Unit Trust

4 Unpopular Step Pelabur Unit Trust Patut Buat Sekarang

0

4 Langkah Pelabur Unit Trust Perlu Buat Sekarang. Untuk mereka yang ada melabur dalam pelaburan amanah ataupun Unit Trust sama ada PMB Investment, CIMB Principle, Public Mutual ataupun Wahed Invesment, keadaan ini sudah semestinya memberi kesan kepada pelaburan anda.Di dalam kesedapan menikmati keuntungan tiba-tiba dalam sekelip mata terpalit dalam kerugian.

Dalam situasi sebegini, walau pahit mana sekalipun terpaksalah telan. Terima hakikat akan kerugian yang melanda. Yang penting anda mesti tahu apa strategi yang boleh anda lakukan untuk membendung kerugian yang berterusan.

Hari ini TF akan kongsi langkah-langkah yang perlu anda ambil ketika berhadapan dengan situasi ini. Tindakan anda pada hari ini akan memberi kesan besar untuk 4 hingga 5 tahun akan datang.

4 Langkah Pelabur Unit Trust Perlu Buat Sekarang

1 – Cut Loss

Cut loss bermaksud anda jual saja semua pelaburan anda dan terima hakikat yang anda telah pun rugi. Berapa peratus pun kerugian yang anda alami adalah lebih baik daripada anda berdepan kerugian berterusan. Ini saranan yang paling tepat untuk anda yang tak tahu apa nak buat. Daripada anda hilang sehingga 50% modal anda baiklah hilang 30% sahaja. Betul tak?

‘Lagipun dalam situasi sekarang masih terlalu awal untuk menjangkakan bila market akan naik semula. Anggaplah ini ilmu terbaik untuk anda invest pada masa akan datang. Dan berapa pun jumlah yang anda berjaya selamatkan, bila market dah okay semula nanti investlah balik dan bolehlah tebus semula kerugian yang dihadapi sebelum ini.

averaging cost

2 – Beli Lagi (Averaging)

Ia memerlukan anda punyai sedikit ilmu untuk membuat averaging. In a simple word, averaging ni bila harga turun mendadak kita beli lagi pada harga yang jatuh tu. Kesannya adalah, kita akan dapat pada harga purata.

Katakan kita dah beli pada harga paling tinggi, tiba-tiba harga dana jatuh teruk macam sekarang. Bila anda beli lagi dengan modal yang sama atau lebih, harga per unit tu akan dipuratakan.

Teknik averaging membolehkan anda mendapat purata yang lebih rendah sekaligus meminimumkan kerugian yang anda hadapi. Bukan itu saja, sekiranya harga dana naik selepas itu, anda akan menikmati keuntungan yang lebih cepat berbanding tidak membuat averaging.

Namun harus diingatkan strategi ini boleh dilakukan jika anda tahu apa yang anda lakukan. Jika anda mempunyai ejen, bincang dengan ejen anda bagaimana untuk membuat averaging yang berkesan. Kalau anda buat averaging dan selepas itu harga dana masih lagi turun, bermakna averaging yang dilakukan sia-sia.

Boleh click link ini untuk belajar lebih lanjut tentang averaging.

If you aren’t thinking about owning a stock for 10 years, don’t even think about owning it for 10 minutes.”

Warrent Buffett

3 – Tukar Dana

Jika sebelum ini anda letak 100% ke dalam Ekuiti maka pada waktu sekarang eloklah anda tukar dulu kepada dana Cash Management atau sukuk dan seumpama dengannya. Dana-dana ini berisiko rendah serta keuntungan mahupun kerugiannya juga rendah.

Dana Cash Management dan sukuk ini masih mampu memberi keuntungan walaupun hanya dalam kadar yang minium. Orang kata Low risk Low Return.

4 – Biarkan Sahaja

Jika anda nak biarkan sahaja tanpa buat apa-apa dan mengharapkan ekonomi kembali pulih seperti sediakala, hanya ucapan “Selamat Maju Jaya” yang mampu kami ucapkan.

Kalau ejen Unit Trust anda suruh biar je, jangan buat apa-apa, the best answer is ‘You Are Fired!’. Sebabnya jika berlaku kerugian, bukan mereka yang tanggung, tapi anda!

averaging cost

So What Next?

Kami di The Fulus menjangkakan ia akan mengambil masa yang agak lama  untuk memulihkan kembali ekonomi kita. Dua faktor utama adalah virus covid-19 dan juga kejatuhan mendadak harga minyak mentah. Kerana kedua-dua faktor ini bukan sahaja memberi kesan terhadap negara kita sahaja, namun impaknya satu dunia!

Agak sukar untuk kita menjangkakan apa yang akan berlaku pada keesokkan hari kerana situasi ekonomi pada hari ini tidak pernah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Krisis ekonomi pada tahun 1997 tidak ada kaitan dengan penyakit.

Jadi nasihat kami, untuk pelabur-pelabur unit trust buatlah sesuatu dengan pelaburan anda. Jangan biarkan ia lebur begitu saja.

Disclaimer: Kami hanyalah berkongsi idea untuk menghadapai cabaran ekonomi pada ketika ini dan bukan membuat keputusan untuk anda.

Baca Juga Article kami Yang ini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

TERKINI | Ijtima Tabligh Dunia Gowa Dibatalkan

Previous article

Usaha Komuniti 3D Printing Bantu Barisan Hadapan Cipta Face Shield Dianggap Hero Tak Didendang

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *