Harta Pusaka

5 Kesalahan Yang Dibuat Semasa Pembahagian Harta

0

5 kesalahan lazim yang dibuat semasa melakukan pembahagian harta pusaka antaranya i) Sering melewatkan pembahagian harta, ii) Waris tak nak masuk campur, iii) Tak buat hitam putih, iv) Gunakan ayat yang salah bila buat pembahagian harta dan yang ke v) Tak membuat perancangan semasa masih hidup.

#1 Sering Melewatkan Pembahagian Harta

“Kak Jemah, Abang Jo, Jenab rasa kita perlu bincang soal pembahagian harta arwah ayah malam ni jugak. What say you?”

– Jenab tiba-tiba bersuara setelah setel pengebumian arwah ayahnya siang tadi.

“Eh kau ni! Kubur arwah ayah masih merah lagi kau dah sibuk bercakap soal harta. Nampak tamak sangat ni. Agak-agaklah Jenab. Kau tak kesian ke tengok mak. Nak telan chi ke te aun pun tak lalu tu ha.”

Ini merupakan kesalahan pertama yang sering dilakukan oleh masyarakat islam iaitu melewat-lewatkan soal pembahagian harta pusaka atas alasan menghormati si mati. Dan ayat klise yang selalu digunakan adalah kubur masih merah. Masyarakat selalunya beranggapan bahawa tak wajar bahagi harta pusaka terlalu awal kononnya “kubur masih merah”. Macam contoh dekat atas ni, bila ada waris yang saran supaya pembahagian dan penyelesaian harta dibuat segera, maka mereka dicop sebagai gila harta, tak ada adab, tak hormat si mati, tak ada sensitiviti dan banyak lagilah tak nya!

Gambar Sekadar Hiasan

Walhal, isu kubur masih merah ke apa ke adalah tanggapan yang salah sama sekali dan bertentangan dengan syarak! Why??? Sebab isu pembahagian harta pusakalah yang perlu disegerakan supaya hak-hak pewaris dapat ditentukan. Dan seeloknya lebih afdhal pada malam selepas pengebumian tu jugak dibacakan terus khutbah faraidh.

#2 Waris Tak Nak Masuk Campur

“Aku malas lah nak masuk campur. Nanti karang adik beradik aku cakap aku tamak harta.”

-Kata Jemah suatu hari sewaktu mengunyah popcorn sambil menonton rancangan favouritenya Teletubbies.

Haaa….ini juga menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada masalah pembahagian harta pusaka yang tak setel-setel! Disebabkan ada jugak jenis waris yang tak nak ambil kisah atau masuk campur bila dirinya turut sama terjebak dalam pembahagian harta pusaka. Kononnya takut dilabel sebagai gila harta.

Oiii!!! Agak-agaklah, jangan disebabkan takut kena cop tu ini, maka penyudahnya semua pakat berdiam diri. Memasing bajet ada yang akan tampil untuk memulakan dan selesai masalah tersebut. Kebiasaannya anak sulunglah yang akan jadi head pada perbincangan yang bakal berlaku. Dah bila anak sulung pun pakat membisu malas nak masuk campur jugak maka itulah yang jadi sampai bertahun-tahun lamanya nak setel isu pembahagian harta pusaka! Masing-masing ambil mudah dan tak kisah.

#3 Tak Buat Hitam Putih

Tak buat hitam putih dan tak bagi tahu apa-apa pun pada waris! Dari segi islam perkara tersebut sah tapi dari sudut perundangan sekiranya berlaku pertikaian, korang fikir macam mana mahkamah nak putuskan jika pembahagian harta dibuat dengan mulut saja tanpa dokumen serta saksi??

#4 Guna Ayat Yang Salah

“Bila mak mati nanti, rumah ni mak nak serahkan pada Jemah dan Jenab. Tanah mak pulak mak nak serahkan pada Abang Jo untuk dia urus.”

– Kata mak sewaktu dinner di Pavillion

Yang nak di highlight dekat sini adalah perkataan “Bila mak mati”. Apabila mak bapak anda menggunakan ayat sebegini, ia jatuh sebagai wasiat. Dari segi rukun, wasiat tak sah sekiranya diberikan kepada waris fardhu yang menerima faraidh. Kecuali semua waris bersetuju atas pembahagian tersebut setelah maknya tu meninggal.

Semasa mak masih hidup semua bersetuju. So tak ada masalah. Tapi bila mak dah meninggal alih-alih daripada yang bersetuju tadi ada pulak yang tak setuju tiba-tiba. Maka wasiat tadi tidak sah! Makanya, jika ada anak yang tak nak ikut wasiat arwah mak dia ni tadi, janganlah pulak disalahkan beliau sebab cara pembahagian harta yang dibuat oleh arwah ini tadi semasa hidup dah sah-sah tak sah dari awal.

#5 Tak Membuat Perancangan Semasa Hidup

Majoriti masyarakat islam gagal membuat perancangan harta semasa masih hidup. Hal ini dibuktikan menerusi kajian yang dijalankan oleh Rusanadewi dan Inayah (2015) berkaitan tentang Masalah Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia. Rata-rata meletakkan sepenuhnya pembahagian harta pusaka pada faraidh.

Untuk makluman semua, Islam sendiri ada kaedah pembahagian harta semasa masih hidup contohnya macam hibah, wasiat dan wakaf. So cara terbaik adalah buatlah perancangan harta secara menyeluruh sewaktu masih hidup yang mana sebahagiannya dirancang sewaktu anda masih bernyawa, dan selebihnya ditinggalkan untuk pembahagian faraidh setelah anda dah tak bernyawa. Wallahualam.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang harta pusaka.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Ini Sebab Kenapa Rancangan Shark Tank Digilai Ramai Usahawan-Usahawan StartUp

Previous article

Kisah Manipulasi Duit Di Malaysia

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Harta Pusaka