Bisnes

5 Cara Bagaimana Nak Jana Pendapatan Melalui Apps

0

Terdapat 5 cara yang boleh digunakan oleh apps-apps developer luar sana untuk jana pendapatan menerusi aplikasi yang direka untuk pengguna. So, kali ni The Fulus akan bincangkan secara general bagaimana nak buat duit melalui apps. Yang mana dah tahu tu sokayyyy….mana yang masih dalam kategori dummies macam TF ni bolehlah baca entri ni untuk dapatkan sedikit info yang membantu anda untuk dapatkan gambaran mudah bagaimana nak buat duit menerusi apps.

#1 Freemium Premium

Perkataan freemium merupakan kombinasi antara perkataan ‘free’ (percuma) dan ‘premium’. Istilah freemium adalah sejenis model perniagaan yang menawarkan pelanggan perkhidmatan lengkap berserta kos tambahan. Ia menyediakan perkhidmatan sederhana dan asas secara percuma untuk dicuba oleh pengguna, tetapi ia juga turut menawarkan perkhidmatan yang lebih maju atau ciri tambahan premium.

Model freemium cenderung berfungsi dengan baik untuk perniagaan berasaskan Internet dengan kos perolehan pelanggan yang kecil, tapi lifetime value tinggi. Model perniagaan freemium membolehkan pengguna menggunakan ciri asas perisian, permainan atau perkhidmatan secara percuma, kemudian mengenakan bayaran untuk “peningkatan” ke pakej asas. Ia merupakan taktik yang sangat popular untuk syarikat yang baru bermula sebab mereka akan cuba pikat pengguna ke perisian atau perkhidmatan mereka.

Okay nak senang cerita bahasa pasar dia cenggini, freemium ni kita boleh guna apps tersebut secara percuma, tak perlu nak bayar sampai bila-bila, tapi penggunaan dia terhad la. Mana ada benda free tapi manfaat dia lebih kurang atau sama dengan yang berbayar. Rugi la weyh! Contohnya macam Stockhunter untuk investor. Sebab ia adalah freemium maka kita boleh guna apps tu untuk tengok kaunter-kaunter saham yang tengah top, tapi kalau ambil premium boleh terus tahu bila nak kena beli kaunter atau bila nak kena jual serta berapa target untung.

#2 Subscription / Langganan

Langganan berbayar adalah salah satu daripada monetization strategy untuk menjana pendapatan menerusi aplikasi. Ia semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menerusi pengaplikasian model ini, pelanggan akan bayar anda pembiayaan bulanan untuk akses aplikasi anda. Sebagai pertukaran , aplikasi langganan berfungsi untuk mengekalkan pelanggan serta menawarkan ciri-ciri baru dan memberi insentif.

#3 Pembelian Barang

Okay yang ni tak payah terang pun rasa semua dah tahu. Apa apps yang anda rasa sangat familiar melibatkan pembelian barang semua-semua ni. Yaaaa betul! 10 markah! Macam Shoppee….Lazada…Apadaaa. Ini adalah antara apps-apps yang menawarkan pembelian barang kepada mak cik pak cik kakak-kakak, abang-abang semua ya.

Kalau apps jenis gini memang best nak buat duit. Sebab bila nak guna apps ni tak perlu nak bayar ke hape. Tapi mereka akan ambil percentage atas setiap item yang anda beli.

#4 Crowdfunding

Apps yang melibatkan crowdfunding contohnya macam telegram, whatsapp…semua-semua tu lah. Macam telegram ni yang specialnya ia langsung tak buat untung.

“Why tak buat untung ma? Banyak lugi wooo….” tetiba apek yang tengah baca surat khabar dekat sebelah tanya. “Wa jual surat khabar pun mau ada untung”

Ceritanya macam ni pek, sebabnya apps ini ditaja oleh sebuah badan dari Rusia. Cuba jugak digest macam mana lah dorang ni buat untung tapi blur.

Macam whatsapp sendiri pun siapa funder untuk apps tu? Yesss….facebook. So kalau anda nak tahu macam mana apps cenggini buat untung boleh direct tanya Mark Zuckerberg.

#5 Iklan

Teknik pengiklanan mungkin perkara paling biasa dan paling mudah untuk dilaksanakan oleh apps-apps baru nak up untuk buat duit. Okay bohong. Bukan apps-apps baru nak up je, boleh kata banyak jugak apps-apps lain yang guna teknik pengiklanan ini. Ia juga dilakukan melalui rangkaian iklan pihak ketiga.

Menggunakan iklan untuk menjana kewangan menerusi aplikasi memang mudah! Pemilik aplikasi hanya perlu papar iklan dalam aplikasi mudah alih mereka atau pilih pemasaran afiliasi dan mereka akan dibayar dari rangkaian iklan pihak ketiga. Anda akan dibayar setiap kali iklan dipaparkan (per tayangan), per klik pada iklan, dan ketika pengguna pasang aplikasi yang diiklankan.

Sebagai aplikasi versi percuma, anda juga dapat menjalankan iklan dan jana pendapatan menerusi iklan dalam jangka waktu tertentu.Terdapat beberapa jenis paparan iklan yang tersedia untuk penyedia aplikasi jana kewangan. Tapi sebagai pemilik aplikasi, anda harus pantau sama ada pengguna yang disasarkan mendapati iklan ini sesuatu yang menghiburkan atau merimaskan.

Sila baca juga artikel kami yang lain berkaitan bisnes.


Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Ramai Yang Keliru Dengan Dua Jenis Pelaburan Hartanah Ini AHB & AHP

Previous article

Ini Sebab Kenapa Rancangan Shark Tank Digilai Ramai Usahawan-Usahawan StartUp

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Bisnes