Inspirasi

4 Anak Muda Melayu Dari Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia

0

Ini merupakan nama-nama 4 individu dari Malaysia yang tersenarai dalam FORBES 30 Under 30 Asia! i) Nadhir Ashafiq (Co-Founder & CEO The Lorry), ii) Arif Tukiman (Co-Founder & CEO Run Cloud), iii) Nor ‘Phoenix’ Diana (Hijab Wrestler), iv) Wan Hasifi Amin Wan Zaidon (Co-Founder Baitul Jannah). Apa yang hebatnya pasal mereka ini sampai disenaraikan dam Forbes??? Dan apa bendanya pulak Forbes ni?

Bagi yang tak pernah dengar apakah sebenarnya Forbes ini jom TF story sikit pasal syarikat ni. Forbes adalah sebuah syarikat media global, yang memfokus pada perniagaan, pelaburan, teknologi, keusahawanan, kepemimpinan, dan gaya hidup.

Selain menggunakan platform media elektronik dalam menyajikan pembaca dengan paparan-paparan cerita terkini tentang dunia perniagaan dan sebagainya, Forbes turut menerbitkan majalah perniagaan yang dicetak dua kali seminggu.

Cukup rasanya bercerita tentang Forbes ini, so kali ini TF nak share kisah 4 individu dari Malaysia yang mungkin korang pernah dengar namanya tapi tak pernah tahu pasalnya atau mungkin pernah dengar pasalnya tapi tak pernah tahu namanya atau pun…okay enough! Jangan buang masa jom baca sekarang.

#1 Nadhir Ashafiq ( Co-Founder & CEO The Lorry)


Nadhir Ashafiq merupakan Co-Founder kepada The Lorry. Aplikasi inovatif The Lorry menawarkan perkhidmatan pengangkutan kargo atas permintaan seluruh Malaysia. Aplikasi ini menghubungkan pelanggan dengan lebih daripada 1,000 pemandu. Melalui aplikasi ini juga anda boleh menempah kenderaan dan perkhidmatan tambahan seperti pembungkusan dan pembongkaran.

Walaupun tersenarai dalam Forbes yang berprestij, Nadhir mengatakan hidupnya tak berubah. Sebaliknya dia terus “bergegas seperti biasa.”

Dia menggelar dirinya sebagai seorang ‘budak bandar’. Dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Dia sememangnya meminati bidang perniagaan sejak usianya masih muda.

Sumber: says.com

Korang boleh imagine tak waktu sekolah bebudak lelaki sibuk dengan majalah kereta dan hiburan. Si Nadhir ni pulak boleh dok belek dan baca dengan tekunnya surat khabar perniagaan. Ini bukan perkara normal bagi remaja-remaja lelaki biasa! Maka banyaklah buku-buku pelaburan yang dibacanya tapi yang paling menarik minatnya time tu adalah buku Art of a Deal oleh Donald Trump yang akhirnya menjerumuskan Nadhir ke lembah perniagaan. Cewah!

Nadhir kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Universiti Curtin di Australia. Haa…time ni lah dia mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan tapi sadis semuanya gagal. Dari menjual barangan elektronik dan pakaian berjenama yang actually tak berjenama pun sampailah terjoin Forex (oiii haram ni!) dan akhir sekali saham. Nadhir tak pernah letakkan dirinya dalam keadaan yang selesa. Walaupun pada awalnya dia sentiasa gagal, namun akhirnya dia berjaya memperoleh ijazah dalam bidang Perakaunan serta ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan. Gempak weyh!

Pada tahun 2009, Nadhir memulakan kariernya di CIMB Investment dan kemudian berhenti sebelum dia join pulak ABDA Aviation iaitu sebuah syarikat penerbangan udara. Tapi pelik, apa yang dorong dia terjun ke bidang keusahawanan? Curious…really curious

Nadhir mengatakan,

Saya terinspirasi dengan pemerolehan Instagram oleh Facebook dengan harga $ 1 bilion. So saya pun buat keputusan untuk masuk ke dunia keusahawanan sepenuh masa menerusi pelancaran aplikasi rangkaian sosial Glokalise.

