Startup

Dahmakan Raih RM75.89 Juta Dalam Dana Pelaburan Pusingan Siri B

0

Syarikat permulaan penghantaran makanan tempatan, Dahmakan, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya meraih dana pusingan Siri B sebanyak US $18 juta (RM75.89 juta).

Dahmakan yang juga merupakan syarikat permulaan Malaysia pertama berjaya menyertai YCombinator pada tahun 2017, terkenal dengan tawaran penghantaran makanan berkhasiat, di mana mereka mengawal sepenuhnya daripada proses penyediaan sehinggalah penghantaran makanan.

Diasaskan pada 2015 dan mula beroperasi di Kuala Lumpur, Dahmakan juga telah melabuhkan sayap ke Bangkok pada 2018 di mana mereka mempunyai lebih 53 orang chef terlatih.

Dana terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diraih oleh Dahmakan mencecah hampir US$28juta.

Antara pelabur baru termasuklah Rakuten Capital, White Star Capital, JAFCO Asia,  the GEC-KIP Fund, Woowa Brothers, bekas CEO Nestlé Jerman. Pelabur sedia ada pula ialah dari Partech Partners dan Y Combinator.

Menurut Dahmakan, mereka akan melancarkan lebih kurang 40+ menu baru setiap bulan.

Sumber : https://vulcanpost.com/690053/malaysia-dahmakan-funding-series-b/

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Kereta Total Lost Tapi Tak Dapat Pampasan Penuh?

Previous article

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Yang Memang Ohsem

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Startup