Saham

Budak Korea 12 Tahun Raih Pulangan Pelaburan Sehingga 43%

0

Kwon Joon budak lelaki berusia 12 tahun yang berasal dari Korea Selatan selalu berangan nak jadi macam Warren Buffet iaitu seorang pelabur billionaire dari US. Kalau anak-anak sekarang kita tengok suka main mobile games, tik tok, candat sotong berbeza sekali dengan Kwon Joo.

Hobi beliau memang tak sama langsung malah dikatakan amat luar biasa apabila dia amat gemar buying stock, trade saham aiii boleh kata semua-semua tulah! Wow! Spesis apakah ini? Uniknya tidak seperti kanak-kanak lain bangun pagi gosok gigi, layan Didi, Kwon Joo bangun pagi terus switch on tv layan berita perniagaan!

Beliau mula menjana wang dengan menjual kereta mainan ketika berusia tujuh tahun. Sejak itu, simpanannya mencecah kira-kira 25 juta won ($ 22,400).

Beliau merasakan pelaburan adalah sesuatu yang bernilai memandangkan dunia sekarang tengah berdepan dengan wabak koronavirus hal ini secara tidak langsung mendorong peningkatan retail trade (perdagangan runcit).

Saya memang bincang betul-betul dengan mak ayah saya, sebab saya percaya kata-kata seorang pakar ni dekat TV bahawa ini adalah peluang sekali dalam satu dekad!

Saham dibelinya melonjak paling tinggi menjelang akhir tahun

Saya jadikan Warren Buffet (pelabur jutawan dari U.S) sebagai role model.
.

Dari fokus pada intraday sahaja, saya fikir lepas ni saya nak kekalkan pelaburan saya 10 hingga 20 tahun dengan long term perspective, so nanti return dapat dimaksimumkan.

Rookie investor macam Kwon memilih untuk beri tumpuan kepada syarikat-syarikat seperti apps messenger terbesar Korea Selatan, Kakao Corp, pembuat memory chip terbesar dunia, Samsung Electronics Co., dan Hyundai Motor. Kwon membelinya secara beransur-ansur sebagai nilai pelaburan dan memperoleh pulangan sekitar 43% iaitu 15 juta won ($ 13,435) setakat ini!

Melihat pada situasi semasa, dikatakan banyak retail trader terdiri daripada golongan remaja bahkan ada yang lagi muda dari tu. Mereka ini mewakili dua pertiga dari jumlah nilai yang diperdagangkan dalam saham negara, berbanding kurang dari 50% pada tahun 2019.

Ia dilihat menjadi trend bila equity markets ni tadi telah menarik minat ibu bapa yang kecewa dengan sistem pendidikan dan norma baharu iaitu work from home.

Saya tertanya-tanya, adakah mengambil ijazah perguruan penting zaman sekarang?

Lee Eun Joo, Ibu Kwon Joo

Beliau sebaliknya memilih untuk memberi pendedahan tentang dunia perniagaan dan bukannya pelajaran semata-mata kepada anaknya Kwon Joo. Lee Eun Joo turut berkata perniagaan juga menjadi salah satu cabang untuk maju dalam bidang akademik.

Sekarang kita hidup dalam dunia yang sangat-sangat berbeza, jadi lebih baik kita jadi the one and only person

tambah Lee kerana beliau merasakan dengan menghantar anaknya ke sekolah terbaik sekalipun mungkin ia tak cukup untuk jamin masa depan anaknya nak-nak lagi peluang pekerjaan sekarang semakin berkurang.

Kira-kira 70% daripada 214,800 stock brokerage accounts di Kiwoom Securities terdiri daripada kanak-kanak bawah umur. Kiwoom Securities muncul sebagai firma sekuriti online trading nombor satu di Korea dengan biggest market share dalam bisnes pembrokeran di Korea sejak tahun 2005.

Tatkala semua sekolah ditutup berikutan pandemik Covid-19 tahun lepas, Kwon Joo bagaimanapun sibuk membuat list of purchases sewaktu market correction.

Kejayaan Kwon mencerminkan cabaran pekerjaan bagi anak muda Korea Selatan, walaupun mereka dikategorikan sebagai kumpulan paling berpendidikan tinggi di kelab negara maju OECD.

Namun bagaimanapun terdapat data menunjukkan kadar pengangguran anak-anak muda Korea berusia antara 15 dan 29 tahun melonjak ke rekod baru 27.2% pada Januari, 2021. Hal ini terjadi berikutan lonjakan jumlah mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 sehingga memaksa penutupan premis-premis perniagaan, syarikat dan sebagainya.

Tiga perempat menyambung pengajian ke universiti lepas tamat sekolah menengah, berbanding purata kelompok 44.5%, tapi lepas tu nak cari kerja dan gaji yang best amat payah.

Tak ada pekerjaan yang cukup untuk lepasan kolej, justeru ramai memilih untuk mempelbagaikan bidang kerjaya mereka lebih awal.

Penyelidik Vokasional, Min Sook-Weon

Melihat pada situasi itu, Kwon Joo membuat keputusan untuk meneruskan apa yang dilakukannya sekarang. Ibarat dia nampaklah masa depan dia dekat situ.

Daripada sambung belajar di universiti yang bagus macam Seoul National University, saya lebih rela jadi big investor.
.

Dengan itu satu hari nanti saya berharap dapat buat banyak kerja-kerja amal.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang saham

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Payahnya Nak Cari Asnaf di Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz

Previous article

Burger Big Mac Diguna Sebagai Indikator Ekonomi?

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *