fbpx
Inspirasi Usahawan

Bagaimana ‘Nick VuJicic’ Malaysia Ini Berjaya Mendapat Geran SUPERB RM500K

0

Nick Vujicic, seorang motivational speaker OKU yang dilahirkan dengan tetra-amelia syndrome iaitu tiada tangan dan kaki merupakan sindrom yang sangat jarang ditemui. Ramai yang mengenali Nick Vujicic ini tapi di Malaysia wujudnya seorang insan istimewa yang mempunyai fizikal lebih kurang sama dengan Nick Vujicic tetapi ilmu dan bakat keusahawanan yang ada pada beliau sungguh hebat sehingga berjaya meraih geran sebanyak 500K daripada Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB). Beliau yang dimaksudkan tidak asing lagi iaitu Dr. RUZIMI MOHAMED.

Dr. Ruzimi Mohamed dilahirkan sebagai seorang OKU telah melakar sejarah apabila berjaya membuktikan pada masyarakat bahawa OKU seperti beliau juga mampu berjaya. Dilahirkan cacat di bahagian tangan kiri, tidak mempunyai kedua-dua kaki dan bergantung sepenuhnya pada kerusi roda, anak kelahiran Kelantan ini telah berjaya menerima ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia pada Mei 2019. Malah, beliau menerusi syarikatnya IMI Creative Sdn Bhd juga berjaya meraih geran sebanyak 500K dari SUPERB untuk projek e-book Belajar Bahasa Isyarat Malaysia bersama BIMO khas untuk golongan OKU pekak dan bisu. Jom ikuti kisah penuh inspirasi daripada ‘Nick Vujic’ Malaysia ini.

Ruzimi mengorak langkah dalam bidang konsultasi motivasi dan teknologi industri Revolusi 4.0 dengan mencipta pelbagai produk berinovasi selain sangat aktif melibatkan diri dalam bidang sukarelawan. Kini ‘Nick Vujic’ Malaysia ini mula mengorak langkah lebih jauh melalui syarikat IMI Creative beliau dengan menyediakan perkhidmatan pembangunan sistem dan aplikasi mobile berasaskan teknologi Augmented Reality, kandungan pembelajaran dan alat bantu mengajar untuk pendidikan khas serta menjadi penceramah motivasi untuk pelajar, agensi kerajaan dan swasta.

Terbaru, produk yang dikeluarkan oleh syarikat IMI Creative iaitu Buku Interaktif Belajar Bahasa Isyarat Malaysia bersama BIMO telah berjaya meraih dana sebanyak RM500K daripada SUPERB dan pencapaian ini sangat-sangat membanggakan khususnya untuk golongan OKU seperti beliau. BIMO merupakan buku interaktif dengan animasi 3D watak BIMO yang melaksanakan gaya isyarat. Aplikasi ini dicipta khas untuk golongan OKU pekak bisu. Malah aplikasi ini juga mampu membuatkan golongan OKU pekak bisu menguasai bahasa isyarat dalam tempoh 24 jam. Mempunyai silibus lengkap yang disahkan oleh pihak berautoriti, BIMO juga mempunyai kuiz untuk menguji kefahaman pengguna. Dengan aplikasi bonus iaitu Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan American Sign Language (ASL), BIMO mampu menjadikan pembelajaran bahasa isyarat lebih mudah dan interaktif khususnya untuk mereka-mereka yang kurang upaya.

Kejayaan Dr. Ruzimi Mohamed ini sekaligus memberi inspirasi kepada golongan usahawan luar sana agar lebih kreatif dan kritis dalam mencipta produk-produk berinovasi seperti ini. Pernah dianggap kudung disebabkan mencuri suatu ketika dahulu, kini OKU ini mampu mencipta nama dan mendapat tempat di hati para netizen di luar sana dengan semangat dan usaha murni yang ditonjolkan oleh beliau. Inilah kisah penuh inspirasi Dr. Ruzimi Mohamed, ‘Nick Vujicic’ Malaysia. Syabas!

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang inspirasi usahawan

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

7 Lokasi Ala-Ala Inggeris Di Cameron Highlands Yang Best Untuk Bergambar

Previous article

Pendedahan Akaun & Harta Saidina Uthman Bin Affan Yang Masih Wujud Sampai Sekarang Mengejutkan Ramai Pihak

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up