fbpx
Jom Travel

3 Kali Hampir Maut Ketika Cuba Tawan Himalaya

0

Sebelum bercerita panjang tentang ekspedisi mencari maut namanya ni, The Fulus nak share sedikit info tentang Himalaya. Flashback subjek geografi!

Himalaya merupakan sebuah garisan pergunungan di Asia, yang mana ia memisahkan anak benua India dari Dataran Tinggi Tibet. Kalau anda nak tahu Himalaya adalah lokasi yang menempatkan gunung-gunung tertinggi dunia, contohnya Gunung Everest dan Kangchenjunga. Himalaya juga memanjang sepanjang lima negara iaitu Pakistan, India, Tiongkok, Bhutan dan Nepal. Dan ia adalah antara sumber dua sistem sungai terbesar dunia iaitu Sungai Indus dan Sungai Ganga-Brahmaputra. Sekitar 750 juta orang tinggal di daerah sekitar aliran air dari Himalaya termasuklah warga Bangladesh.

Okay...enough being so informative. So! Dalam post kali ini The Fulus akan berkongsi dengan anda kisah salah seorang peserta ekpedisi yang berdepan detik cemas apabila beliau hampir tiga kali menemui ajal semasa cuba menawan banjaran tertinggi dunia ini! Lelaki berusia awal 30-an yang selesa dipanggil Pok Ya telah menyertai ekspedisi menawan banjaran tertinggi dunia ini bersama kumpulan ekspedisi beliau yang terdiri daripada 19 orang di mana setiap seorang daripadanya mempunyai latar belakang berbeza. Ada Doctor, Pharmacist, Engineer Petronas dan sebagainya. Daripada 19 orang ini hanya 3 orang sahaja lelaki yang mana lain-lainnya adalah perempuan! Fewit! Cuba check ada tak bini atau girlfriend anda salah seorang daripada peserta ekspedisi ini. Kalau ada anda memang power!

Bila ditanya kenapa kau sanggup ‘tempuh maut’ daki banjaran tertinggi dunia ni?

Aku nak cabar diri aku. Kalau aku berjaya tawan banjaran Himalaya ni bermakna aku dah berjaya hadapi masalah paling besar dalam hidup aku. Dan kalau masalah besar ni aku boleh hadapi InsyaAllah masalah-masalah lain dah tak de hal lah untuk aku handle

Masing-masing punya matlamat yang sama. Dahagakan cabaran! Nak challenge diri masing-masing dan ukur sejauh mana tahap kemampuan mereka bila berdepan dengan perkara-perkara yang mencabar terutamanya kematian! Achieve something that could be proud of salah satu reason jugak beliau buat kerja gila ni.

TF macam ternganga jugak la bila dengar cerita pengembaraan The Hobbit: Desolation of Smaug beliau. Dalam kepala terfikir jugak, kalau sesuatu terjadi, contohnyalah jatuh berguling-guling ke bawah, kalau mati terus tak apa, kalau patah tu patah ni. Tak ke menyusahkan orang lain pulak lepas tu?

Tapi jawapan beliau yang make sense jugak tu buat kami terfikir, manusia selalu berada dalam comfort zone. Mereka jarang push their limit by doing something different! Dan bagi beliau benda yang paling mencabar adalah bila seseorang berdepan dengan kematian. Itu adalah cabaran dan masalah yang paling besar sekali!

Bila dah berdepan dengan kematian beberapa kali, beliau anggap lepas tu apa yang terjadi pada beliau contohnya tak cukup fulus ke, anak sakit ke, bini merajuk sebab terlupa belikan lolipop ke, beliau memang tak kisah lagi dah. Sebab bagi beliau benda tu adalah masalah atau cabaran yang simple. Yang masih boleh handle orang kata. But when you are facing death…tak ada benda yang anda boleh buat selain berserah sepenuhnya pada ALLAH S.W.T dan yang pastinya itu adalah cabaran dan masalah terbesar yang pernah beliau hadapi seumur hidupnya!

Selain cabaran berdepan maut, perkara yang lebih mengejutkan beliau adalah tanpa sedar ekspedisi tersebut mengajar beliau tentang sehebat mana pun seseorang itu, at the end anda perlukan sokongan antara satu sama lain. Team work itu penting! Dekat atas sana anda akan show your real character. Bayangkanlah daripada 19 orang yang sertai ekspedisi tersebut hanya 10 orang sahaja berjaya sampai ke puncak! Dan beliau adalah salah seorang yang berjaya! Hebat! Sekembalinya dari sana, beliau juga menyatakan beliau mampu merendahkan ego beliau, bak kata omputih down to earth la lepas tu. Pengalaman ini ternyata berjaya mengubah beliau menjadi seseorang yang lebih menghargai orang lain terutamanya keluarga.

