Inspirasi Usahawan

Budak 11 Tahun Dari Peru Miliki Sebuah Bank

0

José Adolfo Quisocala mengejutkan dunia apabila muncul sebagai pegawai bank paling muda dari Peru. Beliau mendorong pelajar sekolah untuk menabung, dan menawarkan wang tunai kepada 2,000 pelanggannya untuk kitar semula sampah, plastik, botol dan macam-macam lagilah! Namun perkara yang sangat luar biasa tentang José Adolfo Quisocala adalah beliau sendiri masih kecil, umur pun baru setahun jagung tapi dah ada bank sendiri weyh! Kita yang besar bapak orang ni bukan setakat nak ada bank, nak ada duit simpanan dalam bank pun payah!

Ketika sebilangan besar rakannya mengimpikan jadi pemain bola sepak profesional, ahli bomba atau bintang muzik cumbía, José Adolfo melihat dunia dalam perspektif berbeza dari kanak-kanak seusia dengannya. Pandangan beliau tentang dunia kewangan amat luar biasa.

Beliau bersekolah di sebuah sekolah negeri di bandar Arequipa, Peru ketika berusia 7 tahun. Pada masa itulah beliau memutuskan untuk wujudkan sebuah bank khas buat kanak-kanak. Beliau termotivasi setelah melihat rakan-rakannya sengaja melengahkan makan siang semata-mata nak simpan sikit duit buat beli gula-gula atau kad bola sepak. Namun, yang lagi mendorong beliau untuk mewujudkan ‘bank’ ini adalah disebabkan faktor kemiskinan sehingga memaksa segelintir kanak-kanak disekolahnya berhenti sekolah.

“Melihat kanak-kanak hidup dalam kemiskinan sehingga terpaksa bekerja di jalanan, di lampu isyarat menjual gula-gula, merayu bagai buat saya terfikir, mengapa kanak-kanak ini tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa?”
.

“Salah satu punca kenapa kanak-kanak itu terpaksa bekerja adalah disebabkan tak ada wang. Jadi, mengapa saya tak boleh ajar mereka untuk menabung? “

Sumber : Guardian

Bank pelajar Bartselana yang ditubuhkannya kini mempunyai lebih daripada 2,000 pelanggan berusia antara 10 hingga 18 tahun. Banknya menawarkan pinjaman, insurans mikro dan perkhidmatan kewangan lain. Kanak-kanak boleh mengeluarkan wang dari pusat tunai beberapa bank dengan menggunakan kad bank peribadi, yang mana kad tersebut tak dapat diakses oleh orang lain. Mereka juga boleh pantau baki dalam akaun bank mereka secara online. José Adolfo juga turut menetapkan tujuan simpanan yang harus dicapai oleh pelanggannya sekiranya mereka berhasrat nak keluarkan wang. So kanak-kanak yang membuat simpanan dalam bank beliau tak bolehlah sesuka hati keluarkan fulus macam tu je.

Tujuh tahun lalu, beliau berjaya yakinkan segelintir guru dan murid bahawa ideanya boleh diketengahkan. Tak lama lepas tu beliau berjaya mendapat sokongan koperasi tempatan untuk daftarkan banknya secara rasmi. So, sejak dari hari tu beliau berjaya meraih anugerah di peringkat nasional, kemudian di peringkat antarabangsa. Bila dah berjaya banyak kali ni korang ingat dia nak toleh ke belakang balik? Memang tak lah! I must go for it! Jerit José Adolfo dalam hati.

Usaha beliau mendapat banyak pengiktirafan. Buktinya banyak anugerah berjaya dirangkul seperti Unicef’s Child and Youth Finance International Award (2014) hinggalah Children’s Climate Prize (2018)​ hasil gabungan idea beliau berkaitan perkhidmatan kewangan dan persekitaran.

Bank pelajar itu benar-benar berfungsi menerusi kaedah inovatif yang direka beliau untuk kanak-kanak memperoleh wang melalui pengumpulan sampah seperti plastik atau kertas yang boleh dikitar semula.

“Kadang kala mereka bawak wang simpanan beberapa sen je ke sekolah, so saya pun janjilah dengan mereka dari wang yang mereka bawa tu mereka boleh beli basikal, komputer riba dan macam-macam lagi tapi ambil masa lama sikit lah, ”
.

“Saya fikir mesti ada cara mereka boleh buat untuk dapatkan wang dan waktu tu saya terfikirkan sampah. Kita semua hasilkan sampah dan akhirnya saya putuskan itulah penyelesaiannya!”

Bagaimana Bank Hijau Jose Berfungsi?


Kanak-kanak ini tadi akan membawa botol plastik, buku latihan sekolah terpakai dan surat khabar lama ke kios di sekolah mereka. Kemudian barang-barang tersebut ditimbang dan sejumlah wang akan dikreditkan ke akaun mereka berdasarkan jumlah timbangan. Malah, José Adolfo turut membuat perjanjian dengan syarikat kitar semula tempatan bagi membayar pelanggan banknya dengan harga lebih tinggi daripada biasa; contohnya 0.80 Peru Sol (0.19 GBP) sekilogram plastik atau kertas putih.

“Saya tak nak tengok mereka berada di jalan lagi kumpul sampah sebaliknya mereka berada di rumah dan hentikan sampah dari sampai ke jalan. Semasa di rumah, mereka akan kumpulkan sampah-sampah tadi dalam kotak yang dah dilabel dan dikelaskan mengikut kriteria kitar semula.” jelas José Adolfo

Pada awalnya, usaha José Adolfo menjadikan kitar semula sampah dari rumah tidak disedari oleh Kementerian Alam Sekitar Peru. Peru memperkenalkan undang-undang untuk atasi pembuangan sampah sekitar 18.000 tan sehari rentetan wujudnya individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah bukan ditempat yang sepatutnya. Maka, sampah-sampah tersebut akan berakhir di jalanan, pantai dan sungai.

“Beliau membuat perubahan luar biasa dalam penataan serta pendidikan berkaitan kewangan yang tak mungkin dapat dilakukan oleh kebanyakan golongan dewasa sekarang.”
.

“Penggabungan konsep simpanan di bank dengan pengendalian sampah dan kitar semula dilihat sebagai alternatif terbaik untuk mengurangkan jumlah sampah di negara berkenaan. Malah ia juga turut membuka peluang kepada kanak-kanak di Peru untuk belajar merancang serta mengurus kewangan mereka. Perkara ini dilihat sebagai satu idea yang sangat inovatif!”

Menteri Alam Sekitar Peru, Lucía Ruiz

Bank ini menjalankan aktiviti kitar semula kira-kira empat tan bahan sebulan serta memiliki kios di tujuh buah sekolah di Arequipa, Peru!Bisnes model yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini semakin mendapat perhatian di seluruh Peru dan juga luar negara.

Terlalu sibuk menguruskan Bank milik beliau, José Adolfo terpaksa belajar secara atas talian. Beliau berkata “Saya sangat sibuk sampai tak ada masa dah nak pergi sekolah.” Amboihhh… budak banyak fulus lah katakan.

“Sekiranya dia nak nangis, dipersilakan. Saya selalu ada dekat sini untuk give him my shoulder to cry on. Saya nak dia faham bahawa hidup seperti ini dia harus bersabar menerima baik buruk sesuatu perkara.”,

Bapa José Adolfo

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Jom Menang Geran Perniagaan SUPERB Hingga RM500,000!

Previous article

Ini Kisah Sebenar Minuman Tenaga Paling Top REDBULL Anda Patut Tahu

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *