Startup

Usaha Komuniti 3D Printing Bantu Barisan Hadapan Cipta Face Shield Dianggap Hero Tak Didendang

0

Usaha komuniti dinamakan ‘3D Printing Malaysia Community for COVID 19‘ membantu barisan hadapan hospital yang hampir kehabisan face shield dipuji ramai pihak. Walaupun kerajaan dah bagi jaminan untuk tambah stok face shield ini tapi kena ingat makan masa jugak nak boleh sampai ke Malaysia.

Usaha Komuniti 3D Printing Bantu Barisan Hadapan Cipta Face Shield Dianggap Hero Tidak Didendang

Bagaimana Usaha Murni Ini Bermula?

Satu gerakan kemanusiaan yang dilakukan oleh sekumpulan “3D Printing Malaysia for COVID-19” bersatu hati mengumpul dana dari orang ramai dan seterusnya dana tersebut digunakan untuk membeli bahan-bahan bagi menghasilkan Face Shield. TF juga difahamkan gerakan ini dimulakan oleh seorang pemilik akaun fb bernama Adrian Wong.

Seorang person in charge di setiap negeri akan dilantik untuk memastikan face shield ini dapat dihasilkan menggunakan 3D printer. Namun antara cabaran yang terpaksa dihadapi adalah untuk menghasilkan satu face shield, masa yang diperlukan adalah selama 40 minit! Satu masa yang agak lama. So bayangkan untuk tempoh 8 jam, hanya 12 face shield sahaja mampu dihasilkan dengan satu (1) 3D printer.

Salah seorang person in charge di Terengganu bernama Mohd Hafizuddin Rahman berkata, beliau bernasib baik kerana berjaya mendapat kerjasama daripada beberapa organisasi dan juga individu persendirian untuk menjayakan usaha murni ini. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) turut bekerjasama membenarkan penggunaan lima (5) 3D printer milik universiti itu dan tiga (3) lagi dari dari pihak orang perseorangan.

Assalamualaikum.insyaAllah Kt continue #covid19kungfufighting

Posted by Hafizuddin Rahman on Isnin, 23 Mac 2020

Dengan kekuatan sebanyak 8 buah printer 3d ini tidak banyak yang dapat dihasilkan. Namun walaupun kuantiti yang dihasilkan tidak banyak namun sedikit sebanyak ianya sangat membantu kakitangan hospital yang kekurangan face shield ini. Menurut Hafiz, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 buah printer lagi untuk hasilkan lebih banyak face shield.

Mana-mana badan yang memiliki 3D printer tapi peram tak tahu nak guna, time ni lah anda dan 3D printer anda boleh jadi berguna. Ataupun ada yang bermurah hati nak sumbangkan 3D Printer untuk kegunaan mereka ianya sangat dialu-alukan!

Pautan facebook Hafiz setakat jam 1 tengahari telah mendapat perkongsian sebanyak 140 pengguna facebook dan rata-rata komen yang diterima memuji usaha murni beliau malah tidak kurang juga yang ingin tampil beri sumbangan.

Ada juga yang mempersoalkan tentang gerakan ini samada betul-betul ikhlas ataupun ianya hanyalah satu perniagaan. So, ini jawapan-jawapan ikhlas terhadap pertanyaan-pertanyaan ikhlas oleh kumpulan 3D Printing Malaysia Community For COVID-19 ini:

Adakah Mereka Kumpulan Yang Menjana Keuntungan?

Tidak! Kumpulan ini bukan diwujudkan untuk buat untung. Ia diwujudkan atas dasar prihatin pada frontliner yang kekurangan face shield di hospital-hospital dan klinik- klinik. Bayangkanlah sampai ada doktor dan nurse yang terpaksa DIY face shield untuk protect diri mereka semasa berdepan dengan pesakit yang dijangkiti virus COVID-19. Kesian siot!

So disebabkan isu terbabit, maka kumpulan ini ditubuhkan dan mereka menggunakan kepakaran masing-masing menghasilkan lebih banyak face shield untuk membantu frontliner yang bertungkus lumus kerja siang malam bagi membendung penularan wabak COVID-19 ini.

Apakah PPE Yang Dihasilkan?

Mereka menghasilkan Face Shield. Frame dibuat menggunakan 3D Printer. Plastic Shield (yang digunakan untuk menutup wajah) mudah untuk assembled by end user.

Adakah Face Shield Mereka Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Belum mendapat kelulusan lagi. Namun, mereka telah menyerahkan sampel face shield tersebut kepada doktor dan nurse dan feedback yang diperoleh daripada frontliner ini adalah positif !

Untuk masa sekarang, face shield yang dihasilkan oleh kumpulan ini sangat berkualiti dan boleh digunakan untuk bahagian yang berisiko rendah dan juga untuk pembedahan yang bersesuaian. Yang mana ia termasuk screening area di hospital atau klinik, klinik biasa (contohnya : klinik kesihatan daerah), bahagian kuarantin atau untuk extra protection di wad biasa yang tak ada kaitan dengan COVID.

Ini bertujuan memastikan stok PPE bergred tinggi yang disediakan oleh kerajaan dapat digunakan sepenuhnya di bahagian wad atau rumah pesakit yang sah positif COVID-19!

Adakah Face Shield Dihasilkan Di Sanitize Terlebih Dahulu?

Mereka amat menitik beratkan soal kebersihan tempat yang digunakan untuk proses penghasilan face shield berkenaan. Walaubagaimanapun, tempat penghasilan face shield berkenaan tidak di STERILE. So, bila mereka serahkan face shield yang telah siap kepada pengguna yang terdiri daripada frontliner, mereka akan maklumkan terlebih dahulu supaya sanitize face shield tersebut sebelum digunakan. Memandangkan mereka yang menerima face shield berkenaan adalah pengamal kesihatan, so dah sah-sahlah mereka tahu apa yang patut dilakukan.

Maka, Apakah Sebab Mereka Kumpul Dana?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mereka bukanlah organisasi yang buat untung! Dana yang dikumpul akan digunakan untuk beli bahan-bahan bagi menghasilkan face shield dan dana tersebut juga akan digunakan untuk cover kos penghantaran face shield tersebut ke hospital-hospital dan klinik-klinik yang dah kehabisan stok.

Berapakah Kos Untuk Hasilkan Satu Face Shield?

Dalam lingkungan RM3

Maka dengan sumbangan sebanyak RM10 = 3 Face Shield = Peluang Untuk Pastikan Frontliner Kita Dilindungi Dengan Selamat Semasa Menjalankan Tugas Membendung Penularan COVID-19

Macam Mana Nak Buat Sumbangan?

Untuk mereka yang berniat untuk membantu, sumbangan boleh dibuat terus ke akaun ini;

Nama Akaun : 3DRenderit Studio

Nombor Akaun RHB Bank : 26301500010518

Untuk ikuti work progress kumpulan ini menerusi dana yang terkumpul dan juga untuk lihat jumlah face shield diperlukan vs penghasilan, anda boleh check dashboard mereka di 3D vs COVID Dashboard.

Akhir Kata

Kalau mampu beli bertroli-troli,

Apalah salahnya hulur sumbangan bantu mereka hasilkan Face Shield ini.

-Pantun Dua Kerat-

Ayuh! Jom kita sama-sama bersatu hati bantu pasukan Frontliner meringankan beban mereka.


Share and Enjoy !

0Shares
0 0

4 Unpopular Step Pelabur Unit Trust Patut Buat Sekarang

Previous article

Ini Sebab Orang Terengganu Tak Ke Pasar Masa RMO

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Startup