Berikut adalah 7 lokasi ala-ala inggeris di Cameron Highlands yang best untuk bergambar. Namun sebelum itu, TF selitkan sedikit info geografi tentang Cameron Highlands yang korang perlu tahu. Cameron Highlands terkenal sebagai sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia yang sentiasa menggamit pelancong dari Malaysia mahupun luar negara saban tahun dengan konsep back to naturenya. Terdapat 3 mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5, 165 hektar), Tanah Rata (2, 081 hektar) dan Ulu Telom (63, 981 hektar).
So agak klise sebenarnya kalau TF nak share tempat yang best dekat Cameron ni sebab semua dah tahu. Dalam post Jom Travel kali ni TF nak bawa kelainan dengan share info menarik untuk instatakfamous luar sana tempat-tempat cantik di Cameron Highland untuk korang bergambar dan menjamu selera style-style inggeris. Juga tempat yang best untuk beraktiviti dengan anak-anak dan isteri-isteri. Oh silap! Isteri.
#Lokasi 1 – Sg. Palas Boh Tea Plantation
Sg. Palas Boh Tea Plantation merupakan pusat pengeluar teh hitam terbesar di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1929 oleh J.A. Russell. Boh Tea Plantation terletak di Cameron Highlands, Pahang dan turut terkenal sebagai ladang teh terbesar di Malaysia. Ladang boh ni memang destinasi wajib TF setiap kali ke sini. Sebab view masyaAllah, dan yang pasti korang boleh masuk dalam kilang dan saksikan sendiri bagaimana daun-daun teh ini di proses dan digredkan sebelum dihantar ke kilang mereka di Banting, Selangor untuk packaging. Kebetulan waktu TF pergi julai lepas Boh baru sahaja melancarkan Tea House Ke 2 mereka dengan struktur lebih ikonik untuk para pengunjung minum teh sambil menikmati permandangan indah ladang teh.







#Lokasi 2 – Cameron Valley Tea House
Cameron Valley merupakan satu lagi ladang teh yang terdapat di Cameron Highland. Dekat sini pun memang boleh layan la view-view yang sampai tahap tangkap lentok punya. Sebabkan ladang teh di sini lebih landai berbanding ladang teh Boh, memang syok lah nak main hide and seek dengan anak. Bonding time katakan.
Cameron Valley ni ada dua Tea House. Bila dah penat melayan anak bini, tekak pulak haus so korang bolehlah singgah pekena teh cameron valley yang ada macam-macam flavour tu. Yang pastinya semuanya umphhh…sedap… Teh-teh ni dikeluarkan oleh Cameron Bharat Plantation. Setiap teh-teh yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha ladang teh di sini mempunyai identiti dan keistimewaannya yang tersendiri. Yang bestnya jugak Cameron Valley ni ada small waterfall untuk instafamous atau instatakfamous macam TF nak bergambar atau celup-celup kaki ke kan. Dan semestinya ia segar, sejuk dan nyaman.




#Lokasi 3 – Tiny Boutique Habitat, Kg. Taman Sedia
Kampung Taman Sedia merupakan satu-satunya perkampungan melayu di Cameron Highlands. So korang memang wajib kena singgah sini bila bercuti di Cameron Highlands. Kampung Taman Sedia ni terletak di Tanah Rata Brinchang. Banyak chalet-chalet yang murah dan berpatutan korang boleh inap di sini. Kebun-kebun strawberry pun bersepah. So korang boleh jalan kaki je ke kebun strawberi macam Al-Mahsoor, Abang Strawberry semua tu.
Sesuai dengan konsep inap desa yang diketengahkan oleh pengusaha-pengusaha chalet di sini, kali ni lensa TF tertuju pada sebuah chalet berkonsep ala Inggeris iaitu Tiny Boutique Habitat. Tempat ni memang MasyaAllah cantik yakmat. Dari landskap sampailah ke makanan dia. Sebabkan wife TF suka bercucuk tanam tak kisahlah tanam pokok ke, sayur ke, tanam bunga ke, TF je dia belum tanam lagi (uiii..part ni jangan berani cari pasal), so memang berjam-jamlah kitorang habiskan masa dekat sini. Tengok-tengok bunga. Tangkap-tangkap gambar. Haaa gitu.






