Startup

4 Company Startup Yang Hanya Bermula Dari Garaj

0

4 company startup yang bermula dari garaj —-> Amazon.com, Adobe, Microsoft, Apple. Maka timbul persoalan daripada mak cik-mak cik yang follow blog Fulus secara senyap. Apa kejadahnya startup ni? Citer Korea tu ker? Aaaaa…ce Fulus explain sikit. Boleh….no hal lah! Citer dia lebih kurang cerita Korea yang tengah hot tu la.. startup ni sebenarnya satu term yang menjurus kepada pengasas tunggal tanpa pasukan ataupun berpasukan tapi tak ramai lah mungkin dalam 2 ke 3 orang gitu, come out dengan idea gempak bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam kalangan masyarakat atau negara baik dari sudut ekonomi, agama, sosial dan sebagainya.

Ia kemudian dikembangkan dengan suntikan modal atau dana dari mana-mana badan yang berminat dengan idea berkenaan. So dia pun start create pasukan bagi yang tak berpasukan dan seterusnya meraih kejayaan sehingga menjadi salah sebuah syarikat terbesar dunia. Okay definisi ni salah satu contoh nak bagi faham. Definisi dia meluas sebenarnya. Eric Ries, penulis buku Lean Startup Methodology mendefinisikan startup dengan;

A startup is a human institution designed to create a new product or service under conditions of extreme uncertainty.

Sementara Will Schroter yang merupakan Co-Founder dan CEO Startups.co pula mendefinisikan Startup ini sebagai;

A startup is a living embodiment of a founder’s dream. It represents the journey from concept to reality. It is one of the few times when you can take something that is only a dream and make it a reality, not just for yourself, but for the entire world.

Dekat dunia ni banyak je sebenarnya syarikat startup yang bermula dari zero to hero. Yang start dari garaj pun ada but at the end garaj transform jadi syarikat korporat untung billion-billion! Hebat! Mesti korang pernah dengar syarikat ni, Amazon.com, Apple, Microsoft, Adobe. Haaa…dari ber “ibu pejabat”di garaj tempat simpan barang, kereta semua tu sampai ler boleh buka syarikat besar! Nak tahu macam mana sinetron dia jom baca!

1 Amazon.com

Jeff Bezos merupakan pengasas Amazon.com. Dia meninggalkan kariernya sebagai naib presiden D.E Shaw & Co., firma Wall Street lalu mencuba nasib terjun dalam bidang perniagaan internet.

4 Company Startup Yang Hanya Bermula Dari Garaj

Waktu tu dia bina sebuah office dekat garaj rumahnya yang diberi nama ‘Cadaver’. Nak dijadikan cerita, beberapa bulan lepas tu dia terdengar seorang peguam tersalah sebut nama syarikat dekat garaj yang dia tubuhkan tu. Hal tersebut sekaligus membuatkan beliau blushing dan terus decide nak tukar nama tersebut kepada sesuatu yang agak catchy dan lain. Maka dari situlah terhasilnya Amazon. Bukan Amazon yang ada piranha tapi… Amazon.com

Amazon.com ni asal-asalnya jual buku secara atas talian tapi lepas tu slow-slow jadi kedai atas talian. Bak kata orang rezeki tak salah alamat. Idea jual barang secara atas talian yang dilakukan oleh Jeff Bezos yang berlaku di garaj rumah akhirnya berjaya meletakkan Jeff Bezos sebagai individu terkaya dunia pada ketika itu.

4 Company Startup Yang Hanya Bermula Di Garaj

2 Adobe

Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Lightroom, PDF dan apa-apa Adobe lagilah. Ia merupakan antara perisian-perisian yang ada dalam PC anda. Bukan nak kupas fungsi setiap perisian-perisian tu tapi nak cerita macam mana syarikat besar ni bermula dengan hanya dari garaj. Jom baca kisah syarikat gah yang dah berusia 40 tahun ni.

Aaaa…cerita dia cenggini. John Warnock dan Charles Geschke merupakan dua sahabat baik. Diorang ni dulu pernah sama-sama bekerja di Xerox. Mereka kemudiannya menubuhkan syarikat mereka sendiri yang diberi nama Adobe pada tahun 1982 selepas keluar dari Xerox.

Why keluar dari Xerox?? Actually waktu tu diorang keluar sebab tak puas hati bila idea presentation mereka pasal teknologi PostScript yang merupakan asas kepada proses printing tak diterima oleh pihak syarikat. Kira macam lepas ko habis present ko ingat bos ko bagi tepukan tapi sebaliknya ko kena baling dengan telor. Ha…macam tu cerita dia. Kecewa campur berkecamuk, mereka pun resign lepas tu balik rumah dan bangunkan teknologi tersebut dekat garaj rumah John Warnock.

Mereka kemudiannya bentang hasil kerja tersebut sehinggakan berjaya mendapat perhatian Steve Jobs yang pada ketika itu merupakan CEO Apple. Steve Jobs memang minat giler dengan teknologi printing yang John dan Charles buat sampai dia decide nak labur sebanyak USD2.5 juta dalam syarikat Adobe! Perghhhh

Tak lama lepas tu Steve Jobs pun beli lesen perisian yang dibangunkan Adobe untuk kegunaan printer keluaran Apple. Kalau korang nak tahu Adobe merupakan syarikat pertama di Silicon Valley yang berjaya raih keuntungan pada tahun pertama penubuhan. Teknologi yang dibangunkan Adobe pulak berjaya ubah dunia printing yang sebelum ni hanya dibuat menerusi phototypesetting serta melibatkan kos yang tinggi.

