fbpx
Medical Card

8 Cara Popular Pilih Medical Card Terbaik

0

Macamana cara popular nak pilih medical card terbaik? Ini Panduan Ringkas & Padat kami buat khas untuk anda, supaya mudah anda nak pilih mana satu medical card terbaik untuk anda dan yang tersayang.

8 Cara Sebenar Pilih Medical Card Terbaik

Cara 1 – Viral

Zaman sekarang dan viral tak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu pada zaman P Ramlee dulu. Hadamlah kisah viral dengan waras. Ada saja viral tentang claim tak lulus especially terhadap Top 3 pengendali takaful di Malaysia.

Semakin ramai peserta semakin tinggilah kebarangkalian kena viral. Mungkin ada sedikit kesilapan, mungkin juga ada salah faham. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ni. Jadi untuk kes viral, janganlah tengok kes viral tersebut, tengoklah track rekod kelulusan claim pengendali takaful pilihan anda. Boleh mintak dengan ejen statistik kelulusan claim.

Cara 2 – Medical Card Personal Atau Cover 1 Family?

Ibarat anda ada 5 buah kereta tetapi hanya ada 1 road tax sahaja. Itulah perumpamaan 1 Medical card cover 1 family. Namun Jika anak anda ramai sehingga 5 orang, Medical card cover 1 family mungkin adalah penyelesaian terbaik untuk anda. Cuma nasihat kami, bacalah terma-terma syarat sebelum bersetuju mengambilnya. Maksud kami, betul-betul baca terma dan syarat, jangan hanya dengar & percaya. Jika tidak, kenapa diwujudkan medical card personal kalau medical card 1 family sudah lengkap?

Cara 3 – Stand Alone atau dengan Rider

Stand Alone bermaksud hanya medical card semata-mata, tiada manfaat lain. Ibarat makan nasi lemak tapi tiada kuah tiada bilis, nasi semata-mata.

Medical Card Stand Alone kena diperbaharui setiap tahun dan tiada jaminan boleh diperbaharui. Apa itu jaminan boleh diperbaharui? Itu kita akan pelajari dalam point seterusnya.

Rider bermaksud manfaat tambahan. Kali ni nasi lemak ada kuah, ada bilis, ada kacang, kerang, sotong dan sebagainya. Makin banyak lauk makin mahal lah.

Bila ambil satu pakej maka lebih cost effective lah polisi takaful anda berbanding ambil polisi berasingan satu satu. Manfaat yang paling popular dikalangan pemilik polisi adalah seperti manfaat pampasan sakit kritikal, income replacement, kemalangan dan juga contributor atau waiver iaitu bayaran polisi ditanggung pihak pengendali sekiranya anda kena sakit kritikal.

Cara 4 – Guarantee Renewable atau No Guarantee Renewable

Apakah erti semua ini? Nak sebut pun dah berbelit lidah. Tak faham klausa-klausa lain tak apa tuan-tuan, jangan tak faham klausa ni. Macam takaful kereta, kena renew setiap tahun kan? macamtulah perumpamaan untuk No Guarantee Renewal, kena renew setiap tahun.

Walaupun kita kadang-kadang tak perasan pun kita renew medical card kita setiap tahun, tapi kalau polisi yang anda ambil guna klausa ni, ini beberapa perkara yang anda patut ambil tahu. Jika anda sakit kritikal, pihak takaful berhak untuk tidak meneruskan polisi sedia ada dan juga boleh naikkan premium tambah atas sebab sudah memiliki sakit kritikal.

Biasanya polisi no guarantee renewal ni dia masa mula-mula ambil tu murah. Bila dah sakit barulah dia mahal dan boleh lebih mahal dari polisi guarantee renewal.

Nama panggilan untuk klausa ini mungkin berbeza-beza untuk setiap syarikat. Ada yang panggil Guarantee renewal, ada non cancelable dan macam-macam lagi. kami sangat sarankan anda ambil polisi yang guarantee renewal. Kerana yang tertulis atas kertas itulah bukti yang menjamin polisi ini boleh diteruskan pada masa akan datang. Takkan dah sakit, polisi kena cancel, nak apply polisi lain siapa nak terima time dah sakit ya dak?

Cara 5 – Limit Tahunan & Seumur Hidup

Limit ni biasanya yang first tuan-tuan tengok kan? betul tak? Ok lar, betul lar tu, tak ada salah pun. Tengok limit yang ditawarkan ya tuan-tuan. Limit ada dua jenis, limit tahunan dan juga seumur hidup.

