Inspirasi Usahawan

Betul ke Jaga Kereta Ibarat Jaga Bini? POMEN Ada Jawapannya

0

Korang pernah dengar tak jaga kereta ni ibarat macam jaga bini? Jawapan pomen, lagi mahal keretanya lagi tinggi lah maintenance bulan-bulan. Sama jugak dengan bini, lagi mahal maharnya, lagi tinggilah maintenancenya. Okay, gurau! Namun ketahuilah tak semua kereta boleh disamakan dengan bini, dan tak semua bini boleh disamakan dengan kereta.

Apa yang pasti kereta perlulah diselenggara dengan baik supaya ia mampu bertahan dan berkhidmat pada kita untuk jangka masa yang panjang. Begitu juga dengan bini. Ehh… masuk lagi pasal bini… Tapi betullah! Bini ni sebenarnya perlu dilayan dan di’selenggara’ hati dan perasaannya sebaik mungkin untuk prestasi yang tahan lebih lama. Dah macam iklan minyak hitam kereta pulak.

Betul Ke Jaga Kereta Macam Jaga Bini?

Cerita dia macam ni. Ia seolah enjin kereta rosak, kereta tak boleh nak gerak, sampailah korang hantar baiki atau tukar baru, barulah boleh gerak. Ewah! Macam pantun 4 kerat! Sama jugak dengan bini. Bini sakit, demam cikungunya bang katanya. Habis semua kerja rumah tak boleh nak buat. Aiiii..takkan nak tukar bini baru pulak! Amboiii…😌So, bila korang ‘selenggara’ bini korang dengan baik, bawak pergi klinik tak pun hospital untuk rawatan, InsyaAllah bila dah sihat barulah bini korang dapat laksanakan tanggungjawab serta tugas sebagai bini dan juga mak pada anak-anak korang dengan sebaik mungkin. Nampak tak banyak relatenya bini dengan kereta🤨

Bercakap pasal kereta. Bila kereta korang rosak, korang hantar ke mana? BENGKEL…betul? Cari siapa? POMEN….Pandai…Bercakap pasal POMEN ramai yang tertanya-tanya, apa benda POMEN ni? Kalau ikut kamus dewan edisi 10 pomen merujuk pada orang yang baiki kereta. Tak kisahlah lelaki ke perempuan asalkan expert membaik pulih dan bukan menjahanamkan kereta, POMEN lah orang panggil. Tak pernah dengar lagi rasanya orang panggil POWOMEN walaupun tukang baikinya perempuan.

Apa itu POMEN?

POMEN yang TF nak story dekat korang hari ni merupakan sebuah apps yang membolehkan pengguna mendapatkan bantuan atau tempahan dari bengkel berdekatan sekiranya kenderaan menghadapi masalah. Aplikasi POMEN beroperasi 24 jam sehari, setiap minggu. So, kalau tetiba kereta korang rosak tengah-tengah malam disebuah jalan yang sunyi sepi ia bukan lagi masalah besar! Guna je apps POMEN.

Bagaimana POMEN Membantu Anda?

Baru-baru ni heboh di tweeter apabila kereta proton saga FLX yang dipandu oleh seorang wanita tiba-tiba mengeluarkan letupan kecil dan berasap dibahagian enjin. Orang perempuan ni kalau dengan kereta yang dia tahu, body kereta kena sentiasa bersih, interior tak boleh ada lipas, tayar kena isi angin, minyak pulak kena sentiasa penuh!

Kalau tetiba kereta berasap ke, meletup ke memang dia takkan tahu dekat mana masalahnya. Tak tahu apa nak buat! Tapi tak semua perempuan macam tu. Ada je kes ayang lakinya tak reti tukar tayar, bini pulak yang tolong angkat spare tyre belakang bonnet, pasang sendiri bila lakinya nangis tepi highway what to do, what to do bila tayar bocor terlenyek paku.

Macam kes wanita yang tular di tweeter ni, lagi haru bila beliau dikatakan hanya berdua dengan anak lelakinya yang masih kecil. Dahlah kejadian berlaku waktu malam pulak tu. Uihhhh scary!

Wanita tersebut bagaimanapun tak tahu mana nak cari pomen sampai terpaksa meminta bantuan rakannya. Rakan beliau kemudian meminta keizinan untuk menyebarkan hal berkenaan di laman sosial tweeter dalam usaha mendapatkan bantuan POMEN dari bengkel-bengkel berdekatan untuk rakannya itu.


