Life

6 Pandemik Yang Ubah Tamadun Dunia

0

Ini adalah 6 pandemik yang secara tak langsung mengubah tamadun dunia. Apa ke bendanya pandemik ni? Orang sebut pandemik aku pun sebut pandemik. Tapi apa kejadahnya pandemik aku pun tak jelas. Haaaa…untuk yang masih samar-samar apa sebenarnya pandemik ni, check this out.

#Pandemik 1 – Cacar Air (Chicken Pox)

Sebenarnya wabak yang dipanggil sebagai cacar air ini wujud sejak zaman Empayar Mesir dan dianggar menyerang lebih kurang 56 juta populasi manusia di seluruh dunia.

Virus yang dikenali sebagai Varicella menjangkiti seseorang melalui udara apabila seseorang individu alami batuk atau bersin.

Difahamkan seseorang yang dijangkiti virus ini akan alami demam serta ruam lepuh timbul di permukaan kulit.

The way it spread simple je yang mana partikel virus tersebut akan masuk samada melalui sentuhan atau pernafasan setelah lepuh ruam yang timbul tadi mengeluarkan cecair.

Waktu dulu masih tak ada vaksin lagi untuk bendung wabak ni. Tetapi dengan peralihan peradaban dunia serta wujudnya perubatan moden dengan teknologi-teknologi canggih, maka pakar-pakar perubatan berjaya wujudkan vaksin yang mampu cegah virus berkenaan.

#Pandemik 2 – Maut Hitam ( Black Death )

Wujud sejak tahun 1346 – 1353, wabak ini dipercayai telah meragut sekitar 200 juta mangsa ketika itu. Mangsa korban Maut Hitam (Black Death) menyerang lebih separuh dari jumlah populasi warga Eropah.

Pandemik maut hitam

Ia berpunca daripada bakteria yang dikenali sebagai Yersinia Pestis yang disebarkan oleh kutu . Tapi zaman ni bakteria tu dah pupus dah.

Antara gejala yang dihadapi adalah seperti tempelan hitam yang tumbuh pada kulit dan kemudian bernanah sampai keluar darah. Pergh!!! Scary.

#Pandemik 3 -Wabak Justinian

Perdebatan berlaku disebabkan wabak yang menyerang pusat pentadbiran Empayar Byzantine ini telah meragut banyak nyawa.

Ramai yang percaya ia berpunca daripada kehadiran tikus dalam kapal yang datang dari Mesir ke sebuah pekan pelabuhan bernama Pelusium.

Disebabkan ia berlaku sekitar tahun 541 masihi, banyak perkara yang tak jelas pasal wabak ini. Menurut sejarah lagi, Maharaja Justinian turut terkena wabak tersebut tapi berjaya dipulihkan.

Kalau nak tahu, empayar Byzantine lumpuh okay time wabak tu menyerang.

#Pandemik 4 – Selsema Sepanyol (Spanish Flu)

Lebih 40 juta mangsa terkorban disebabkan wabak yang dipercayai direkod mula merebak pada tahun 1918.

Walaupun nama dia ‘Spanish Flu‘, penyakit ni bukanlah berasal dari negara tersebut.

Kebetulan pula ketika itu, undang-undang penapisan akhbar Sepanyol tak ketat lalu maklumat yang tak sahih mula tersebar pantas.

Makanya orang pun tersalah anggaplah yang penyakit tersebut berpunca dari negara itu sehingga namanya melekat Spanish Flu atau bahasa melayunya selsema Sepanyol.

#Pandemik 5 – AIDS

HIV merujuk kepada ‘Human Immunodeficiency Virus. Virus ini bertindak menyerang tubuh badan seseorang lalu membawa kepada penyakit sindrom kurang daya tahan untuk lawan penyakit iaitu AIDS. Kesan daripada penyakit berkenaan adalah sistem pertahanan tubuh seseorang musnah apabila dijangkiti.

Menurut sejarah virus HIV berpunca daripada monyet di Afrika. Iya benar?? Virus ini juga didapati masih wujud sehingga sekarang.

Kes pertama direkodkan 35 tahun lalu yang mana terdapat 78 juta mangsa dijangkiti HIV manakala 35 juta daripadanya meninggal dunia.

Portal UNAIDS
.

Walaubagaimanapun, vaksin untuk menghapuskan virus berjangkit ini masih belum ditemui walaupun dah beberapa dekad berlalu.

SARS, H1N1, Ebola dan MERS juga merupakan antara penyakit-penyakit popular selain daripada yang disenaraikan di atas.

# Pandemik 6 – Covid-19

This is the latest pandemik yang kita tengah dok hadap sekarang. COVID-19 iaitu sejenis virus baru yang berasal dari famili koronavirus. Ia dipercayai mula dikesan di wilayah Hubei, China.

