Jom Travel

Bestnya Bercuti Ke Pulau Redang

0

Bestnya bercuti ke pulau Redang. Aha! Ini bukan cerita rekaan tapi semuanya benar belaka. Nak kabo ke semua orang! Buat pertama kalinya anak jati Terengganu ni berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Redang. Serius ar! Yesss…nampak serius kan. Tu pun setelah beberapa kali family trip ke Langkawi cancel sebab PKP. Kalau tak rasanya sampai sekarang tak pergi-pergi lagi ke Redang.

Cuti sekolah pertengahan penggal penghujung Mac baru-baru ini membuka peluang kepada kami untuk explore keunikan Redang yang sememangnya terkenal sebagai lokasi percutian famili. Jika dulu setiap kali lepas musim tengkujuh, zaman-zaman tak ada Covid mesti penuh Jeti Shahbandar dengan orang-orang berpusu-pusu nak check in pulau. Bila lalu area situ tengok orang tengah berjalan berjemaah melintasi zebra crossing menarik bagasi masing-masing siap dengan topi pulau, gaun pulau bagai meleret menyapu jalan terdetik jugak hati mesti bestkan pergi Redang🤔Yelah ada je part yang tak best bila pergi pulau ni. Macam bila balik muka hitam, tangan hitam, kaki hitam siap pakej putih bahagian tali selipar je. Yang lain MasyaAllah! Ada je…tapi banyak yang best daripada tak best betul tak?

Tapi bukan pergi pulau lah orang kata, kalau time depart kulit serupa David Arumugam, bila arrival kulit serupa Uqasha Senrose! Eh tu nanti orang kata “Mu gi Pula ke gi Kemereng (Cameron) fulus?” So! Bagi membuktikan cuti sekolah hari tu kami benar-benar ke Pulau Redang, entri kali ni kami nak share dengan korang semua first experience yang tak boleh kami lupakan bila menjejakkan kaki di salah sebuah pulau tercantik Malaysia ini. Check it out! Ya…maksudnya teruskan membaca.

Mana Nak Menginap Ni?

Waktu plan nak ke sini, antara dua tempat je yang kami prefer nak menginap. 1) Redang Lagoon Chalet atau 2) Redang Mutiara Resort. Plannya lama dah nak bersantai-santai dekat pulau sambil tengok sunrise bawak si kecik. Tapi ada je halangan kerja atau ad hoc program yang membantutkan plan yang hampir terkubur tadi. Tu pun 1 week before cuti sekolah baru menggelabah survey mana nak stay. Call whatsapps Redang Lagoon penuh! Available next month which is april💆🏻Tu dah nak ramadhan weyhh!!Kenapa sibuk nak stay situ? Hmmm…sebab chalet tu dekat area long beach. Orang kata situ happening. Ramai member suggest stay area situ. Ada jugak member yang suggest stay Laguna. Melampau sungguh member yang suggest😏Tu nanti tak tahulah Laguna ke Lagu Mana🤦🏻Kita golongan marhaen ni stay resort biasa-biasa sudah…Hanya melemparkan pandangan dari arah bot ke Laguna pun dah kira memadai😌

Disebabkan memasing dah gelabah takut plan ke Redang terkubur buat kali ke-10, akhirnya terpaksa guna cable. Giler! Dah macam nak apply kerja pulak pakai cable😅Walaweyh! Tapi ni tak tahulah suratan ke atau kebetulan. Saing TF waktu sekolah dulu ada resort di Pulau Redang. Sebelum ni mak ayah dia handle. Tapi sekarang beliau adik beradik mewarisi resort berkenaan untuk diuruskan. Ada dua resort milik beliau iaitu Redang Mutiara Beach Resort yang terletak di Telok Kalong, dan sebuah lagi terletak berdekatan area Long Beach iaitu Delima Redang.