Aha! Dekat sinilah kefungsian apps POMEN. Dengan adanya apps POMEN ia sangat membantu terutamanya bila terjadi sesuatu perkara yang tak diduga sebegini. Namun secara peribadi TF rasa daripada ditularkan dimedia sosial, seeloknya setiap individu di luar sana wajar install apps POMEN dalam phone masing-masing. Prevention and safety come first okay! Bukan apa, bimbang kalau-kalau yang ditunggu pomen sebaliknya yang datang ‘men’ lain. Naya!

Cara penggunaan apps POMEN

Untuk hal ini, sekiranya wanita terbabit memiliki apps POMEN, beliau hanya perlu masukkan maklumat tertentu dan pomen-pomen berdekatan yang berdaftar dibawah apps ini akan datang membantu. Jelas, POMEN sentiasa ada untuk anda. Maka bini-bini, suami kepada bini malah orang ramai luar sana bolehlah install apps ini untuk kemudahan anda.

Lelaki Disebalik POMEN

Co-Founder dan CTO POMEN iaitu Nazmi Najib atau lebih mesra dengan panggilan Abami merupakan salah seorang pemenang geran RM500,000 daripada Teraju SUPERB 2020 yang pada ketika itu membawa apps POMEN yang diciptanya untuk dinilai juri-juri professional. Kalau korang nak tahu sebelum berjaya memenangi geran daripada SUPERB, POMEN pernah dinobat sebagai pemenang PETRONAS FutureTech Accelerator Programme sehingga membawa beliau ke Silicon Valley! Walaweyhh…hebat weyh! POMEN juga merupakan salah sebuah syarikat start-up yang berjaya menerima dana CIP Ignite (II) daripada Cradle.

Sehingga kini POMEN telah dimuat turun oleh lebih 25, 000 pengguna! Ketika negara sedang berdepan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), POMEN menganggap ia bukan satu masalah besar, namun melihat perkara yang berlaku dari sudut positif. Alah..biasalah bila berbisnes, cabaran tu mesti ada. Tapi apa yang terjadi tidak mematahkan semangat orang-orang kuat di sebalik apps POMEN ini. Mereka sebaliknya bangkit mencabar diri serta melihat apa yang berlaku sebagai peluang. Buktinya;

Selepas PKP pada Mac 2020 yang lalu, muat turun aplikasi POMEN meningkat sehingga 50 peratus! Ramai yang menggunakan kesempatan tersebut untuk melakukan servis kenderaan seperti tukar bateri atau minyak enjin di rumah memandangkan kereta lama tak digunakan.

Lebih kurang 700 bengkel berdaftar di bawah apps POMEN. Namun setakat ini ia lebih tertumpu disekitar Pulau Pinang, Johor, Lembah Klang dan beberapa bandar besar lain.

Antara Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Servis kenderaan
  • Tukar bateri atau jump-start
  • Tukar tayar
  • Baiki kerosakan-kerosakan lain pada kenderaan

Untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan pelanggan-pelanggannya, POMEN turut menyediakan perkhidmatan jejak masa nyata, harga yang telus dan berpatutan serta keahlian percuma untuk pengguna apps. Justeru, sebarang penipuan oleh bengkel tak bertauliah dapat dielakkan.

Pengguna hanya perlu membuat tempahan mengikut masa yang mereka rasakan sesuai menerusi aplikasi POMEN ini.

Ketua Pegawai Eksekutif POMEN Autodata Sdn. Bhd., Syed Zulhilmi Tuan Sharif

POMEN turut berjaya menjalin kerjasama dengan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia selepas mengupgrade apps mereka pada Mac 2021. Yang paling best terdapat 9 cawangan bengkel PETRONAS AutoExpert di Lembah Klang menyertai senarai utama operasi bengkel berdaftar di bawah apps POMEN.

Haaa lepas ni senanglah nak servis atau baiki kenderaan korang. Apa yang korang perlu buat, download je apps POMEN ni secara percuma di Google Play Store atau Apple App Store. Atau nak senang lagi masuk je website dorang https://www.pomenapp.com atau direct download link https://download.pomenapp.com

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang Inspirasi Usahawan.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Ini Beza Pelaburan Private Mandate & Unit Trust Yang Ramai Orang Tertanya-tanya

Previous article

Bestnya Bercuti Ke Pulau Redang

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *