Startup

6 Aplikasi Alternatif kepada Zoom Meeting

0

Dengan menggunakan Zoom anda mungkin berhadapan dengan masalah email anda terdedah kepada pihak ketiga dan juga serangan malware. Dalam perkembangan terbaru 500,000 akaun zoom dicuri dan dijual di pasaran gelap. Angka ini sangat menakutkan dan merbahaya kepada kita semua kerana dibimbangi pihak tidak bertanggungjawab menceroboh bukan saja maklumat kita tetapi juga akaun bank kita.

Disebabkan oleh itu, hari ini kami akan berkongsi dengan anda 6 aplikasi alternatif yang mempunyai sama fungsi dengan Zoom Meeting tetapi tidak mengalami masalah kebocoran privacy.

Ini Adalah 6 Aplikasi Alternatif Anda Untuk Online Meeting

1. Skype

Skype adalah antara aplikasi yang sudah lama wujud di alam maya. Sejak tahun 2003 lagi sudah wujudnya Skype ni. Pada masa tu ramai orang guna skype melalui PC. Jadi kredibiliti Skype tidak perlu diragui lagi.

Kini Skype telah mula beralih kepada aplikasi di dalam telefon pintar. Ciri terbaru yang dikeluarkan Skype adalah ‘Skype Meet Now’ untuk mencabar fungsi Zoom. Skype Meet Now boleh memuat sehingga 50 orang pengguna pada satu-satu masa. Dan yang paling penting aplikasi skype ini percuma

2- Google Hangout

Google Hangout adalah alterntif aplikasi zoom yang paling terkenal. Ada dua versi iaitu versi percuma dan juga versi berbayar. Untuk versi berbayar melalui G-Suite, anda akan dapat Hangouts Meet yang membolehkan anda mengadakan online meeting sehingga 250 peserta dan anda boleh membuat presentation, merakam perjalanan online meeting dan seterusnya menyimpannya ke dalam google drive. Dengan cara ini anda dengan mudah dapat berkongsi rakaman online meeting ini dengan rakan kerja yang tidak dapat turut serta.

Untuk versi percuma pula, anda boleh membuat online meeting sehingga 150 orang peserta tetapi tidak mendapat manfaat lain seperti versi berbayar seperti membuat presentation, merakam online meeting dan menyimpan ke drive.

3. Discord (percuma)

Sekiranya anda inginkan aplikasi yang percuma, Discord mungkin pilihan yang terbaik untuk anda. Aplikasi ini terkenal dikalangan golongan gamers. Walaubagaimanapun aplikasi ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang sukakan perbualan, mesej danpanggilan video.

Discord baru saja menambah limit perserta penggilan video dari 10 orang kepada 50 orang. Aplikasi ini boleh digunakan di semua web browser serta operasi sistem Macintosh, Window, Linux, iOS serta Android.

4- ZoHo Meeting (Berbayar)

Zoho Meeting adalah open source persidangan video yang membolehkan anda menjadi tuan rumah kepada persidangan tersebut. Peserta tidak perlu untuk mendaftar sebagai ahli untuk menyertai persidangan online ini bahkan peserta hanya perlu click pada link yang diberikan atau melaui web browser. Dan ZoHo juga menyediakan beberapa chart interactive yang sangat membantu sidang video.

Kelebihan yang ada pada ZoHo adalah ia menawarkan pelbagai kemudahan seperti perkongsian skrin antara host dan juga peseerta, merekod persidangan, ‘muted’ atau membisukan peserta, upload dokumen, attachment serta presentation yang mudah kerana semua kemudahan ini telah diintegrasi dengan ZoHo Office Suite. Pun begitu perlu diingatkan disini bahawa pelan harga untuk setiap webinar mungkin berbeza dan mungkin juga membuatkannya terlalu mahal.

5- GoTo Meeting (Berbayar)

Salah satu perkhidmatan terawal di luar sana adalah GoToMeeting yang dikemaskini dengan pelbagai kemudahan. Pelan peringkat permulaan membolehkan kemasukan sehingga 150 orang peserta manakala pelan untuk usahawan pula membolehkan kemasukan sehingga 3000 orang.

GoToMeeting menawarkan semua kemudahan standard seperti merakam persidangan dan perkongsian skrin dengan para peserta. Anda juga boleh melantik beberapa fasilitator mesyuarat. Dan perkhidmatan ini boleh diakses dengan mudah melalui QR code ke Web, samada melalui Mac, PC, Linux, iOS mahupun Android.

6- Microsoft Teams

Microsoft mengubah Skype untukperniagaan menjadi Teams yang membolehkan anda mengadakan pertemuan video sehingga 250 orang. Tidak seperti Skype, Teams menawarkan kemudahan standard persidangan online seperti perkongsian skrin dan kemampuan untuk merakam mesyuarat.

Pasukan Microsoft disertakan dengan dua pelan Office 365 yang berbeza, kedua-duanya menyediakan aplikasi-aplikasi Office, simpanan awan 1 TB OneDrive dan banyak lagi.

Microsoft membuat beberapa perubahan dengan pelan yang ditawarkan, jadi dapatkan lebih banyak perincian mengenai syarikat itu melancarkan Microsoft Teams untuk pengguna akhir tahun ini.

Microsoft Teams bermula $5 per user.

Adakah Ia Berbaloi?

Walaupun kebanyakan aplikasi tidak dapat menandingi manfaat yang ada di dalam aplikasi Zoom, tetapi pada waktu sekarang adalah lebih selamat jika kita menggunakan aplikasi-aplikasi alternatif ini daripada maklumat-maklumat kita terdedah pada pihak yang tidak sepatutnya.

sumber: tomsguide

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Strategi Helicopter Money Dalam Dana PRIHATIN

Previous article

STRESS BELI ONLINE? BELILAH DI HUNGGA MART

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Startup