fbpx
Bisnes

3 Cara Nak Berdepan Dengan Bos & Rakan Sekerja Toksik Secara Produktif

0

Anda mesti tak suka kredibiliti anda di tempat kerja dipandang enteng oleh bos atau rakan sekerja anda, betul tak? Kurang-kurang hargai lah sikit hasil kerja anda walaupun kekadang kesilapan memang datang dari pihak anda. Ops! Ada ke patut bos suruh kau buat proposal pasal kilang roti, kau pergi buat proposal pasal kilang tepung. Lepas tu mulut tu rajin pulak menjawab dengan bos. Eh! Kalau tak ada tepung tak jadi roti tau bos, haaaa…tu dah masuk cerita lain. Sorry.. Sekarang ni nak cerita anda bukanlah seorang pekerja yang menawarkan servis untuk di condemmed (diperkecilkan) atau dimaki hamun oleh bos mahupun rakan sekerja anda ditempat kerja.

Tak kisahlah dalam apa jua keadaan sekalipun, nak berdepan dengan orang-orang yang toksik macam ni memang payah. Serius TF cakap. Boleh down berminggu-minggu kot! So, daripada terus down why not anda guna pendekatan berhati-hati namun masih profesional. Jadi dengan rasa bangga terhadap penemuan ini, The Fulus nak share tiga langkah untuk membantu anda menangani bos atau rakan sekerja yang bertoksik.

You have to work at creating your own culture

-Mitch Albom

#1 Tetapkan Had Kesabaran Anda

How far is too far? Cewah…speaking.. Maksudnya di sini sejauh mana lagi anda boleh bersabar dengan bos dan rakan sekerja toksik anda sebelum anda kata “Okay! I have had enough!” lepas tu ambil beg terus blah. Waitttt!!! Sebelum blah membuta tuli macam tu je, anda perlu tentukan mana breaking point dia.

Dalam pengenalan di awal-awal tadi TF ada mention anda mesti tak nak hilang kerja, betul tak? Kalau tak, tak adalah anda gigih baca post ni kan kan kan…Baik berhenti kerja je terus. Balik kampung tanam jagung. Klise sangat! Ada ke tanah nak tanam jagung tu?

Walau bagaimanapun, keadaan ini jelas kelihatan sangat buruk. Malah ia boleh jadi lagi bertambah buruk. Walaupun anda dah berusaha bermati-matian macam omputih kata put your best effort, tapi masih lagi diperlekeh oleh mereka-mereka yang toksik ini. So di sini anda perlu tetapkan had kesabaran anda. How far is too far? Berapa banyak lagi yang anda kena hadap akibat penyalahgunaan kuasa oleh bos dan tingkah laku rakan sekerja yang boleh mendera mental anda secara tak langsung.

Langkah ini adalah yang paling kritikal, sebab kalau anda tak tetapkan had kesabaran anda, maka anda akan berterusan terima kritikan yang tidak membina daripada bos dan rakan sekerja toksik anda. Malah jika anda biarkan sahaja situasi ini berterusan without taking any action ibarat anda sengaja membiarkan diri anda terjun ke dalam “lubuk buaya”. Itu yang sampai ada kes bunuh diri akibat depresi di tempat kerja. Nauzubillah minzalik.

#2 Jadi Contoh: Wujudkan Saluran Untuk Berkomunikasi

Sekarang bila dah jelas di mana had kesabaran anda, dah tiba masanya untuk put your best effort dengan mewujudkan new line untuk berkomunikasi di tempat kerja anda, sama ada antara anda dengan bos anda atau anda dengan rakan sekerja anda yang sedang bermasalah. Budaya kerja yang bertoksik ni biasanya disebabkan oleh komunikasi yang tidak baik. So, bila anda boleh menjadi pendengar yang baik atau tempat untuk rakan sekerja meluahkan perasaan sebab dia baru je kena maki dengan bos, anda mungkin dapat memperbaiki struktur komunikasi yang usang (dilapidated) tadi.

Dengar rintihan dan keluhan mereka. Fewit! Lain macam dah ni merintih keluh kesah bagai. Wait! Maksudnya di sini, cuba anda selami dan rasai apa yang bos dan rakan sekerja anda rasai. Haa gitu. So mereka akan rasa rapat dengan anda. Dan mereka jugak rasa mereka tak terpinggir, terabai dan diabaikan. Lepas dah dengar permasalahan mereka, jangan kau pergi jaja pulak cerita dia dekat orang lain. Itu dah jadi mengumpat namanya! Seeloknya tawarkan bantuan dan tengok respon mereka. Walaupun tak sewenang-wenangnya mereka terima tawaran bantuan dari anda, tapi ini adalah langkah yang terbaik untuk anda deal dengan situasi di tempat kerja yang mana ia mampu memanfaatkan semua pihak.