.

Tapi syarikat ni tak tahan lama pun. Pada pemerhatian saya time tu, punca kepada kegagalan syarikat tu sebab kami tak buat pengesahan produk sebelum buat.

Lepas fail yang tu Nadhir pun mula try kerja-kerja pelik dengan member-member dia yang penyudahnya bawa kepada perkara yang sama. Perkara tersebut berlanjutan sampailah dia jumpa balik kawan lamanya Chee Hau. Chee Hau ni kiranya member dia lah waktu kerja dekat ABDA Aviation. Waktu lunch together bak kata orang putih mereka dok brainstorm sesama. Antara isu yang diperbincangkan adalah ketidakcekapan sistem logistik di Malaysia.

Nadhir menambah lagi,

Satu perkara yang membawa kepada perkara lain adalah – konsep untuk mewujudkan platform dan ‘mengganggu’ industri lori sewa dilahirkan.

Lima bulan kemudian Nadhir dan Chee Hau melancarkan TheLorry pada bulan September 2014.

Untuk pastikan saya tak ulangi kesilapan yang sama seperti yang saya pernah lakukan di Glokalise, kali ni saya betul-betul tekad untuk pastikan kami mulakan usaha ini dengan langkah kanan iaitu membuat pengesahan produk terlebih dahulu.

.

Saya start dengan blog dan run Google Ads untuk tarik traffic ke blog saya. Tak lama kemudian kami berjaya dapat tempahan pertama kami dengan mengeluarkan perbelanjaan paling minimum.

.

Kami terus beriterasi tentang produk kami sejak ia dilancarkan dan bereksperimen dengan beberapa cara tentang bagaimana nak mempertingkatkan pengalaman serta pertukaran pengguna.

Malah untuk memastikan beliau tak gopoh bak kata orang nismilan, Nadhir bertekad kali ni dia tak kan bina produk secara silo yang mana ia adalah kesilapan yang pernah dilakukan oleh beliau semasa di Glokalise. ” I need a mentor!” Nampak nak sukses kena lah berguru! Sedangkan mengaji pun kena bertalaqqi tetuan pepuan sekalian.

Dia pun apply beberapa accelerator programme dan akhirnya diterima untuk sertai program accelelator Cyberview Living Lab Accelerator / WatchTower And Friend’s. Nadhir berkata program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) membantunya dalam tiga cara utama:

  1. Membuat strategi yang mantap untuk perniagaan kita
  2. Menghubungkan kita dengan mentor yang betul untuk membimbing kita sepanjang perjalanan bisnes kita
  3. Menghubungkan kita dengan pelabur

Sektor keusahawanan adalah sebuah perjalanan yang sunyi. Menjadi sebahagian daripada program bersama dengan 7 syarikat lain yang memiliki harapan dan impian sama cukup menggembirakan dan meningkatkan semangatnya untuk sukses!

Nadhir turut berkata;

Kami tidak akan pernah sampai ke tempat kami berada sekarang tanpa bimbingan mentor kami dari program ini.


The Lorry akhirnya menerima RM50,000 pertama dari program ini. Dengan menggunakan fulus berkenaan dia dan rakannya tidak teragak-agak hire CTO sepenuh masa dan spend fulus berkenaan untuk tujuan marketing. Malah waktu tu dia tak ambil gaji pun.

Alahhhh…jangan panggil bisneslah kalau tak temui kesukaran dan jalan buntu. Nadhir dan team dia pun face benda sama especially melibatkan menggaji dan mengurus orang, nak memperkasa perniagaan dan kumpul dana. Tapi yang paling hardcore payahnya menggaji dan mengurus orang lah.

Walaupun aplikasi TheLorry menerima lebih dari 10,000 muat turun dan menjadi tajuk utama di peringkat antarabangsa, Nadhir masih lagi belum menganggap dirinya berjaya.

Usahawan tak pernah berpuas hati. Saya anggap perjalanan saya masih jauh.

