fbpx
Medical Card

Bagaimana Lelaki Ini Bangkit Dari Patah Tulang Belakang Hanya 1 Bulan

0

Kisah ini berlaku pada ramadhan tahun lepas dan ia dikongsikan dalam blog The Fulus bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum bahawa pentingnya perlindungan takaful. Lelaki ini berkongsi kisah beliau dengan The Fulus bagaimana beliau berdepan detik cemas apabila jatuh dari bumbung dengan ketinggian 9 kaki dan menyebabkan beliau patah tulang belakang.

Beliau mula membuat perlindungan takaful pada tahun 2018. Nak dijadikan cerita pada ramadhan tahun lepas, lepas sahur beliau panjat bumbung untuk sambung cat rumah sebagai persediaan nak sambut lebaran. Namun malang tak berbau. Menurutnya ketika berada atas bumbung entah macam mana beliau terpijak bahagian tengah atap yang tak ada structure. Atap pecah dan cat tertumpah di lantai bawah lalu menyebabkan beliau bolos dan terkelicik hingga terduduk dari ketinggian 9 kaki.

Dalam keadaan panik familynya terus call ambulan dan ejen takaful beliau untuk pengesahan hospital mana yang perlu dibawa. Samada nak bawak ke government atau terus ke private. Masa call ejen takaful beliau, ambulan pun dah sampai dekat rumah. So ejen beliau kata takpe, bawak ke Hospital Kerajaan dulu. Sebab waktu tu ejennya membayangkan beliau jatuh dan terus pengsan tak sedarkan diri. So dalam keadaan macam ni hospital kerajaan atau swasta tak penting, yang penting dapat rawatan secepat mungkin.

Dimaklumkan kemudiannya beliau tak pengsan cuma beliau jatuh terduduk dan lebih membimbangkan keluarganya apabila beliau beritahu mereka beliau tak dapat rasa kaki. Nak gerak kan kaki apatah lagi. Beliau juga turut cerita masa jatuh tu ayahnya sempat tahan kepalanya daripada terhempas ke lantai. Uishhh!!! Kalau tak memang lagi parah. Pasukan paramedik yang datang ketika itu tanya adik dapat gerakkan kaki tak? Beliau cakap tak rasa kaki. So paramedik minta beliau cuba gerakkan sendiri jari kaki. Dapat gerak sikit pun jadi lah. So waktu tu beliau sedaya upaya cuba gerakkan ibu jari kaki dan alhamdulillah dapat gerak walaupun sikit. Kemudian mereka pasang neck supporter dan beliau di angkat menggunakan stretcher untuk dibawa masuk ke dalam ambulan. Beliau segera dikejarkan ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan.


Bila dah sampai hospital kerajaan doktor terus buat xray. Cumanya macam biasalah walaupun berada di zon merah, ramai jugak pesakit lain yang dalam keadaan parah yang perlukan rawatan segera. So, bila dah sama-sama parah ni jawabnya kena tunggu turn lah. Pukul 10 sampai pukul 1 masih ada di bahagian emergency lagi. Beliau waktu tu memang tengah sakit sangat-sangat so family terus call ejen takaful untuk bantu transfer beliau ke hospital swasta. Memandangkan polisi takaful yang beliau ambil tak pernah lapsed ( bayaran bulanan cantik tak pernah missed ), so proses nak transfer hospital tu mudah walaupun memakan sedikit masa. Alhamdulillah.

Haaa ni TF nak beritahu. Time ni lah ejen takaful dan medical card main peranan. First, ejen akan bersama ketika proses pertukaran hospital. Bergantung pada betapa serius kes. Ejen akan suggest hospital terbaik, doktor yang perlu ditemui untuk klien teruskan rawatan. Atas nasihat ejen beliau waktu tu, beliau dipindahkan ke Hospital Swasta di bawah pemantauan Pakar Ortopediks Spine & Trauma. Nak di jadikan cerita, Doktor Pakar kebetulan time tu tengah bercuti namun disebabkan kes ini dia datang ke hospital untuk membantu. Dalam tempoh 2 jam setel semua X Ray & MRI. Then doktor mintak beliau rest dulu. Keesokannya doktor buat CT Scan dan hasil result X-Ray, CT Scan dan MRI semua tu menunjukkan tulang T12 beliau patah hingga hampir menusuk saraf tunjang. So operation perlu dijalankan segera.

