fbpx
Medical CardJom Travel

Apa Nak Buat Bila Tetiba Sakit Ketika Bercuti Di Luar Negara?

0

Mesti korang familiar dengan peribahasa-peribahasa ni kan? Macam sediakan payung sebelum hujan atau dah terhantuk baru nak tengadah? Post kali ni bukan nak bincang pasal peribahasa semua tu tapi macam mana peribahasa-peribahasa tu relate dengan tajuk yang bakal kita kupas iaitu apa yang perlu korang buat kalau korang tengah sedap-sedap bercuti luar negara tetiba korang jatuh sakit sampai kena masuk hospital?

Pernah terbaca tak kes Pak Cik Sakit Time Bercuti Di Korea. Ala..yang viral dekat media sosial tahun lepas. Al kisahnya dia tengah bercuti satu family dekat Korea. Pastu tetiba dia mengadu sakit tekak. So pak cik tu pun segera dikejarkan ke salah sebuah hospital di Korea. Pastu tetahu kena bedah. Yang jadi isunya adalah pak cik tu ada insurans tapi segala kos pembedahan dan rawatan di hospital tu dia kena bayar dulu dan claim kemudian dengan syarikat insurans. Yang horrornya kos pembedahan mencecah ratusan ribu ringgit. Banyak giler oiii nak kena bayar!!!!

So untuk kes macam ni antara choice yang ada adalah kutip dana atau berhubung terus dengan kedutaan Malaysia untuk membantu hospitalization process semua tu.

Tapi post ni bukan nak cerita pasal pak cik tu tapi nak cerita pasal dua perkara yang korang perlu beri perhatian sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Tak kisah la perjalanan korang tu perjalanan pergi tak kembali sekali pun kan. Atau korang terlebih kaya tahap boleh beli seluruh benua asia. So no hal la kalau setakat kena warded dekat oversea sekali pun. Fulus I berkepuk-kepuk okay! Hurmmm…..yelah tu..

Yang pastinya post ini untuk orang yang punya kesedaran seperti yang disebut dalam peribahasa melayu iaitu sediakan payung sebelum hujan.

#1 Medical Card Personal

Kebanyakan medical card akan cover kos rawatan di luar negara. Tapi harus diingatkan statusnya adalah P.A.Y & C.L.A.I.M . Once korang warded di hospital luar negara untuk menerima rawatan, segala kos tu korang perlu tanggung sendiri dan kemudian barulah korang claim balik dengan syarikat takaful yang korang ambil medical card tadi. Berbeza dengan situasi bila korang warded di negara sendiri. Segala kos rawatan boleh claim terus tanpa perlu bayar dulu. Jelas????

So nampak tak dekat sini, kalau korang kaya tahap maharaja kaio setakat 20k, 50k kos rawatan di hospital tu tak jadi masalah la nak bayar dulu claim kemudian. Betul tak? Tapi kalau dah tahap menelan belanja sampai 200k, 500k mana nak cekau weyhhh!

Tapi berita baiknya ada syarikat takaful yang boleh bawak balik pesakit dari luar negara untuk dapatkan rawatan di Malaysia. Sebagai contoh, let say korang sakit dan masuk hospital di London, apa yang korang boleh buat adalah call cepat-cepat syarikat takaful yang korang ambil medical card tu, beritahu hospital & negara mana korang berada. Mereka akan ambil korang di hospital tersebut dan bawa pulang ke Malaysia untuk teruskan rawatan di sini. Walaubagaimanapun, semua kos rawatan di luar negara sebelum wakil takaful pick up korang, yang tu korang kena bayar dululah.

Tapi macam mana pulak kalau korang tetiba koma tak sedar diri? Celah mana sempatnya korang nak inform syarikat takaful korang? Kalau travel berkumpulan ada jugaklah yang boleh tolong informkan. Dah kalau travel sorang-sorang?? Hurmmmm hadap la sendiri. Eh tak…tak. Meh TF nak share sikit caranya.

Hari pertama korang admit ward korang masih koma. Tetiba hari kedua dah sedar. So bila dah sedar tu cepat-cepat call syarikat takaful korang minta dorang bawak korang balik ke Malaysia untuk continue rawatan di sini. Kurang-kurang baru sehari bil yang korang kena pay and claim tu. Ni contohnya lah. Yang lagi best segala kos untuk bawa balik pesakit ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh syarikat takaful.

#2 Travel Insurance

Ini pula perkara kedua terpenting bila korang nak memulakan sesuatu perjalanan iaitu travel insurans. Actually travel insurans ni murah je. Kalau pergi oversea biasanya dalam puluh-puluh ringgit gitu je. Ada syarikat travel takaful yang boleh keluarkan GL terus ke hospital luar negara. Jadi yang bestnya korang tak perlu keluar duit dulu untuk bayar segala kos rawatan dekat sana.

Cumanya bila dah tak perlu bayar dulu tu, korang tak perlulah asal sakit je mesti nak warded dekat hospital luar negara ataupun buat rawatan terus dekat sana.

Kena ingat travel insurans still ada limit. Biasanya dalam lingkungan 50k hingga 100k. Jadi kalau 50k tu dalam seminggu je boleh duduk lebih kurang.

Lagi satu kena ingat jugak kalau korang dah ada penyakit sedia ada macam kencing manis ke kanser ke which mean korang memang dah ada sebelum korang ke luar negara, syarikat takaful tak cover tau sakit tu. Dalam kes macam ni medical card personal lah penyelamatnya. Jadi nampak tak kedua-dua takaful ni sangat memerlukan antara satu sama lain bila korang berada di luar negara.

Kesimpulannya

So nak cerita dekat sini, walaupun dah ada medical card personal, ambil lah juga travel insurans. Dan kalau tak ada medical card personal lepas tu korang pulak selalu keluar masuk negara orang pakai travel insurans je, dinasihatkan supaya sediakan satu medical card personal. Dan jangan lupa bawa kedua-duanya ketika travel. Nampak macam tak penting, elehhh…kad je pun. Tapi bila terjadi sesuatu yang mana kita sangat memerlukannya, ia ada bersama untuk membantu kita. Jangan bila berlaku sesuatu perkara yang tak diingini baru nak menyesal seperti peribahasa melayu menyebut Dah Terhantuk Baru Nak Tengadah.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Peluang Untuk Anda Jadi ‘BOS’ Mr DIY

Previous article

Bagaimana Lelaki Ini Bangkit Dari Patah Tulang Belakang Hanya 1 Bulan

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up