TheLorry kini available dekat Malaysia, Singapura, Thailand, dan Indonesia. Dengarnya Nadhir juga merancang nak buka cawangan di Filipina dan Vietnam tak lama lagi.

Nadhir Ashafiq dan rakannya Chee Hau tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia pada 2018.

#2 Arif Tukiman ( Co-Founder & CEO RunCloud )

Arif Tukiman merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RunCloud iaitu sebuah panel kawalan terpusat untuk membantu menyebarkan, mengkonfigurasi, mengurus dan memantau cloud server. Arif berasal dari Johor Bahru serta merupakan bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia.

Arif memulakan perniagaan pertamanya sejak bergelar pelajar Sains Komputer di UTM. Bermula dengan merancang dan mengembangkan web, kemudian beralih kepada aplikasi mudah alih dan games.

Saya menubuhkan syarikat Cool Code dengan dua rakan kongsi saya yang lain setelah tamat pengajian.

.

Dari sebuah syarikat software house yang hanya diwujudkan untuk mendapat duit poket sampailah kami berjaya memiliki 20+ developer di software house berkenaan.

.

Dalam tempoh tiga tahun, kami mempunyai pelbagai jenis pelanggan yang mempunyai nama-nama besar. Malah aplikasi ini dimuat turun lebih dari 3 juta!

Memahami cabaran sebagai developer berkaitan penyebaran projek ke beberapa server untuk pelanggan kami, maka kami memutuskan untuk membangun serta melancarkan RunCloud.

Arif memimpin RunCloud dan sentiasa dalam misi mempermudah pengurusan server untuk developer dan bisnes-bisnes yang dijalankan. Hari ini, RunCloud muncul sebagai syarikat yang berkembang pesat serta menguruskan lebih dari 230,000 aplikasi web dari lebih 100 buah negara di seluruh dunia dalam masa tiga tahun. Negara-negara ini termasuklah AS, UK dan India!Hebak mung!

RunCloud juga pernah menjuarai Piala Dunia Permulaan Malaysia pada tahun 2018. Arif muncul di Forbes 30 Under 30 Asia 2020 di bawah kategori Teknologi Perusahaan.

#3 Nor ‘Phoenix’ Diana (Hijab Wrestler)

Nor ‘Phoenix’ Diana seorang pro-wrestler muslimah telah menang tali pinggang pada pertandingan Pro Wrestling-The Wrestleconi di Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini menumbangkan empat ahli gusti lelaki negara! Perghhh… Hebat ko dik!

Dia yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur mendedahkan minatnya yang mendalam dalam sukan gusti mula berputik lepas tengok rancangan gusti WWE dengan adik-adiknya. Masa tu umur dia baru 14 tahun.

Diana atau nama sebenarnya Syaradeeba Khamarulzaman mengatakan dia memang minat giler dengan sukan gusti sampai dia test nasib join uji bakat pencarian atlet gusti pada usia 16 tahun. Dia akhirnya mendapat peluang sertai perlawanan gusti pada Februari 2017. Jurulatihnya time tu adalah Ayez Shaukat Fonseka.

Siapa je mak bapak yang tak risau bila anak ko kena gusti dengan orang. Dahlah gusti dilabel sebagai sukan yang ganas! Namun kedua ibu bapanya merupakan penyokong tegar Diana walaupun pada awalnya mereka agak risau membenarkan anaknya berkecimpung dalam dunia gusti.

Diana, 19 pernah sertai perlawanan gusti pertama pada Februari 2017. Dia yang merupakan anak ke 4 dari 5 adik beradik itu berkata perlawanan gusti pertama yang disertainya pada masa itu memerlukan dia menentang seorang penggusti tempatan bernama Scarlett Lee. Malangnya dalam perlawanan itu dia tewas. Namun dia tetap bangkit sehinggalah berjaya memenangi tali pinggang Pro Wrestling-The Wrestleconi, awal Julai lepas.