Di sini juga ada menyediakan Pizza Dapur Arang. Best siot pizza dia! Sumpah tak tipu. Yang pasti korang kena datang dan try sendiri. Untuk mengelakkan anak korang mengganggu korang melantak pizza, dekat sini ada disediakan mini petting zoo yang menempatkan pelbagai spesis haiwan berbulu macam arnab, angsa, ayam belanda semua tu lah. So bolehlah korang umpan dorang dengan makhluk-makhluk berbulu ni. Mak Pak happy anak-anak pun happy…and they live happily ever after. Dah macam cerita Cinderella pulak. Eh tapi why?Why? Sebabnya dorang boleh feeding sendiri haiwan-haiwan tu dan korang pulak bolehlah makan tanpa sebarang gangguan. Sumpah seronok!
Yang pasti 4 hari bercuti di Cameron, 2 hari kitorang ulang alik ke sini saja. Memula makan pizza. Lepas tu beli pokok bunga. Lepas tu tak tahulah apa pulak nak beli. Kalau berminat nak stay sini korang boleh contact En. Muhammad Azmir (012-218 3244).







#Lokasi 4 – Sheep Farm Bersebelahan Kea Farm
Sheep Farm ni merupakan tarikan terbaru di Cameron Highland. Terletak bersebelahan Kea Farm korang boleh la test tukar kerjaya sebagai pengusaha biri-biri. Nak bagi makan biri-biri boleh, nak bercakap dengan biri-biri boleh atau nak selfie dengan dorang pun boleh. Dorang tak ada masalah. On je! Sebelum tu nak masuk ke sini kena beli tiket. Tiket masuk untuk dewasa RM5, kanak-kanak RM2 sementara makanan biri-biri pulak RM3 sepeket.




#Lokasi 5 – Mossy Forest
Mossy Forest atau pun dalam bahasa melayunya Hutan Berlumut. Satu lagi tempat yang cantik untuk bergambar sambil menikmati keindahan flora dan fauna. Laluannya agak sukar tapi serius memukau. Pernah dijadikan sebagai lokasi pengambaran filem Puteri Gunung Ledang, tempat ni memang sesuai sangat la untuk pendaki-pendaki yang dahagakan cabaran. Dekat sini korang boleh je jungle trekking dengan bantuan 4WD sebab Jabatan Hutan Cameron Highlands ada sediakan platform kayu sepanjang 150m untuk memudahkan jeep bawa pelancong lalu. Kalau korang nak tahukan dekat sini jugak dari tanah sampailah batang kayu semuanya diselaputi lumut yang boleh serap air umpama span basah. Amazing tak amazing kan…



#Lokasi 6 – The Bala’s Chalet




#Lokasi 7 – SmokeHouse Hotel & Restaurant
Terletak tak jauh dari Kampung Taman Sedia. Lebih kurang 5 minit je naik kereta. Tempat ni memang best nak bergambar. Ramai yang takut nak masuk sebab bukan guest. Ala..nak takut apa. Selagi tak kena halau masuk jela. Sebenarnya boleh je. Tapi belah luar jela sebab dalam untuk guest situ. Tapi kalau korang nak romantic candle light dinner dengan pasangan dekat Tea House dia pun cun. Sekali pandang dah macam candle light dekat Paris. Wow! Macam pernah sampai Paris. Hahaha… Yang pasti SmokeHouse ni kitorang singgah time nak ke Pasar Malam Sungai Ruil. Actually tak jauh pun kedua-dua lokasi ni.



Akhir Kata
Actually banyak je lagi tempat-tempat menarik di Cameron Highland ni yang style-style inggeris tu kan. Macam Lavender, Kea Farm Resort yang landskap dia pun super duper ohsem, LakeHouse, Taman Agrotek Mardi dan sebagainya tu lah.

Untuk travel jimat, decide dulu nak stay berapa lama di Cameron Highlands. Latest baru ni kitorang plan nak stay 4 hari 3 malam. So 2 malam kitorang cari chalet yang murah-murah je. Yang pasti di Kampung Taman Sedia. Why?Why?Satu senang nak makan. Kedua sebab I heart that kampung. Feel kot jogging pepagi dekat situ. So kitorang decide untuk stay dekat Darul Makmur Chalet memandangkan time tu kebanyakan chalet da penuh. Tapi not bad. 1 malam baru RM100 dan 1 malam lagi kitorang stay di Avillion Hotel & Resort di Cameron Highland.

Sesekali melayan family…apa salahnya. Fulus boleh di cari. Dah jom start rancang percutian bersama family di Cameron Highlands. Usah dibangga post gambar bercuti di negara orang sedangkan di negara sendiri masih banyak lagi tempat cantik dan menarik untuk diterokai. #SayangiMalaysia
Baca juga artikel kami dalam slot Jom Travel
Comments