Simpanan

Cara Langsai Hutang Menggunakan Kaedah Snowball

0

Hutang membawa definisi sebarang liabiliti ( tanggungan ) masa hadapan yang dipertanggungkan ke atas seseorang sama ada dalam bentuk wang dan sebagainya.

Ulama membahagikan hutang kepada dua jenis:

#1 Umum: Iaitu hak/tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh seseorang yang menanggung beban di masa hadapan.

#2 Khusus: Menurut jumhur ulama, iaitu sebarang kewajipan dalam bentuk kewangan ke atas seseorang yang terjadi kesan daripada pertukaran transaksi, kerosakan harta benda, kecederaan ataupun untuk melunaskan hak-hak Allah S.W.T seperti zakat.

(Sumber: muftiwp.gov.my)

Sebenarnya hutang bukanlah satu masalah. Yang jadi masalahnya bila tak nak bayar hutang. Kekadang manusia ni dia berhutang pada perkara-perkara yang bukan keperluan, perkara-perkara merugikan. Lepas tu sesuka hati pulak gali lubang sana tutup lubang sini, gali pulak lubang sini tutup lubang lain. Penyudahnya sampai masa nak kena bayar dah ternganga tak tahu mana lagi tempat nak gali. Dan ada juga spesis yang tak pernah serik berhutang.

Maka, anggaplah kesilapan anda mewujudkan hutang dulu sebagai tarbiyah untuk anda dan sekaligus mengelakkan anda ulangi kesilapan sama pada masa akan datang. Paling penting jangan lari atau hilangkan diri bila anda ditimpa masalah kewangan terutamanya jika ia berkait dengan hutang.

Bila anda buat perangai macam tu, masalah tak akan setel. Sebaliknya ia hanya menambah lagi masalah yang dah sedia ada. Tindakan anda akan menyebabkan pemiutang ( orang atau institusi yang memberi hutang ) berangin. Itu kes hangin satu badan. Ada kes yang sampai pemiutang pulak naik segan nak minta fulus mereka dibayar semula sementara penghutang pulak relax seolah-olah dah capai financial freedom.

“Jiwa seseorang yang beriman tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya.”

Riwayat al-Tirmizi (1079).
Dihukumkan hasan oleh al-Tirmizi

Apa perlu dilakukan sekiranya anda berhutang?

Sekiranya hal ini berlaku segera hubungi pemiutang dan berbincang. Elak hilangkan diri macam tu je dan buat pihak terbabit ambil tindakan lebih tegas pada anda.

Bincang dan lakukan pengstrukturan semula. Jangan tunggu last minute. Anda perlu lakukan sesuatu yang anda rasakan perlu. Kalau tak pasti tanya pada orang yang pasti. Show your effort yang anda memang nak sangat setelkan hutang anda dan baiki keadaan.

Sama je kes kalau anda muflis atau kena blacklist. Selagi kudrat anda mampu lakukan sesuatu yang boleh jana pendapatan, pasti Allah S.W.T tunjukkan jalan untuk keluarkan anda dari belenggu hutang. Tak kiralah dengan siapa pun anda berhutang, anda masih menjalankan urusan dengan manusia. Dan selagi namanya manusia TF pasti mereka akan bertolak ansur dan mempunyai belas kasihan pada anda. InsyaAllah, selagi anda ikhlas, Allah S.W.T pasti akan permudahkan.

” Dan jika orang yang sedang berhutang itu sedang alami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang akan kamu dapati kelak).”

(Surah al-Baqarah:280)

Ayat di atas ni bergantung pada situasi. Tak semua situasi boleh diguna pakai. Contohnya tengok jiran pakai kereta mewah ehhhh dia pun sibuk nak pakai kereta mewah. Lepas tu bila nak bayar ke bank bulan-bulan dah termengah-mengah. Then mulalah buat peel liat nak bayar hutang dan berharap agar bank mempunyai belas kasihan pada dia dan menghalalkan hutang dia. Oi! Agak-agaklah. Kalau dapat 100 customer macam ni bank pun boleh bangkrap la! Kan TF mention awal-awal tadi, jangan berhutang pada perkara yang bukan keperluan. Ukur baju di badan sendiri okay!

Tips Melangsaikan Hutang Dengan Cepat!

