Life

Burger Big Mac Diguna Sebagai Indikator Ekonomi?

0

Siapa sangka burger Big Mac boleh dijadikan indikator pertumbuhan ekonomi sesuatu tempat. Big Mac Index adalah kaedah tradisional untuk measure PPP atau kadar pertukaran antara dua negara. Purchasing Power Parity (PPP) muncul sebagai teori ekonomi yang memperkenalkan perbandingan antara mata wang yang berbeza menerusi pendekatan basket of goods. Kadar pertukaran tersebut perlu disesuaikan sehingga sampel basket of goods and services harus sama antara kedua-dua negara. Dalam Big Mac Index, sampel basket of goods pada ketika itu berisi burger Big Mac yang dijual oleh McDonald’s seluruh dunia. Why pilih McDonald’s??? Simple! Waktu tu hampir semua negara mempunyai restoran fast food tersebut.

So, untuk dapatkan kadar pertukaran PPP Big Mac antara dua negara, harga Big Mac yang dikira dalam mata wang negara dibahagikan dengan harga Big Mac di negara lain. Nilai yang diperoleh adalah nilai tukar. Nilai ini kemudian dibandingkan dengan kadar pertukaran sebenar. Sekiranya nilai yang diperoleh lebih tinggi daripada nilai tukar, maka mata wang pertama dinilai lebih tinggi. Sebaliknya, jika nilainya lebih rendah daripada nilai tukar, maka mata wang pertama dinilai lebih rendah daripada yang kedua. Malah, indeks ini tadi turut perkenal perkataan baru iaitu Burgeronomics. Pening ke pening? Okaylah senang cerita macam ni.

Kalau dulu-dulu kita tengok teori Big Mac ni orang guna untuk tentukan harga barang antara dua buah negara. Contohnya kita guna untuk compare barang-barang dapur Malaysia dengan Thailand. Nampak sama, tapi macam manapun mesti ada beza terutama dari segi harga dan bahan. Gitu.. Takpun kalau kita tengok burger Big Mac tu sendiri di McD Singapore dan Indonesia. Rasa burger sama je. Tengok secara mata kasar, aiii macam tak ada beza langsung. Tapi macam mana pun perbezaan tetap ada. Ia mungkin datang dari bahan-bahan untuk buat burger. Contohnya lettuce pakai yang local punya je ke, tomato bla bla..

Antara contoh lain pulak, harga Big Mac di Sweden lagi mahal kalau nak comparekan dengan harga Big Mac dekat Mesir, Moldova dan Azerbaijan. Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaaaa?????? Bertenang. Korang nak gelabah buat apa, bukan korang duduk Sweden pun. Haaa sinetron dia lebih kurang macam ni. Disebabkan rakyat Sweden suka gila melahap Big Mac, dan McD pula mendapat permintaan luar biasa dengan produk tersebut, maka, McD Sweden pun naikkanlah harga Big Mac mereka. This is happen, bila permintaan tinggi melebihi produk. Sebab tu lah harga Big Mac dekat negara tu mahal! Berbeza pula dengan situasi di ketiga-tiga negara yang TF mention tadi, Big Mac kurang dapat sambutan, so mereka pun terpaksalah jual Big Mac pada harga promosi.

Burger Big Mac Indikator Ekonomi

Hmmm…Mesti korang semua pernah dengar pembukaan McDonald’s dekat Simpang Renggam dulu kan? Errr…McDonald’s tu pernah lah dengar. Tapi Simpang Renggam? Solok mana tu? Maka pernah jadi viral tahun lepas bila ramai netizen persoal penubuhan restoran makanan segera tersebut di daerah berkenaan. Dia ibarat macam ni lah, dekat Terengganu tetiba ada KLCC, Pavilion. Tak ke ternganga orang.

Dah tu apa kaitan pulak Sweden dengan Simpang Renggam? Okay…sebenarnya tak ada kaitan, tapi bagus jugak korang mengingatkan. Jom naik flight kita patah balik Malaysia, dari KLIA ke airport Senai lepas tu kita sesama ambil grab pergi ke Simpang Renggam. Kisah dekat Simpang Renggam tu macam ni. Kita semua familiar yang Simpang Renggam ni hanyalah sebuah pekan kecil dengan jumlah kepadatan penduduk kampung yang tinggi. Betul tak?Boleh dikatakan berpuluh-puluh kampung ada dekat situ. Banyak kawasan-kawasan perumahan dan lot-lot kedai baru dibuka. Alih-alih tahun lepas ada plan nak buka McDonald’s dekat situ? What???! Pandai ke orang-orang kampung nak beli McD? Kurang ajar sungguh mulut yang bertanya. Apa korang ingat orang kampung sekarang old school? Kes tersebut pernah tular di media-media sosial kerana ramai yang pertikai penubuhan restoran makanan segera di kawasan terbabit.