Mengalami AMS (Accute Mountain Sickness)

Sebelum menyertai ekspedisi ini, beliau telah menjalankan beberapa sesi untuk membina stamina tubuh seperti exercise, jogging 7 hari 7 malam tanpa henti dan macam-macam lagilah! Kalau nak kata beliau hikers tegar tak jugak sebab ketika ditemubual beliau menyatakan last beliau hiking adalah 7 atau 8 tahun lepas iaitu di Gunung Ledang.

Anda kena ingat hampir keseluruhan banjaran Himalaya ini diselaputi salji. Suhu pulak mencecah -15 darjah celcius. Sejuk nauzubillah! Silap-silap bersin keluar hingus, hingus pun boleh beku tau! Beza okay struktur mukabumi Gunung Ledang yang kononnya ada Puteri Cantik tu kalau nak dibandingkan dengan Banjaran Himalaya ini! Beliau sendiri tak pasti apa yang merasuk beliau sehingga memutuskan untuk sertai ekspedisi menempah maut namanya ni. Adakah disebabkan rasukan Puteri yang pernah dikecewakan beliau 7 atau 8 tahun lepas? Who know..

Berbalik pada AMS. AMS merupakan Accute Mountain Sickness yang menyerang seseorang apabila mereka berada pada satu tahap ketinggian melebihi 8,000 kaki (2,440 meter). Tiga perempat daripada mereka yang mempunyai gejala ringan AMS adalah apabila mereka berada lebih dari 10,000 kaki (3,048 meter). Malah, kejadian AMS bergantung kepada ketinggian, kadar pendakian, dan kekuatan individu.

Gejala ini biasanya bermula 12-24 jam selepas anda tiba di ketinggian yang dinyatakan tadi dan simptom-simptom yang dihadapi adalah seperti sakit kepala, pening, keletihan, sesak nafas, kehilangan nafsu makan, mual, tidur terganggu, dan sebagainya. Alah…senang cerita tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak habis. Serba serbi tak kenalah dengan badan tu. Haa gitu! AMS juga dianggap sebagai masalah neurologi yang disebabkan oleh perubahan pada sistem saraf pusat. Bila anda berada pada altitud yang tinggi , anda akan kekurangan oksigen. Dan biasanya nak ubati AMS ini adalah dengan drugs yang dipanggil Diamox. So this drugs bila anda telan ia akan membolehkan seseorang untuk bernafas lebih cepat dan seterusnya metabolize lebih banyak oksigen. Dan ia juga secara tak langsung dapat reduce gejala yang disebabkan oleh oksigen yang lemah.

So nak cerita dekat sini, AMS ini lah yang hampir membunuh beliau! Beliau juga turut menceritakan sehingga sampai satu tahap, beliau dinasihatkan oleh salah seorang peserta ekpedisi yang juga merupakan seorang doktor supaya tidak tidur ketika AMS ini menyerang. Dikhuatiri beliau tak bangun-bangun dah lepas tu. Atau bahasa kasarnya mati! Sebanyak 3 kali AMS ini menyerang sehingga beliau dapat dengar degupan jantung sendiri. Terlalu kuat dan berirama!

Selain itu, utk mengekalkan stamina tubuh semasa mendaki, pemakanan sangat penting! Himalaya adalah sacred place untuk orang-orang sana. Mereka menjaga kesucian tempat tersebut. So segala benda-benda berdarah macam daging, ayam semua tu tak boleh bawak naik ke atas. Jadinya sumber protein untuk tubuh yang diperoleh adalah melalui telur. Dan bagi mengekalkan badan supaya tak dehydrate beliau perlu minum air secara berkala. Dan bekalan air terutamanya air suam memang sangat mahal! Ibarat bayar RM100 untuk dapatkan bekalan air suam. Padahal kalau di Malaysia kekadang boleh dapat free je. Mana taknya, mereka perlu turun ke bawah untuk dapatkan bekalan air tersebut dan bawa semula ke atas untuk peserta. Disebabkan itu ia menjadi mahal. Fulusssssss…

Jadual Perjalanan

Di sini TF share jugak jadual perjalanan mereka dari hari pertama tiba hingga ke saat beliau berjaya menawan Puncak Himalaya sebelum pulang semula ke tanah air.

Beberapa foto sempat dirakam oleh mereka ketika berada di puncak. Juga jangan lupa ikuti rakaman video yang menunjukkan betapa indahnya Banjaran Tertinggi Dunia ini. Enjoy!

Sila klik pautan ini untuk dapatkan tips bercuti di Kundasang, Sabah

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

3 Cara Nak Berdepan Dengan Bos & Rakan Sekerja Toksik Secara Produktif

Previous article

Kereta Total Lost Tapi Tak Dapat Pampasan Penuh?

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up