruskan secara automatik oleh Wahed Invest. Maksudnya anda tak perlu pening kepala memilih saham apa untuk dibeli. Inilah yang dimaksudkan dengan pelaburan secara pasif. Ia dapat berikan anda pulangan tanpa memerlukan tindakan yang aktif seperti membuat kajian saham, mencari paras harga yang bagus dan sebagainya.

Pelaburan Berbentuk Telus

Melabur dengan Wahed Invest juga adalah proses yang telus, di mana anda boleh lihat ke mana modal anda dilaburkan. Portfolio yang lebih agresif akan mempunyai lebih banyak pegangan dalam saham Amerika. Portfolio yang konservatif pula akan mempunyai lebih banyak pegangan emas.

Antara dana yang dipilih oleh Wahed Invest:

  • Wahed FTSE USA Shariah ETF
  • MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend
  • TradePlus Shariah Gold Tracker
  • RHB Islamic Bond Fund

#3 HelloGold

Berbeza dengan dua bentuk investment tadi , HelloGold pula menyediakan medium untuk membeli, menjual dan menyimpan emas secara digital. Dilancarkan pada April 2017, HelloGold menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia membeli emas dengan kadar serendah RM1 sahaja. Malah, HelloGold juga dianggap patuh syariah.

Selamat Ke Nak Join Skim Pelaburan Emas?

  • Proses pendaftaran, seperti mana-mana medium pelaburan memerlukan anda memberikan nama, no kad pengenalan dan juga salinan gambar kad pengenalan anda.
  • Setiap hari HelloGold akan menyatakan pegangan emas mereka disini.
  • Anda boleh memilih untuk mendapatkan emas fizikal yang akan dihantar kepada anda.
  • Mempunyai pelan SmartSaver yang mana emas akan dibeli secara harian berdasarkan bajet semasa anda.

Kelebihan HelloGold

  • Harga minimun pembelian adalah serendah RM1.
  • Anda boleh membeli, menyimpan dan menjual emas mengunakan aplikasi sahaja.
  • Mempunyai pelan SmartSaver yang membantu anda membeli emas secara harian, ini sama seperti teknik DCA.
  • Boleh mengeluarkan emas secara fizikal. Emas ini juga diinsurankan dan akan diganti jika hilang didalam transit.
  • Telus dalam memaparkan jumlah pegangan emas.
  • Emas di HelloGold adalah diinsurankan dan diaudit.

Kekurangan HelloGold

  • Sekalipun harga minimun pembelian adalah RM1, caj pembelian/jualan dikenakan adalah 2%. Ini bermakna anda cuma mendapat emas bernilai RM0.98 sahaja. Ini bermakna, sekiranya anda melabur RM1, anda perlu menunggu harga emas meningkat sekurangnya 4% untuk anda mendapatkan keuntungan, sebarang jualan dibawah perbezaan harga 4%, anda akan kerugian (2% caj pembelian + 2% caj jualan).
  • Caj pentadbiran dan simpanan adalah secara harian, kecuali anda menambah emas anda secara berkala, anda boleh kehilangan semua simpanan anda daripada caj ini. Sebagai contoh, jika anda mempunyai 10 gram emas di akaun emas UOB, tiada caj tahunan dikenakan manakala HelloGold akan cas anda RM36. Jika anda mempunyai emas bernilai RM100 dan tidak membuat sebarang tambahan, pada penghujung tahun, nilai emas anda hanya tinggal RM64. (contoh ini tidak mengambil kira turun naik harga emas).
  • Sekalipun HelloGold berikan anda kelebihan untuk keluarkan emas secara fizikal, anda sama sekali tak boleh jual balik emas ini kepada pihak HelloGold.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang saham.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Sejarah Nintendo: Dari Mana Datangnya Nintendo?

Previous article

3 Cara Jana Pendapatan Yang Ramai Orang Tak Sedar

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.