Time-time genting macam ni tak payah pecah otak fikir mana nak stay, pakai cable je senang👍🏻😎 Orang kata rezeki tak salah alamat, kebetulan balik dari office, TF terus direct contact dengan member iaitu Tuan Zizie kita bagitahu nak stay dekat resort beliau. Tak sampai seminit setel. Pung pang pung pang bagi detail. Tetahu bereh boh! Dah boleh fikir benda lain pulak lepas tu. Yang lagi best Aisyah free. Huhuuuu…Jimattt fulus ambe🤭Moga murah rezeki tuan resort! Aminnn….Disebabkan pergi dengan famili, lepas tu anak TF pulak jenis nampak air ngelupur nak mandi tak kiralah matahari tegak atas kepala ke tak yang penting kita enjoyy!🕺🏻so macam mana-macam mana pun resort memang kena cari berdekatan pantai senang cerita. Luckily Redang Mutiara betul-betul berhadapan dengan pantai.

So, kami decide untuk stay di Redang Mutiara Beach Resort. Kalau Delima Redang you have to walk about 7-10 minutes gitu untuk ke pantai yang boleh mandi. Sebab depan resort berkenaan pantainya jenis berbatu-batu. Memang tak sesuai nak bawak anak-anak mandi. Tapi kalau setakat korang nak OOTD pakai kostum duyung ke dugong bertenggek atas batu tu kononnya tak ada masalah…Boleh je…

Bertolak Dari Jeti Merang

Perjalanan dari rumah kami ke Jeti Merang memakan masa 45 minit pemanduan. Jauh weyh! Kenapa tak naik dari Jeti Syahbandar je? Ohhh…sebelum tu kalau nak ke Redang ni ada dua jeti korang boleh naik. Satu Jeti Syahbandar dan satu lagi di Merang. Time nak ke Redang kami naik dari Merang kerana dikhabarkan oleh owner resort jadual transfer boat di Jeti Syahbandar tak tetap. Mungkin untuk jadual transfer boat ke Redang Mutiara je kot tak tetap. So kami terpaksa naik dari Merang. Tapi tak kisah pun. Memana on je! Asal boleh pergi pulau.

Kami ambil trip 3 hari 2 malam. Jumlah tiket parking yang kami kena bayar time tu RM30. Lepas dah park kereta, keluarkan beg-beg semua dari bonet kami pun tunggulah orang panggil nama untuk masuk dalam bot. Transfer boat dari jeti ke pulau makan masa hampir sejam. Bergantung pada pemanduan. Tapi hari tu rasanya dalam 45 minit je sampai dah dekat resort.

Redang Mutiara Beach Resort

Jom TF story sikit pasal resort saing TF ni. Dekat Redang ada beberapa pantai macam pantai Pasir Panjang, Telok Dalam, Telok Teligi dan Telok Kalong yang menempatkan resort-resort atau chalet-chalet yang boleh korang inap. Macam resort saing ambe ni terletak di Telok Kalong. Untuk yang nak bercuti ke Redang tapi tak nak habis beribu-riban, cukup beratus-ratus je which mean dengan minimal budget, this is the place!

Ada dua resort je yang terdapat dekat Telok Kalong ni, iaitu Redang Mutiara Beach Resort dan Wisana Village Resort. Kedua-dua resort ini dipisahkan oleh batu-batan dan jambatan. Air laut still sama. Don’t worry! Bak kata mak, musim-musim Covid ni kalau nak bercuti terkinja pun jangan sampai tak ingat dunia. Precaution and safety come first! Baik mak! Aha! Yang bestnya pantai di Redang Mutiara Beach Resort ini lebih privasi. Sebab tak berkongsi dengan pengunjung lain. Compare dengan resort-resort atau chalet-chalet yang terdapat di Long Beach. Kebanyakannya berkongsi pantai yang sama. Mungkin payah sikit nak buat penjarakan sosial 1 meter ni. Tapi tak kisah mana-mana pun korang bersidai atau berendam, yang penting lindung diri lindung semua! 👌🏻

Di Redang, kami ambil pakej 3H2M. Sekepala dia kira RM320. So kalau dua kepala yang pergi RM640. Tapi kami pergi 3 kepala hari tu. Cuma kepala Aisyah tak dikira sebab tokey belanja. Amin….mudah-mudahan murah rezeki tokey. Kita doakan sekali lagi🤲🏻Harga kanak-kanak dengan orang dewasa lain. Harga yang diberikan tu termasuklah transfer boat pergi balik, penginapan, makan (breakfast,lunch,tea-time,dinner selama 3 hari di sana), snorkeling trip ke 3 buah pulau bla bla.