Sertai lebih dari 15 perlawanan dalam dan luar negara, Diana mengatakan kemenangan bukanlah perkara yang dicarinya. Sebaliknya dia hanya mahu mempopularkan sukan gusti yang kurang dapat sambutan dalam kalangan wanita berhijab di Malaysia. Sebab rata-rata menganggap sukan ini bersifat ganas!

Bagi saya, gusti lebih kepada seni persembahan aksi lagak ngeri yang dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang hadir dalam perlawanan berkenaan

Sumber: Bernama


Diana popular dengan gerakan penyudah Tilt-a-Whirl Cutter, Crossbody dan Suicide Dive. Ha! Hati-hati la sesiapa yang berjaya curi hati gadis ini. Ko buat perangai ada perempuan lain takut ko kena suicide dive nanti! Arwah terus.

Diana juga sebenarnya banyak dapat tawaran untuk sertai pertandingan gusti di luar negara terutamanya di Eropah. Hal ini berikutan videonya bergusti tular sampai ke belah-belah sana. Tapi dia kata dia nak fokus sekitar Singapore dan Filipina sahaja buat masa ini memandangkan dia sekarang pun bekerja sebagai pembantu klinik di sebuah hospital di Lembah Klang.

Pelik jugak bila nama dia terselit perkataan phoenix. Mungkin ada yang lurus ingat itu adalah nama sebenar Diana. Oiii! Agak-agaklah.. . Tak ada mak bapak sanggup nak namakan anak dia Phoenix. Kalau ikutkan phoenix adalah sejenis burung yang bila dah capai usia matang, dia mati lepas tu bangkit balik dari abu. Alah…macam burung Professor Dumbledore ‘Fawkes’ dalam cerita Harry Potter tu!

Diana mendapat inspirasi daripada burung Phoenix yang digambarkan sebagai kebangkitan selepas kegagalan oleh masyarakat dan yakin dia mampu tempuhi cabaran yang mendatang. Macam Diana sendiri, phoenix tu ibarat bagi roh pada dia setiap kali beraksi di gelanggang. Bila on je muzik hambek ko tak kiralah besar ke kecik ke lawan dia yang pasti balun sampai lunyai! Dari segi costume semua tu Diana dan jurulatihnya yang decide.

Sementara dari segi latihan pula Diana akan berada di Malaysia Pro Wrestling Developmental Centre di Spacerubix Sentral, Puchong, di bawah pemantauan Shaukat. Di situ dia perlu jalani latihan berintensiti tinggi dan latihan fizikal yang sangat mencabar antara empat dan enam jam selama dua kali seminggu.

Dua jam pertama adalah latihan berbentuk ketahanan fizikal, dua jam lagi dalam bentuk conditioning, sementara dua jam yang lain adalah dari segi mempertingkatkan teknik gusti yang tepat selain turut menerapkan aspek keselamatan sewaktu perlawanan berlangsung. Bayangkan dia boleh buat latih tubi sampai 60 kali! Kuat stamina ko dik. Abang tak cecah 20 dah barai. Baginya stamina kena kuat. Dia bukan berdepan dengan penggusti perempuan je, malah penggusti lelaki sekali!

Diana pernah alami kecederaan siku yang teruk akibat perlawanan yang disertainya. Ambil masa yang lama jugak untuk pulih. Namun perkara tersebut langsung tak patahkan semangatnya. Dia terus berusaha sehingga berjaya. Buat perkara separuh jalan bukanlah dirinya. Tambahan pula minatnya memang sangat mendalam dalam bidang gusti. Bak kata pepatah yang baru dicipta, Phoenix takkan gentar selepas bangkit dari abu!

Diana turut mengimpikan untuk beraksi dalam saingan gusti di luar negara seperti Jepun, Kanada dan WWE di Amerika Syarikat pada masa akan datang. Tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia pada April 2020 lalu, ternyata semangat dan keberanian gadis ini harus dipandang tinggi!

#4 Wan Hasifi Amin Wan Zaidon (Co-Founder Baitul Jannah)

Apa itu baituljannah? Haaa….benda ni memang menarik untuk dikongsi. Pasti ramai di luar sana yang tidak mempunyai masa untuk mencari teman hidup sedangkan mak kat kampung dah bising.