Adobe berkembang dengan pesat sehinggakan pada awal 1990-an, Adobe menjadi syarikat pertama yang perkenalkan perisian Photoshop sekaligus membantu pereka-pereka grafik luar sana membuat editting designing semua tu dengan mudah. Pada tahun 1992 pulak Adobe perkenalkan pula produk baru mereka iaitu PDF. By time mereka terus menghasilkan lebih banyak produk perisian baru yang sentiasa menjadi langganan masyarakat umum. Kejayaan Adobe terbukti apabila ia tersenarai dalam pasaran saham Amerika Syarikat dengan harga saham mencecah USD466 seunit!

3 Apple

Apple kini merupakan salah satu syarikat teknologi paling power dekat dunia. Steve Jobs, Steve Wozniak, dan Ronald Wayne membangunkan komputer Apple yang pertama pada tahun 1976 di garaj rumah ibu bapa Steve Jobs di 2066 Crist Dr. Los Altos, California.

Apple I dijual sebagai motherboard kepada pekedai tempatan dengan harga US$500 seunit. Lepas tu mereka bina 50 buah komputer dalam tempoh 30 hari secara manual setelah menerima pesanan daripada pekedai tersebut. Walaubagaimanapun Wayne tidak meneruskan projek tersebut dan pesanan itu disiapkan sepenuhnya oleh Jobs dan Wozniak.

4 company startup yang hanya bermula dari garaj

Apple menjadi terkenal apabila mendapat jutaan dollar dari hasil jualan produk Macintosh. Jobs dikatakan berjaya pujuk Microsoft untuk labur $150 Juta dalam Apple serta melancarkan rangkaian perisian produktivitinya yang popular iaitu Microsoft Office untuk perkakasan Macintosh. Dengan wujudnya Microsoft Office sekaligus melonjakkan jualan Macintosh. Apple turut. mengaut lebih banyak keuntungan menerusi produk baru mereka iaitu iMac.

Dalam masa sama Jobs merasakan Apple perlukan perubahan. They need to do something different. Maka pada tahun 2001, Apple telah melancarkan produk barunya iaitu iPod. iPod telah merubah industri muzik sepenuhnya menerusi penjualan muzik digital.

Apple juga terus berkembang menerusi idea-idea Steve Jobs yang sememangnya power. Kita dapat lihat bagaimana Apple bangun. Bermula dengan menjalankan operasi di sebuah garaj kereta, Jobs kemudiannya bersama rakan-rakan telah membangunkan sebuah syarikat yang diberi nama Apple. Selepas 22 tahun beliau dimalukan dan dipecat dari syarikat yang beliau sendiri bangunkan.

10 tahun berlalu, Jobs dapat tahu syarikat tersebut hampir muflis. Damn! Jobs lantas buat keputusan untuk ambil alih serta bangunkan semula syarikat yang hampir muflis itu tadi dengan memperkenalkan produk iphone yang menjadi kegilaan ramai.

4 Microsoft

Bill Gates dan Paul Allen memperkenalkan Microsoft pada tahun 1975. Time tu mereka hanya beroperasi di sebuah garaj di Albuquerque. Korang imagine eh garaj tu boleh muat dua orang je. Sempit tak sempit.

Bill Gates dengan Paul Allen ni dulu kena fired sebab mereka godam komputer syarikat tempat mereka bekerja. Tapi yang bestnya tak lama lepas tu syarikat tersebut panggil balik dorang ni untuk bantu selesaikan masalah komputer yang terkena virus.

As a return mereka tak dibayar se sen pun tapi syarikat bagi mereka kebenaran untuk akses komputer tanpa had. Bill Gates kemudian berjaya lanjutkan pelajaran di Harvard University, Amerika Syarikat. Usaha Paul Allen ajak Bill Gates berhenti belajar tak sia-sia. Siot je. Korang jangan ikut eh kalau tak nak kena maki dengan mak bapak korang. Sambung balik cerita. So pada tahun 1974, Bill Gates decide untuk berhenti belajar dan start bisnes perisian komputer dengan bersama rakannya itu.

Langit tak selalu cerah, pelangi takkan muncul kalau tak hujan. Boleh dikatakan nak memulakan sesebuah bisnes startup macam-macam yang dorang kena hadap. Microsoft yang memfokus kepada pembangunan perisian telah menjalankan kerjasama dengan IBM untuk cipta sistem pengoperasian komputer.

Mereka berjaya meraih US$80,000 untuk sistem operasi pertama ciptaan mereka. Kejayaan demi kejayaan terus diraih dan mereka come out dengan penciptaan paling agung iaitu Windows dan sehingga kini perisian tersebut digunapakai pada komputer-komputer seluruh dunia.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang Inspirasi Usahawan.

Ramai Wanita Tak Sedar Mereka Mempunyai Fibroid Rahim / Uterine Fibroid

Previous article

Drama Korea ‘Startup’ Tiru Aplikasi BIMO Dari Malaysia?

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Startup