Life

3 Cara Jana Pendapatan Yang Ramai Orang Tak Sedar

0

Sedar tak sedar sebenarnya wujud 3 cara jana pendapatan. Namun ramai manusia di luar sana tidak menyedari cara mereka menjana pendapatan mereka. Terdapat 3 golongan yang akan TF diskus sebentar lagi. Jom check, anda tergolong dalam golongan yang mana satu.

Cara 1 – Makan Gaji

Ini adalah cara yang paling susah sekali untuk cari rezeki which is tukarkan masa dan tenaga dengan fulus. Bagi seseorang yang hidupnya makan gaji akan menukarkan masa dan tenaganya untuk fulus. Nak dapatkan pendapatan lebih perlulah kerja lebih masa yang mana tenaga pun kenalah lebih.

Pada TF, ini pekerjaan yang susah. Namun sedar tak sedar sebenarnya 95% rakyat disesebuah negara pilih untuk cari rezeki dengan cara ni. Pendapatan jenis macam ni tak dapat nak diulang-ulang because it is impossible for you to double yourself. Maka, sebab itu anda perlukan lebih masa dan tenaga untuk dapatkan pendapatan lebih.

Cara 2 – Membuat Pelaburan

Sebanyak 4% rakyat dari mana-mana negara lah tak kiralah Djibotti ke Rusia ke Malaysia ke pilih untuk cari rezeki dengan menjadi pelabur. Iaitu dengan membuat duit atau fulus dengan fulus. Mereka tukar nilai wang yang sedia ada kepada nilai wang yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain mereka buat wang dengan wang lalu meletakkan diri mereka sebagai seorang pelabur bijak.

94% rakyat sesebuah negara bekerja untuk mereka. Mereka tak berniaga tapi they own the business. Golongan sebegini memiliki harta yang dapat berikan mereka pendapatan serta nilai tambah melalui pertambahan modal atau capital gain. Mereka akan spend banyak masa untuk belajar cara best atau kaedah-kaedah power untuk tukar fulus yang bernilai rendah kepada fulus yang bernilai tinggi!

Cara 3 – Pelbagai Sumber

Daripada 100% hanya 1% sahaja rakyat yang memiliki pendapatan daripada pelbagai sumber. Pendapatan jenis gini kita kenali ia sebagai MSI (Multiple Source of Income) / Risidual Multiple Source of Income atau Risidual MSI. Golongan jenis ini tak memiliki pekerjaan tapi mereka cipta pekerjaan. Mereka juga tak berniaga tapi mereka memiliki perniagaan. Malah, mereka bukan pelabur tapi memiliki pelaburan.

3 cara jana pendapatan

Golongan ini mempunyai pelbagai sumber pendapatan. Mereka menghabiskan waktu belajar untuk ubah cara berfikir serta tindakan mereka supaya bukan sahaja pendapatan mereka dapat ditingkatkan malah mereka juga mampu mengekalkan kekayaan mereka.

Semuanya Ditangan Anda

Sekarang dah jelas anda berada dalam golongan yang mana? Hmmmm…Tak kisahlah yang mana satu pun jenis pendapatan anda apa-apa pun yang penting anda harus berusaha untuk dapatkannya.

Sebab walau macam mana sekalipun, simpanan jugaklah yang merupakan asas sesebuah kekayaan. Kunci kekayaan bukan pada pendapatan tapi terletak pada simpanan seseorang.

Rahsia kekayaan tak terletak pada berapa banyak pendapatan. Sebaliknya ia terletak pada berapa banyak yang anda simpan daripada pendapatan anda

3 cara jana pendapatan

Lagi banyak anda menyimpan, maka secara tak langsung pendapatan anda juga turut meningkat. Setiap manusia mempunyai pilihan untuk mencorakkan masa depan mereka. Kita memang dah tak boleh nak ubah masa lampau tapi kita mampu untuk ubah masa depan kita. Pilih untuk tak ulangi kesilapan lalu serta ambil tindakan sewajarnya hari ini demi masa depan kita.

Dengan mempelajari ilmu kewangan anda bukan sahaja boleh miliki kenderaan secara tunai, melangsaikan hutang dengan pantas, memiliki hartanah idaman tanpa bebankan diri, bersara awal, miliki pendapatan risidual (pasif) yang berterusan, bercuti bila-bila masa malah anda juga boleh mewujudkan tabung pendidikan anak-anak serta mencapai kebebasan kewangan bila pendapatan daripada hasil harta melebihi perbelanjaan hidup.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang life.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

3 Aplikasi Robo Pelaburan Yang Mampu Beri Pulangan Menarik Kepada Anda

Previous article

Ramai Wanita Tak Sedar Mereka Mempunyai Fibroid Rahim / Uterine Fibroid

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Life