Startup

7 Aplikasi Bazar Ramadan Online Di Pantai Timur

0

Kami ingin berkongsi 7 Aplikasi Bazar Ramadan yang boleh membantu anda mencari barang keperluan dibulan Ramadan ini khusus untuk mereka yang berada di Pantai Timur. Ramadan kali ini sangat istimewa kerana buat pertama kalinya aplikasi atas talian berkembang pesat mendaki satu aras yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Aplikasi 1 – BazarGanu.com

Bazarganu.com merupakan platform untuk anda dapatkan juadah berbuka puasa yang terbaik di Terengganu sepanjang bulan puasa. Sebut saja apa menu apa yang anda teringin nak makan contohnya nasi kerabu, roti john, murtabak atau apa saja, masuk laman web mereka dan cari juadah-juadah tersebut. Mereka akan hantar terus di depan pintu rumah anda. Tapi sebelum tu kenalah register terlebih dahulu.

Bazarganu.com mengumpul peniaga-peniaga bazar ramadan yang biasa berniaga di bazar ramadhan sebelum-sebelum ini. Namun disebabkan PKP platform ini diwujudkan untuk membantu peniaga dan pembeli memandang bazar ramadan tidak dibenarkan beroperasi. So, untuk peniaga-peniaga yang belum ada platform niaga online anda boleh hubungi mereka. Sempat lagi ni nak berniaga, cari fulus tambahan. Baru hari pertama puasa.

Buat masa ni bazarganu.com hanya beroperasi di 2 daerah sahaja iaitu Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Untuk mereka yang nak cari juadah berbuka boleh layari dekat bazarganu.com ataupun telegram mereka.

Aplikasi 2 – GanuFresh.com

Ganufresh.com adalah platform untuk beli barang basah secara online. Tak perlu bersusah payah ke pasar beratur panjang-panjang untuk beli barang basah. Mereka tolong beratur beli barang basah untuk kita dan mereka hantar terus ke depan pintu rumah kita. Ding dong! Dah sampai.

Dari ayam, ikan segar, sayur, telur serta barang-barang basah atau kering semuanya ada dekat sini.

Untuk menempah barang di GanuFresh anda hanya perlu layari laman sesawang mereka ganufresh.com dan pilih sahaja barang yang anda inginkan mengikut kategori.

Anda mestilah menempah sehari awal barang yang ingin digunakan kerana ganufresh akan membeli barang yang ditempah pada awal-awal pagi untuk memastikan barang yang anda dapat sememangnya fresh atau wang anda akan dikembalikan. Nak dapatkan update Promosi setiap hari dari GanuFresh.com? Join channel Telegram GanuGresh

BERITA BAIK! Ganu Fresh juga sudi menyediakan penghantaran PERCUMA khusus kepada pembaca The Fulus. Untuk dapatkan promosi penghantaran percuma ini anda cuma perlu masukkan kupon ini FULUSFREE di laman sesawang mereka ketika checkout. Tertakluk kepada minima pembelian sebanyak RM99.

KUPON: FULUSFREE

Baca lebih lanjut tentang Ganu Fresh di artikel kami sebelum ini – GanuFresh

Aplikasi 3 – GetRunner

GetRunner bukanlah satu nama yang asing lagi di pantai timur. Menghimpunkan runner-runner di seluruh pantai timur bergerak dibawah satu bumbung yang dinamakan GetRunner.

Pada musim kawalan pergerakan ini anda mungkin bukan sahaja inginkan juadah untuk berbuka puasa tetapi mungkin juga anda inginkan bantuan runner untuk bayar bil-bil rumah anda atau mengepos kad-kad raya di pejabat pos. Semua ini boleh dilaksanakan dengan GetRunner.

Untuk menggunakan khdimat GetRunner anda boleh layari laman sesawang GetRunner ataupun muat turun aplikasi mereka di Google PlayStore atau Apple Apps Store. Buat masa ni GetRunner beroperasi di sekitar Negeri Terengganu, Kelantan & Kedah.

Aplikasi 4 – Hungga Mart (Apps)

Hungga Mart adalah seperti Supermarket. Anda nak beli apa pun semua boleh dan tidak semestinya hanya barang basah semata-mata. Anda nak beli Baju Raya ke atau mop lantai ke sayur ke, makanan kucing ke semua boleh. Oh ya, untuk mereka yang gemarkan air KiTea di KTCC tu, pun boleh beli melalui aplikasi ini.

Untuk membeli barang melalui Hungga Mart anda perlu muat turun terlebih dahulu aplikasi tersebut di Google PlayStore. Selepas itu anda boleh cari apa yang anda nak beli dan barang tersebut akan dihantar terus ke pintu rumah anda. Ding Dong! Sampai lagi barangnya.

Baca lebih lanjut tentang Hungga Mart di artikel kami sebelum ini – Hungga Mart

Aplikasi 5 – GanuShop

GanuShop pula adalah bazar online untuk peniaga-peniaga di negeri Terengganu yang diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dengan kerjasama pusat khidmat DUN seluruh Negeri Terengganu.

Anda boleh cari juadah berbuka puasa dengan aplikasi ini. Untuk menggunakannya terlebih dahulu anda mestilah muat turun dulu aplikasu ganushop di Google Play Store

Aplikasi 6 – Payang.my

Payang.my sesuai untuk anda yang ingin mencari juadah berbuka puasa setempat. Kiranya kalau anda tinggal di kawasan Bandar Kuala Terengganu, anda akan nampak senarai makanan dari peniaga yang berada di kawasan tersebut sahaja. Oleh itu makanan yang sampai ke tangan anda dengan cepat dan paling penting masih panas lagi.

Untuk mengunakan khidmat mereka anda hanya perlu layari www.payang.my dan pilih kawasan anda berada untuk memilih juadah yang terdapat di sekitar tempat tinggal anda.

Aplikasi 7 – eRuncit.my

Jika anda di Terengganu sudah semestinya tidak asing lagi dengan Pasaraya Sabasun milik penuh seorang usahawan rakyat Terenganu. Aplikasi eruncit.my dibangunkan oleh pasaraya ini untuk memudahkan pelanggan membeli barang daripada mereka.

Berbeza daripada aplikasi-aplikasi lain di atas yang terdiri daripada banyak banyak kedai, aplikasi e runcit dibuat khusus untuk pasaraya ini sahaja. Kredibiliti dan kualiti pasaraya Sabasun tidak diragui lagi.

Oleh itu bagi pelanggan-pelanggan Pasaraya Sabasun, kini anda tak perlulah bersusah payah ke pasaraya itu lagi, order online je. Jimat masa dan yang lebih penting terhindar risiko jangkitan virus covid.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Waktu Berbuka Puasa Ramadhan 2020

Previous article

Bagaimana Cara Bayar Zakat Dengan e Wallet

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Startup