Cuma kalau-kalau korang nak snorkeling tengok penyu ke, berenang dengan penyu atau menunggang penyu (cerita bohong), korang kenalah add on RM45 per head. Budak-budak besar Aisyah dia tak kira. Why ada bayaran tambahan??? Jauh weyh nak ke sana. Kalau korang berenang dari resort pun subuh esok belum tentu sampai. Nak ke sana kena naik bot. Jarak lebih kurang 3.3 km dari Redang Mutiara Beach Resort dan 2.4 km dari Long Beach. Senang cerita lokasi tengok penyu betul-betul berdekatan area pantai Taraas Hotel. Hmmm… So bayar jelah…why bother, why bother bak kata Azwan Ali. Sibuk nak tengok penyu kan. Padahal google pun boleh. Lain nak…tengok live dengan tengok dekat screen handphone. Fulus yang terbang boleh dicari💸💸, pengalaman berenang bersama penyu payah nak cari. Sekian pantun dua kerat.

Pujian Untuk Redang Mutiara Beach Resort

  1. Staff sangat friendly, beg-beg pun mereka tolong angkut dari jeti ke kaunter pendaftaran.
  2. Makanan yang disediakan serious sedap. Orang kata memang menepati selera dan tekak orang melayulah!
  3. Resort betul-betul berhadapan dengan pantai. So korang tak payah nak jungle trekking berkilometer membakar lemak yang sedia ada. Cuma perlu berlari dari bilik dan terjun ke laut. Habis cerita! Nak jalan pun tak ada masalah.
  4. Dekat area pantai Telok Kalong tu pun berlambak ikan. Best nak fish feeding bawak anak-anak. Waktu malam perghhhh!!! Lagi banyak. Tapi dekat area jetilah. Name it. Trigger fish, todak, ikan zebra (Aisyah panggil) semua ada. Apa yang perlu ada hanya roti. Baling je, berebutlah yang datang makan.
  5. Selain ikan, banyak jugak binatang lain yang boleh korang saksikan secara live dekat resort ni, macam sneaking thief aka monyet, tupai, biawak size kecik sikit dari komodo pun ada. Kesemua binatang ni kira include in package lah orang kata. No extra charge!

Oklah, secara keseluruhan TF memang berpuas hatilah dapat bawak family ke Redang walaupun dah lama kitorang menetap di Terengganu. Yelah…nak bawak bercuti ke tempat lain pun tak boleh nak rentas negeri. Kita naikkan jelah sektor pelancongan negeri sendiri. Support saing, saing support balik. Gitu….Actually, banyak je lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Terengganu selain pulau-pulau. Kena rajin cari dan rajin buat research.

Semoga dengan pembukaan semula resort-resort, kawasan-kawasan peranginan, insyaAllah diharap mampu merancakkan kembali sektor pelancongan yang kian hambar disebabkan Covid-19. Yang penting nak bercuti boleh, tapi kenalah kita jaga kita! Okay! Di bawah TF share kan gambar di lokasi-lokasi snorkeling dari hari 1st kami tiba di Redang sampailah kami balik. Enjoy!

Day 1: Snorkeling di Pulau Pasir Akar

Day 2: Snorkeling di Kampung Lama, Pulau Nyiur Sebatang & Pulau Akar Tebu, Snorkeling Tengok Penyu di Taraas

Sesiapa berminat nak ambil pakej dengan Redang Mutiara Beach Resort bolehlah layari web mereka. Memang puas hati!👏🏻👏🏻👏🏻


Sila baca juga artikel kami yang lain tentang Jom Travel.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Betul ke Jaga Kereta Ibarat Jaga Bini? POMEN Ada Jawapannya

Previous article

Hibah Takaful Antara Alternatif Bantu Elak Perebutan Harta Pusaka

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *