Persoalan dia, bagaimana cara untuk kita bayar zakat dengan menggunakan e wallet ataupun secara online? Kami di The Fulus sempat meninjau kaedah penggunaan e wallet dalam pembayaran zakat. Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara untuk membayar zakat fitrah dengan menggunakan e wallet.
1- Bayar Terus Melalui Laman Rasmi Pusat Pungutan Zakat
Cara paling mudah membayar zakat adalah melalui laman rasmi pusat pungutan zakat negeri. Pusat pungutan zakat setiap negeri mungkin menggunakan kaedah pungutan zakat yang berbeza. Jadi anda mestilah kenal pasti terlebih dahulu kaedah yang digunakan dengan melayari laman web pusat pungutan zakat negeri anda:
Johor | MAIJ |
Kedah | ZAKAT KEDAH |
Kelantan | MAIK |
Negeri Sembilan | ZAKATNS2U |
Melaka | ZAKAT MELAKA |
Pahang | MUIP |
Perak | MAIAMP |
Perlis | MAIPS |
Pulau Pinang | ZAKAT PENANG |
Terengganu | MAIDAM |
Sabah | ZAKAT SABAH |
Sarawak | TABUNG BAITULMAL |
Selangor | ZAKAT SELANGOR |
Wilayah Persekutuan | PPZ |
Ada negeri yang terus boleh membuat bayaran zakat terus melalui portal rasmi pusat zakat negeri dan ada juga pusat zakat yang memberi kemudahan membayar zakat menggunakan aplikasi e wallet terpilih. Jika anda lebih selesa menggunakan e wallet untuk membayar zakat, anda bolehlah memeriksa sama ada e wallet pilihan anda ada menawarkan khidmat pembayaran zakat fitrah untuk kawasan anda,
2 – Bayar Zakat Melalui Aplikasi Boost
Boost adalah antara e wallet yang paling banyak digunakan di Malaysia. Buat pertama kalinya Boost menawarkan khidmat membayar zakat. Namun hanya beberapa negeri sahaja boleh bayar zakat melalui boost.
Sehingga pada hari artikel ini ditulis pada 2 ramadhan 1441 H bersamaan 25 April 2020 hanya 3 pusat pungutan zakat yang menggunakan khidmat boost untuk pembayaran zakat iaitu Pusat Zakat Wiayah Persekutuan, Pusat Zakat Selangor dan juga Zakat Kedah.
Pilih Add New Zakat Account masukkan no kad pengenalan Masukkan maklumat peribadi pilih nilai zakat fitrah pastikan maklumat betul, save & pay zakat
3- Bayar Zakat Melalui Aplikasi SnapNPay
Kebanyakan pusat pungutan zakat menggunakan aplikasi SnapNPay untuk pungutan zakat fitrah. Berbanding aplikasi boost, senarai pusat pungutan zakat dalam aplikasi SnapNPay lebih banyak.
Mari kita lihat bagaimana cara untuk kita bayar zakat melalui aplikasi SnapNPay ini
Pilih Zakat Fitrah Pilih Majlis Zakat Setempat Masukkan No Kad Pengenalan dan nama penuh masukkan maklumat peribadi serta bilangan tanggungan Niat Zakat Doa Zakat Fitrah pilihan cara bayaran Pilih bank transaksi Setelah selesai anda akan resit pembayaran zakat
Akhir Kata
Bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk membayar zakat fitrah secara atas talian, khidmat amil zakat masih boleh digunakan tetapi melalui prosedur yang ketat.
Sila rujuk amil zakat kawasan anda ataupun boleh hubungi pusat zakat negeri untuk mengetahui kaedah dan cara perlaksanaan pembayaran zakat melalui amil ketika musim kawalan pergerakan ini.
Comments