Wabak COVID-19 ini masih menjadi misteri lantaran tiada vaksin lagi yang berjaya ditemui untuk mencegah penyakit berkenaan. Antara simptom-simptom yang dikesan pada seseorang yang terkena jangkitan Covid-19 adalah seperti mengalami selsema, demam, kesukaran bernafas, kadar oksigen rendah dalam darah, sakit otot, menggigil, keletihan, pengeluaran kahak serta kerosakan pada peparu.

Namun apa yang pasti untuk mencegahnya bergantung pada individu itu sendiri. Baru-baru ini, KKM menyuarakan kebimbangannya lantaran peningkatan semula kes Covid-19 di Malaysia. Kenapa ia terjadi???

TF tak nak ulas kenapa jumlah semakin meningkat. Tetapi rata-rata dilihat sekarang orang ramai mengambil sikap sambil lewa dalam menitikberatkan soal penjagaan diri ketika berada di tempat awam. Ingat! Mencegah lebih baik dari merawat.

Disebabkan KKM melahirkan kerisauan mereka terhadap peningkatan kes dari 1 digit ke 2 digit baru-baru ini, so TF terpanggil untuk share langkah-langkah pencegahan yang perlu dipandang serius oleh orang ramai. Antara langkah-langkah tersebut merangkumi;

#1 Pakai penutup hidung dan mulut (face mask) ketika berada di tempat awam yang sesak. Dah bila namanya penutup hidung dan mulut yang korang pergi pakai dekat dagu apa cerita? Kot ye nak sorok double chin, tak perlulah nak tutup dengan face mask. Pergi gym exercise, takpun lari setempat 7 hari 7 malam. Kurang-kurang boleh kempiskan dagu yang berlipat-lipat tu. Yang tu kes pakai dekat dagu, ada kes yang main sangkut je dekat sebelah telinga. Bila kena tiup angin dah macam tengah buat face mask fashion show pulak. Selamat tak dipakainya dekat mata je. Adoi! Jangan lah sampai macam tu. Pakai tu pakai lah betul-betul.

#2 Kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau pun hand sanitizer. Tak kisahlah nak cuci pakai sabun buku ke, fab ke asalkan namanya basuh!

#3 Menjaga kebersihan diri. Yang dimaksudkan di sini adalah sekiranya korang baru balik dari shopping ke atau memana lah tempat yang menjadi tumpuan umum, perkara pertama sekali yang korang kena buat adalah mandi! MasyaAllah…mandi bukan payah wei! Ada spesis yang dah balik rumah terus melingkar depan TV makan ‘cikedis’. Bayangkan eh, waktu tu korang bawak balik virus. Dah tak pasal-pasal virus tadi melekat dekat karpet, lantai atau memana saja permukaan rumah. Yang lagi haru dalam rumah pulak ada orang tua atau anak kecil. Naya oiii! Bila dah mandi, baju tu jangan lah pulak gantung dalam almari lepas tu spray ridsect. Esok nak pakai balik katanya. Eh giler ke apa! Washing machine tak ada ke dekat rumah?Paling koman tangan ada. Hand wash pun kira okay dah. Jangan lah malas sangat…kata nak menang lawan Covid-19.

#4 Amalkan penjarakan sosial. This is the crucial step orang kata. Payahnya lah hai nak jarak-jarak dari orang. Kalau tengok sekarang di kedai-kedai makan orang duk berlonggok semeja makan reramai. Tak ada penjarakan sosial. Ada yang lagi parah siap bersila atas meja nakkan segroup dengan meja yang dah penuh tadi ni. What is wrong with you guys?!

Pesanan kkhidmat masyarakat oleh TheFulus.com

Memandangkan terdapat peningkatan jumlah mereka yang dijangkiti Covid-19 beberapa hari ni, maka kerajaan memutuskan untuk mewajibkan semula pemakaian face mask di tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos 2020 ini. Kerajaan juga akan mengeluarkan denda serta menutup mana-mana premis perniagaan yang tak patuhi SOP yang ditetapkan.

Secara keseluruhanya dari pemerhatian TF pandemik yang paling merbahaya di dunia sekarang adalah manusia yang enggan berubah dari tak bertamadun kepada lebih bertamadun. Sama-sama kita renungkan. Kalau kita nak menang melawan virus ini kita harus menang melawan kedegilan kita sendiri. Wallahualam.

Baca juga artikel kami yang lain berkaitan life.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Medical Card

Previous article

Kisah Di Sebalik Kejayaan Samsung Yang Ramai Orang Tak Tahu

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Life