  • Berhenti tambah hutang baru.
  • Catat baki hutang/ansuran bulanan/baki tempoh setiap hutang.
  • Bayar hutang, jangan tangguh.
  • Fokus langsaikan hutang yang berbaki paling kecil tapi mempunyai ansuran paling besar (kaedah snowball).
  • Kecilkan ansuran bulanan yang besar untuk meningkatkan aliran tunai bagi melangsaikan hutang berbaki kecil (kaedah snowball).
  • Jual hutang jika boleh.
  • Tukar hutang kepada harta.
  • Cincang atau kerat hutang berbaki besar kepada nilai-nilai yang lebih kecil supaya lebih mudah melangsaikan hutang tersebut sedikit demi sedikit.
  • Jual apa sahaja yang tidak menambah baik hidup, hasil jualan digunakan untuk melangsaikan hutang.
  • Tambah pendapatan untuk simpanan dan melangsaikan hutang.
  • Tambah harta untuk melangsaikan hutang.
  • Guna ekuiti dalam harta untuk melangsaikan hutang. Fokus bayar pokok, jangan bayar bayar bunga.
  • Langsaikan hutang dengan manusia dahulu, barulah dengan institusi.
  • Doa, tawakal dan usaha.
  • Pastikan ada perlindungan takaful untuk lupus hutang.

Dari tadi dok sebut snowball, snowball…. Rasanya krismas lambat lagi. Apa kaitan bola salji dengan penyelesaian hutang pulak?

Selesai Hutang Guna Teknik Snowball

Teknik Snowball adalah kaedah nak setel hutang start dengan jumlah hutang paling sikit hingga jumlah hutang paling besar. Dicipta oleh Warren Buffet, ternyata strategi ini berkesan pada individu yang mempunyai disiplin tinggi dan berkeinginan membayar kesemua hutang dalam masa yang singkat. Sebagai contoh;

Encik Z ada hutang-hutang berikut:

  • Motor (Hutang: RM6,048 Ansuran: RM26)
  • Kereta (Hutang: RM30,000 Ansuran: RM581)
  • Perabot (Hutang: RM4,160 Ansuran : RM120)
  • Pinjaman Peribadi (Hutang: RM15,500 Ansuran: RM227)

Lebihan perbelanjaan bulanan Encik Z sebelum buat personal loan = RM467. So Encik Z plan nak apply satu lagi personal loan sebanyak RM58,000 untuk tempoh 10 tahun as a way nak setel kesemua hutang yang ada. Lepas dah buat personal loan dan setel semua hutang-hutangnya didapati beliau masih mempunyai lebihan perbelanjaan bulanan sebanyak RM854.

Sekiranya Encik Z nak setel hutang dia menggunakan kaedah snowball, based on pengiraan, Encik Z mempunyai lebihan gaji sebanyak RM400 (lebihan RM67 simpan di ASB atau TH stiap bulan).

  • RM400 + RM120 = RM520 ( hutang perabot di langsaikan dalam masa kurang 10 bulan )
  • RM520 + RM126 = RM646 ( hutang motor langsai dalam masa kurang dari 10 bulan).
  • RM646 + RM277 = RM923 ( hutang pinjaman peribadi langsai dalam masa kurang 20 bulan means baki pokok pinjaman peribadi selepas 20 bulan lebih kurang RM14,000 )
  • RM923 +RM581 = hutang kereta langsai dalam masa kurang daripada 20 bulan means baki pokok hutang kereta time tu lepas 40 bulan lebih kurang RM23,000

Secara keseluruhannya hutang Encik Z berjaya setel dalam tempoh kurang 40 bulan atau 3 tahun, jika nak dibandingkan buat pinjaman peribadi atau tutup hutang lama.

Jika RM67 disimpan secara istiqamah sepanjang tempoh tersebut, jumlah simpanan Encik Z mencecah RM2,680 (tanpa ambil kira nilai dividen dan bonus).

Nampak kan cara nak selesaikan hutang guna teknik snowball ni? So akhir kata kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, kalau ilmu berhutang tak ada, jangan cuba-cuba menambah hutang yang dah sedia ada. Sekian pantun 4 kerat!

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Kambing Hensem Harga 1 Dinar: Ini Fakta Tentang Kambing Dan Dinar Anda Patut Tahu

Previous article

Anda Mungkin Pernah Tertipu Dengan Teknik Pemasaran “Popcorn” Yang Licik Ini

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.