Hari ketiga operation dijalankan dan Alhamdulillah pembedahan selama 4 jam berjalan lancar. Pukul 1 masuk dewan bedah, pukul 5 keluar. 8 skru doktor pasang pada tulang belakang untuk support tulang yang patah. Kalau diikutkan ada beberapa kecedaraan lain iaitu slip disc dibeberapa bahagian tulang lumbar spine tapi keadaan tulang T12 ini paling serius so ianya perlu dirawat terlebih dahulu.

Selesai operate doktor pindahkan beliau ke ICU satu malam untuk pemantauan. Esok paginya bila beliau dah stabil, doktor masukkan beliau ke wad semula. Selang satu hari terus buat fisioterapi. Beliau diajar cara nak bangun dan berjalan. Memang susah, sakit, ketat. Macam-macam lah rasa. Dah macam baby baru nak belajar jalan. Beliau juga memaklumkan dari saat beliau jatuh hinggalah sebelum memulakan fisioterapi, he totally bed ridden.

Mendengar kisah beliau membuatkan TF terfikir betapa nikmatnya jadi sihat. Bangun hari-hari memang kita tahu kita sihat tapi kita tak sedar yang kita sihat. Sudah lama TF tak ucap “Ya Allah, aku bersyukur aku dapat bernafas hari ni, aku bersyukur aku dapat berdiri hari ni, aku bersyukur aku boleh berjalan hari ni.”

Seminggu kemudian beliau dah boleh discaj daripada hospital. Dan total bil mencecah RM31,500. Dah macam boleh beli kereta Axia sebuah oiii! Padahal waktu tu beliau baru je 18 bulan apply medical card. Duit contribution yang beliau bayar every month tu pun baru RM2,700 je yang dibayar. So bila berlakunya kejadian yang tak diingini seperti ini bil RM30,000++ tu Syarikat Takaful yang setelkan. Time tu beliau memang bersyukur sangat- sangat dan berterima kasih kepada ejen beliau yang banyak membantu hospitalization process semua tu.

Bayangkan kalau beliau pergi hospital kerajaan sekalipun seperti kata doktor yang pernah menulis article dalam sebuah blog, pesakit tetap perlu tanggung sendiri kos RM16,000 untuk operate tulang belakang. So cuba korang imagine. Kalau korang simpan sendiri dekat bank RM150 sebulan, 10 tahun pun belum tentu cukup untuk bayar bil operation ni.

Jadi untuk siapa-siapa yang belum ada medical card, TF nasihatkan applylah satu. Walaupun korang rasa tak perlu tapi ianya perlu. Tak kisah lar korang nak apply dengan ejen mana dan company mana sekalipun. Medical card ni kita akan rasa kepentingannya bila ditimpa musibah sebegini. Bukan setakat jatuh bumbung je jatuh katil pun ada yang masuk ICU tau!

Ramai yang cakap, takut nak apply sebab nanti nak claim payah. TF tak tahu apa yang payahnya. Untuk kes lelaki ni, beliau kata proof claim tak ada masalah. Even beliau tak perlu bayar dulu pun RM30,000++. Hospital claim direct dengan Syarikat Takaful.

So stop listening to rumors, do apply one now! Benda yang penting kita sebar-sebarkan. Untuk kes ini, alhamdulillah selepas 1 bulan berjalan menggunakan tongkat 4 akhirnya beliau mampu berjalan sendiri tanpa apa-apa sokongan. Beliau juga lebih bersemangat untuk sembuh dan menjalani kehidupan yang normal. Malah Mei 2021 nanti beliau akan menjalani operation sekali lagi untuk mengeluarkan skru pada tulang belakang beliau. Mari sama-sama kita doakan agar operation itu berjalan lancar dan semoga Allah permudahkan segala urusan beliau. InsyaAllah.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Apa Nak Buat Bila Tetiba Sakit Ketika Bercuti Di Luar Negara?

Previous article

Boleh Ke Kita Tak Ikut Hukum Faraidh Semasa Pembahagian Harta?

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up