Sama je situasi dia bila masalah yang wujud adalah disebabkan rakan sekerja toksik anda. Bila berlaku ketidakpastian tentang siapa yang menjadi punca kepada konflik tersebut (anda dulu yang start ke, atau rakan sekerja anda yang start dulu) so in this situation isunya jelas! Jika anda rasa situasi tersebut tak beri apa-apa manfaat kepada anda untuk melaksanakan kerja secara produktif, senang cerita lantak pi jelah dengan depa. Haaa gitu. Let bygone be bygone bak kata omputih. Ataupun forgive and forget! Buat apa nak sesak-sesak kepala memikir. Kalau ikut logik memang tak ramai yang boleh apply benda ni nak-nak lagi orang perempuan. Memori dah serupa hard disk! Every single detail apa yang rakan sekerja dia buat pada dia, dia boleh ingat. Cayalah! Siap simpan dendam lepas tu ada hati nak balas balik pulak tu. But trust us, you don’t know the result if you don’t try!

#3 Bermula Dengan Segar (Start Fresh)

Bila anda dah berjaya sampai tahap ke-3 ni maksudnya anda memang power! Oleh itu, sebaik sahaja barisan komunikasi baru dibuka, anda perlu wujudkan sejenis sistem yang dapat mengekalkan struktur komunikasi yang sedia ada dan menguruskan konflik secara baik apabila ia berlaku lagi pada masa depan. Confirm wei! Konflik di tempat kerja tak pernah reda.

Sistem ini juga akan mewujudkan ketelusan antara anda dan orang lain (bos dan rakan sekerja) , menjadikan ianya jelas siapa yang menjadi punca permasalahan tersebut (sama ada mereka nak mengaku atau tak).

Bila berlaku ya konflik dgn isu yang hangat ibarat sama panasnya dengan cerek air atas dapur yang tengah menggelegak tu, jangan anda cuba setelkan dengan cara biasa. Why not anda try guna cara ni;

  1. Puji – mulakan dengan berhenti bertikam lidah dengan mereka. Dan dalam masa sama cuba puji mereka seikhlas hati. Fikirkan bentuk pujian yang sesuai diberikan kepada mereka. Yang penting puji kena ikhlas! Jangan sebab terpaksa. Faham? Contohnyalah, betullah Jemah apa yang kau cakap aritu. Aku ni gopoh sangat buat tindakan. Kalau aku follow nasihat kau aritu confirm aku tak kena maki dengan bos. Kau memang class Jemah! Idea kau memang bernas! I heart you Jemah! 
  2. Jelaskan Tentang Tindakan Anda – bila keadaan telah reda, inilah masa yang sesuai untuk anda terangkan tindakan anda, kenapa aku buat macam tu, kenapa aku buat macam ni secara terbuka. Yang pasti perlu tenang. Tapi ingat! Jangan sesekali tinggi suara dan berkeras dalam menegaskan tindakan anda sehingga tercetusnya perselisihan lain. Jadikan ia satu perdebatan positif dan saling menghormati antara satu sama lain.
  3. Jelaskan Tentang Tindakan Mereka – Kekadang ada spesis manusia yang sengaja buat-buat tak perasan yang actually tindakan mereka tu salah. So dengan wujudnya spesis manusia yang concern macam kita ni adalah untuk membetulkan spesis manusia tersebut sebelum mereka lebih hanyut tanpa menyinggung perasaan mereka. So, luahkan apa yang terbuku di hati anda terhadap tindakan mereka. But please make sure anda perlu sentiasa tenang dan kekal profesional dalam menyatakan pandangan anda terhadap mereka.
  4. Selesaikan Konflik – Anda sekarang sudah berjaya mencipta persekitaran yang optimum untuk menyelesaikan konflik di tempat kerja. So, tanyakan kepada mereka bagaimana mereka percaya konflik itu dapat diselesaikan. Pastikan anda diberi kesempatan untuk bercakap secara terbuka dan adil. Maksud di sini, pastikan bahawa setiap butir bicara anda didengari. Bukannya anda syok sendiri cakap sorang-sorang. Lepas tu kagum dengan diri sendiri, O Yeah!They listen. Padahal sepatah haram apa anda bebel mereka tak dengar. Rupanya memasing sibuk layan cerita dekat Netflix sambil pakai earphone. Yelahh…Internet ofis lajuuu…

Kesimpulan

Semoga apa yang dikongsi dalam entri The Fulus kali ini dapat membantu anda menguruskan konflik-konflik yang berlaku di tempat kerja tanpa mengeruhkan keadaan dan menyebabkan terputusnya silaturrahim sesama manusia. Dan anda juga dapat bekerja dalam suasana yang kondusif dan kerja anda pun lebih produktif. InsyaAllah!

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

5 Perkara Tentang Duit Arwah Yang Anda Kena Tahu.

Previous article

3 Kali Hampir Maut Ketika Cuba Tawan Himalaya

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up