Nak tahu limit tu cukup tak cukup, pergi tanya hospital, berapa kos rawatan sakit yang tuan-tuan rasa paling mahal? Contoh rawatan pintasan jantung. Katakan pada tahun ni kos dia RM140,000. Tanya sekali hospital, agak-agak kalau lagi 10 tahun berapa anggaran kos rawatan pintasan jantung ni?

Kemudian bandingkan dengan limit yang ditawarkan. Kalau cukup dengan kos rawatan yang hospital beritahu maka cukuplah tu pilih limit tu. Kalau tak nak pening kepala, pilih saja medical card dengan ‘Unlimited Coverage’. Tahunan dan seumur hidup. Ada faham?

medical card terbaik

Cara 6 – Full Cover, Deductible atau ko-takaful?

Lagi satu istilah yang mungkin berjaya memeningkan kepala tuan-tuan untuk memahaminya. Jangan bimbang kami akan terangkan seringkas mungkin dalam bentuk bahasa manusia biasa demi anda semua.

Full Cover ertinya perlindungan penuh. semua kos rawatan yang berkaitan akan ditanggung. Yang tak berkaitan dalam rawatan tak ditanggunglah ya.

Deductible ertinya sebahagian bil ditanggung sendiri oleh client. Contoh kalau deductible RM500, bil RM30,000. Sanggup tak bayar RM500 untuk dapat rawatan RM30,000? Ada syarikat yang deductible RM300 je. Jadi tak kisah berapa pun bil, RM100,000, RM200,000 hanya RM300 sahaja yang kita kena bayar sendiri.

Macam tak best je kan? Nanti dulu…sebenarnya ia lagi bagus. Sebab yang paling best, kita dapat jimat caruman bulanan jika kita ambil deductible.

Ko-Takaful hampir sama dengan deductible cumanya ko takaful dikira berdasarkan % daripada jumlah bil. Contohnya RM5000 bil hospital, 10% daripada bil hanyalah RM500 kena bayar sendiri.

Manfaat dia pun sama, kita dapat jimatkan caruman bulanan. Berbanding kita kena bayar lebih mahal setiap bulan demi untuk full cover why not kita jimat duit setiap bulan? kalau sebulan jimat RM50, setahun sudah jimat RM600!

Mane lebih bagus? tepuk dada tanya selera

8 Cara pilih Medical Card terbaik

Cara 7 – Hospital Panel

Cara pilih medical card terbaik yang ke tujuah adalah Senarai Hospital Panel. Tidak semua hospital menjadi panel untuk semua pengendali takaful. Walaupun anda tetap boleh bayar dulu dan claim balik di hospital tidak panel, tapi jika bil mencecah puluhan ribu dan ratus ribu penat juga nak membayarnya.

Cuba pergi beberapa hospital yang anda suka berdekatan kawasan tempat tinggal, tanya senarai syarikat takaful yang menjadi panel mereka. Jika termasuk dalam senarai, maka lulus untuk anda ambil medical card dengan syarikat tersebut.

Cara 8 – Cara Nak Claim

Lain syarikat lain cara. Cara paling senang adalah hanya bagi medical card pada hospital dan semua urusan pihak hospital uruskan. Ada juga syarikat yang memerlukan kita bayar dulu kemudian claim balik dengan syarikat takaful.

Untuk rawatan susulan kebanyakan memerlukan anda bayar dulu dan claim balik dengan syarikat takaful. Jika anda mohon medical card di bank, kebiasaannya memerlukan anda ke bank untuk menguruskan claim-claim tersebut. Jika anda ada ejen, maka senanglah kerja anda, ejen datang berjumpa terus dengan anda untuk uruskan claim terbabit.

Jadi Medical Card Apa Paling Terbaik?

Pada tahun 2020 ini, medical card terbaik bukan yang murah semata-mata, tapi yang paling penting apa yang anda akan dapat dengan nilai tu dan apa kesan terhadap medical card jika anda sakit dan kerap menggunakannya. Untuk Maklumat lanjut berkaitan Medical Card di Malaysia ini, anda boleh layari laman rasmi pengendali-pengendali takaful di Malaysia ini:

Medical Card Malaysia:
1. Prudential BSN Takaful Medical Card
2. Great Eastern Takaful Medical Card
3. AIA Medical Card
4. Zurich Takaful Medical Card
5. Takaful Ikhlas Medical Card

Semoga tips ini dapat membantu anda semua memilih medical card terbaik untuk diri anda dan juga untuk yang tersayang.

Baca Juga Post Kami Yang lain Berkaitan > Medical Card

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up