Kalau korang nak tahu, pembukaan Mcdonald’s disesebuah kawasan sebenarnya menunjukkan yang kawasan tersebut memiliki kuasa beli yang kuat. Ia dapat dilihat menerusi teori Big Mac Index yang mana teori ini digunakan bagi mengukur pariti daya beli setiap negara menggunakan burger Big Mac oleh Mc Donald’s sebagai penanda aras. Maka persoalan demi persoalan yang lebih mengelirukan timbul. Macam mana pembukaan McD dekat Simpang Renggam dapat mempengaruhi kuasa beli pengguna?

Perkaitan Burger Dengan Teori Big Mac Index

Teori ini menekankan kuasa beli sesebuah tempat ditentukan melalui harga Big Mac yang mampu dibeli oleh penduduk kawasan. Melalui pertambahan penduduk dan pembukaan premis-premis perniagaan baru, maka penting untuk kita kenalpasti keperluan dan kehendak penduduk ini tadi. Makan McD dah jadi satu trend. Rata-rata dilihat ramai yang gemar membeli di restoran makanan segera tersebut. Kita ambil contoh mudah, McDonald’s Kuala Terengganu. Korang boleh tengok berapa banyak kereta queue untuk take away sahaja. Tu belum masuk lagi jumlah mereka yang melepak sambil melahap dalam premis berkenaan. Jadi, setiap kawasan atau tempat yang ada McD menunjukkan kawasan tu memiliki kuasa beli yang tinggi. Untuk itu mungkin ada peningkatan dari segi purata pendapatan melalui kehadiran restoran makanan segera tersebut.

Lepak mana weyh sabtu ni?

.

McD

Kurangnya sensitiviti masyarakat bila ada antara mereka menjadikan isu penubuhan McDonald’s di Simpang Renggam sebagai parodi. Kalau kata macam tak kena je bukak McD dekat Simpang Renggam, dah tu macam mana KFC, Pizza Hut dan EconSave boleh sustain dekat sana sampai sekarang? Actually, idea untuk buka McDonald’s di Simpang Renggam datang daripada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Beliau percaya;

Pembukaan McDonald’s mampu menjadi salah satu punca pekerjaan untuk anak tempatan serta menjadikan kitaran ekonomi setempat bergerak dengan lebih baik.

Selaku Ahli Parlimen Simpang Renggam, beliau menzahirkan rasa gembira dan syukur kerana usaha beliau mengadakan restoran makanan segera McDonald’s di situ menjadi kenyataan.

Kekurangan Teori Big Mac Index

Walaupun agak reasonable nak guna teori Big Mac sebagai measurement, tapi sebilangan ahli ekonomi mengkritik indeks ini. Antara batasan indeks adalah seperti berikut;

  • Dikebanyakan negara sebenarnya makan McD agak mahal kalau nak dibanding dengan makan di restoran-restoran tempatan. Hal ini membuatkan permintaan terhadap burger kurang. The best part is, burger jual tepi jalan pun ada yang lebih marvelous, delicious dan juga murah compare dengan burger McD. So, kenapa mereka perlu nak spend bayar memahal jika burger dekat luar pun sama standard siap dapat mayonnaise lebih lagi lepas tu harga pulak murah! Hmmm…
  • Indeks ini tak boleh diterima secara global. Why? Sebab harga keseluruhan burger Big Mac bergantung pada pengeluaran tempatan, kos penghantaran, kos iklan, kos pengangkutan, dan status pasaran tempatan. Benda-benda ni berbeza untuk setiap negara dan tak boleh dijadikan sebagai gambaran untuk keseluruhan nilai mata wang relatif.
  • Harga Big Mac berbeza bergantung pada kawasan mana ia dijual. Big Mac yang dijual dibandar-bandar utama mungkin lebih mahal berbanding yang dijual di kawasan luar bandar. Maka, teori Big Mac tak boleh nak dijadikan indikator dalam menentukan kuasa beli rakyat secara keseluruhan.

Sila baca artikel kami yang lain tentang life.

Budak Korea 12 Tahun Raih Pulangan Pelaburan Sehingga 43%

Previous article

Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Life