Jemah tu dah ada 4 orang cucu. Aku ni bukan nak kata ada cucu, calon isteri kamu pun belum nampak bayangnya lagi! Aku ni dah tua, entah esok lusa mati, tak sempat aku nak tengok kamu naik pelamin. Nak main dengan cucu apatah lagi…

Mak dekat kampung guna ayat klise drama melayu

Nah! Tak perlu gusar atau berdarah telinga dengar mak membebel lagi soal jodoh. Baituljannah.com sedia bantu anda! Eceh…macam promo pulak. Serius sesiapa yang tegar belum bertemu jodoh bolehlah cuba daftar di baituljannah.com iaitu sebuah platform digital berkonsep carian jodoh untuk orang muslim. Malah mereka juga sangat optimis untuk menarik capaian pelanggan ke angka yang lebih tinggi.

Wan Hasifi menyatakan sehingga 2019 sudah lebih 430,000 individu mendaftar di baitujannah.com (ejen pencarian jodoh secara digital) termasuklah pengguna dari Brunei dan Singapore.

Cuba korang bayangkan dari jumlah tersebut seramai 2,116 pasangan telah berkahwin sejak ia dilancarkan pada mac tahun 2018. Malah sehingga tahun 2019 sahaja hampir 9,000 pasangan dah berjaya menemui jodoh mereka dan rasanya tahun 2020 ni dah pun berkahwin dan beranak pinak TF rasa.

Platfrom digital ini berlandaskan syariah dan data pengguna adalah selamat serta dirahsiakan

Baituljannah.com bukan sekadar platform cari jodoh sebaliknya mempunyai matlamat jelas dalam memberikan impak positif pada masyarakat. Terdapat 400 juta orang muslim diseluruh dunia yang masih belum berkahwin. Maka Baituljannah.com dibangunkan untuk membantu mereka mencari pasangan dan menuju ke gerbang perkahwinan.

Konsep yang diketengahkan oleh Baituljannah adalah pasangan dikatakan tidak berbual secara berdua (khuatir muncul orang ketiga..as syaiton ar rejam). Maka perbualan tadi akan dipantau oleh pihak dari Baituljannah bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak elok mengikut batas-batas yang ditetapkan oleh syarak.

Segala aktiviti dalam platform digital carian jodoh muslim ini diselenggara dan dipantau oleh 12 pekerja selama 24 jam sehari.

.

Segala perbualan menerusi sistem tersebut dipantau dan ditapis demi keselesaan pelanggan.

Wan Hasifi mengatakan pada tahun 2020 ini pihaknya mensasarkan untuk menembusi pasaran Indonesia dalam memperluaskan lagi penggunaan aplikasi berkenaan ke negara jiran. Melihat kepada perkembangan prospek perniagaan dalam talian itu, mereka juga berhasrat untuk melebarkan sayap ke negara Asia Barat.

Okay…sesiapa yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini pakej bermula serendah RM70. Dan yang paling bestnya sebahagian daripada transaksi pelanggan aplikasi ini akan disalurkan ke tabung infaq melalui pertubuhan amal yang berdaftar. Lepas tu ada lagi benda lain yang best! Sesiapa yang teringin nak ada jodoh tapi tak mampu, boleh layari aplikasi ini secara percuma namun aksesnya amat terhad. Kiranya first come first serve, late come no serve. Haaa..gitu ceritanya.

Wan Hasifi tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia di bawah kategori Teknologi Pengguna. Hebat-hebat belaka anak muda ini! Moga suatu hari nanti The Fulus juga berjaya menjadi hebat seperti mereka-meraka ini. Amin…

Sila baca artikel kami yang lain tentang inspirasi usahawan.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Ini Kisah Sebenar Minuman Tenaga Paling Top REDBULL Anda Patut Tahu

Previous article

Kalang Warisan Tarikan Terbaru Untuk Pelancong Luar & Penduduk Tempatan Di Terengganu

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *