Jom Travel

Diskaun 50% Hotel 4 & 5 Bintang Di 6 Negeri Tumpuan Pelancong

0

Wow!!! Jom bercuti! Alang-alang hotel-hotel seluruh Malaysia sakan buat promosi sana sini, apa kata kita sama-sama sakan search tempat-tempat best untuk bawa family kita bercuti. Nah! The Fulus share senarai hotel-hotel 4 & 5 bintang yang tengah buat promosi kaw-kaw punya. Bolehlah nak acah-acah bercuti ala-ala retis walaupun fulus nyawa-nyawa ikan. Betul tak?

Abang! Jom cuti. Kepala ayang naik bengap duk terperap je dekat rumah sejak PKP hari tu. Ayang teringin nak selfie atas katil ada towel angsa dengan kelopak bunga ros tu. -Bini-

Okay…ayang pergi pack barang sekarang. Abang nak check jap hotel-hotel yang best! -Suami-

Tak payah. Ayang siap pack dah pun bang barang-barang kita. 2 minggu lepas lagi! Nak cari hotel best. Masuk blog The Fulus je. Dorang dah tolong listkan untuk kita dah pun. -Bini-

Amboiii!!! Tangkas. -Suami-

Nampak tak keghairahan orang perempuan kalau nak melancong. Untuk para suami tak payah susah-susah nak google berjam-jam duk cari mana tempat yang best nak bercuti. Entri kali ini The Fulus dah sediakan senarai hotel-hotel yang best di 6 buah negeri di Malaysia. Bukan sebarangan hotel. Hotel-hotel ini adalah hotel 4 & 5 bintang yang tengah bagi diskaun hingga 50%.

Hotel 4 & 5 bintang di 6 negeri yang tawar harga rendah

#1 Melaka

Melaka merupakan pusat tumpuan pelancong disebabkan sejarah kota-kota lama yang menyimpan seribu rahsia. Mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai tapak warisan dunia, Melaka tak pernah lengang dari menerima kunjungan pelancong dari dalam mahupun luar negara saban tahun.

Namun disebabkan PKP sektor perhotelan dan perlancongan di seluruh Malaysia terpaksa dihentikan buat seketika bagi membendung penularan wabak Covid-19. Namun kini, kerajaan berjaya mengawal wabak berkenaan sekaligus sektor-sektor ini dibuka semula untuk merancakkan kembali ekonomi Malaysia. Berikut The Fulus kongsikan antara hotel-hotel 4 & 5 bintang di Melaka yang tengah promotion kaw-kaw punya.

Hatten Place

Menampilkan kolam renang infiniti yang memang dah sah-sah jadi kegilaan anak-anak, lokasi Hatten Place berada di atas Elements Mall. Berkonsepkan penginapan moden, Hatten Place juga juga turut menyediakan wifi percuma di seluruh kawasan. Terdapat juga pelbagai kemudahan di sini seperti gym, sauna dan sebagainya. Selain itu perkhidmatan dobi juga turut disediakan.

Hatten Place terletak lebih kurang 2.1 km dari A Famosa, 1.9 km dari Bandar Hilir dan 5 km pemanduan untuk ke Jonker Walk. Senang cerita kalau malas nak sesak-sesak. Jalan kaki je. Ini namanya tips kurus tanpa modal. Sambil-sambil bakar lemak, bolehlah singgah dekat mall-mall yang ada di situ macam Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Menara Taming Sari semua tu lah.

Casa Del Rio

Casa Del Rio terletak di Bandar Hilir Melaka. Berdekatan dengan Jonker Walk, lokasi hotel 5 bintang ini boleh dikatakan sangat strategik kerana terletak bersebelahan Sungai Melaka, 1 minit jalan kaki untuk ke Jonker Street dan 5 minit drive untuk ke Bandar Hilir. Jeti river cruise Melaka juga dekat je dengan premis ni.

Casa Del Rio turut menampilkan kemudahan moden termasuk kolam renang tanpa batas dengan 3 pilihan tempat makan yang menarik. Bilik-bilik yang luas dilengkapi dengan hiasan moden dan lantai kayu keras. Semua bilik dilengkapi dengan stesen sambungan iPod dan TV dengan saluran kabel.

Hotel ini juga ada menyediakan perkhidmatan dobi dan seterika. Spa dan gym pun benda wajib yang ada di sini. Anda juga boleh menikmati sarapan bufet yang disajikan di The River Grill. Bar Rio di hotel ini menampilkan pemandangan Selat Melaka selain turut menyajikan makanan ringan dan minuman yang menyegarkan.

Rosa Hotel

Zaman sekarang dah bermacam-macam design hotel yang ada. Dari dinding batu-bata ke dinding kayu. Dari dinding kayu terus tak ada dinding pun ada! Rosa Hotel ini amat unik disebabkan arkitektur nya. Menerapkan konsep Industrialized Design, Rosa Hotel menawarkan sehingga 66% diskaun. Hampir capai 1 lagi bintang, The Fulus amat tertarik dengan konsep setiap ruang hotel ini yang dipaparkan dimana-mana laman sesawang hotel-hotel seluruh Malaysia.

Rosa Melaka menyediakan kemudahan akses WiFi secara percuma disediakan di seluruh kawasan penginapan. Setiap ruang bilik dilengkapi dengan penyaman udara, TV satelit LED dan bilik mandi en suite dengan peralatan mandian percuma. Untuk mereka yang datang ke Melaka semata-mata nak bina otot, kelengkapan gym juga turut disediakan di sini.

Beberapa unit hotel menawarkan pemandangan taman dan bandar. Terdapat kaunter penerimaan tetamu 24 jam, pusat perniagaan dan kedai hadiah di premis ini. Lokasi hotel pula terletak 900m dari Kuil Sam Po Kong, 1 km dari Porta de Santiago, 3.7 km dari Melaka Sentral dan 88km dari KLIA.

Swiss Garden Hotel & Residences

Swiss Garden Hotel & Residences adalah satu lagi hotel yang menawarkan perkhidmatan perhotelan 5 bintang. Terletak di The Shore Melaka, Swiss Garden menjadi tempat tumpuan pelancong paling popular di Melaka sejak PKP. Setiap jam bilik-bilik boleh dikatan sold out.

Buat promosi pecah kepala sehingga 50% diskaun no wonder la bilik-bilik hotel laku macam pisang goreng panas. Tambah lagi lokasinya betul-betul bersebelahan The Shore Shopping Mall dan Shore Ocenarium. Malah, Morten Village pun dekat je dengan premis ini. Nak jalan kaki pun boleh. Boleh pecah lemak orang kata.

#2 Terengganu

Terengganu negeri yang kaya dengan pantai-pantai memukau. Dengan laut membiru dan kaya dengan khazanah laut, Terengganu adalah destinasi paling best untuk mereka yang inginkan suasana pantai, terjun timbul mandi laut pagi sampai petang. Lama terperap di rumah teringin jugak nak berjemur bawah sinar matahari. Nak dapatkan kulit sunburn sikit-sikit macam omputih tu. Anak- anak pun mesti suka dapat main pasir pantai buat sand castle, buat penyu. Jom check dekat bawah ni hotel-hotel 5 star dekat Terengganu yang tengah buat promosi.

Duyong Marina & Resort

Terletak di Pulau Duyong, Duyong Marina merupakan tempat yang ideal untuk anda beristirehat bersama keluarga. Disamping menjadi tempat kapal-kapal mewah berlabuh, Duyong Marina terletak bertentangan dengan Jambatan Angkat “Drawbridge” dan Pesisir Payang. So kalau nak shopping di Pasar Payang, selain hanya perlu memandu lebih kurang 15 minit sahaja atau nak lebih cepat anda boleh gunakan perkhidmatan water taxi untuk ke seberang.

Laguna Redang

Orang kata rugi kalau datang melancong ke Terengganu tapi tak pergi melawat pulau-pulau di sini. Laguna Redang merupakan destinasi best untuk pelancong-pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara untuk beristirehat sambil menikmati keindahan laut biru yang jernih bak kristal.

Terletak di sepanjang pantai, Laguna Redang Island Resort menawarkan penginapan selesa dengan akses WiFi percuma di kawasan umum. Hotel ini memiliki restoran dan kolam renang yang sangat luas. Dilengkapi dengan lantai kayu, bilik-bilik berhawa dingin, almari pakaian, peti keselamatan peribadi, TV, peti sejuk dan ruang tamu.

Tetamu boleh menikmati urutan spa serta jalankan aktiviti seperti mendaki, menyelam dan snorkeling. Restoran di hotel ini juga turut menyajikan hidangan tempatan dan Eropah yang sangat enak.

Kalau nak ke Taman Laut, anda hanya perlu menaiki bot selama 15 minit. Sementara itu, untuk yang fisrt time nak ke Pulau Redang, pemindahan bot dari Jeti Shahbandar ke Laguna Redang Resort ada disediakan dengan bayaran tambahan.

Boleh juga klik pautan ini bagi dapatkan tips menarik bercuti di Pulau Perhentian.

#3 Langkawi

Langkawi terkenal sebagai pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini mula menggamit kehadiran ramai pelancong dari dalam negara. Muncul sebagai pusat peranginan paling popular di Malaysia semenjak PKPB berkuatkuasa Langkawi sememangnya destinasi kegemaran ramai disebabkan zon bebas cukainya. Syurga beli belah untuk peminat tegar coklat, perfume, pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya.

Untuk yang merancang nak bawa family bercuti ke sini anda boleh semak senarai hotel-hotel 5 bintang di Langkawi yang team Fulus sediakan. Jom! Check it out.

Ombak Villa

Terletak di Kampung Padang Matsirat, Ombak Villa merupakan tempat percutian paling ideal anda. Menggabungkan senibina moden dan tradisional melayu, lokasinya hanya 5 minit pemanduan dari Langkawi International Airport dan Mahsuri International Exhibition Centre. Turut menyediakan half-sized Olympic pool berdekatan laut, ia akan jadi check list paling atas untuk mereka yang datang bekeluarga bersama anak-anak.

Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Resort terletak di pinggir hutan hujan tropika, muncul sebagai chalet berkonsepkan gaya Melayu dengan balkoni peribadi dan perabot ala-ala contemporary style gitu. Tempat penginapan di tepi laut ini mempunyai 4 restoran, 3 bar dan kolam renang yang sangat luas. WiFi percuma boleh diakses di seluruh resort.

Dilengkapi dengan hiasan kayu, unit-unit tertentu chalet yang luas ini terletak dalam hutan hujan tropika sementara yang lain pula terletak atas air. Dekat hotel ni pula ada Pahn-Thai Restaurant yang menawarkan santapan mewah dari pakar masakan Thai. Sementara itu, untuk yang kurang gemar dengan hidangan Thai anda boleh mencuba hidangan asia di Oriental Pearl. Spa, gym dan ruang main untuk anak-anak pun ada. Anda juga boleh buat island hoping, aktiviti sukan air dan kapal layar.

Resort ini terletak hanya 850 m dari Langkawi Cable Car dan 1.9 km dari Seven Wells Waterfall dan 20 minit pemanduan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

#4 Pulau Pinang

ParkRoyal Penang Resort

Terletak di Batu Feringghi, Park Royal menawarkan 4 dining options dan outdoor pool. Terletak 350m dari Feringghi Night Walk Bazaar, 1.6 km dari Batu Feringghi Waterfall, 2.6km dari Tropical Spice Garden, 17km dari Bandar Georgetown dan 30km dari Penang International Airport.

Memang sesuai sangat nak bercuti di sini khususnya yang bekeluarga sebab dekat sini turut disediakan Koko-Nut Kid’s Club dan Amazonia Water Theme Park. Sambil melayan anak mandi manda, bapak-bapak boleh lah ke Zab Lab Gym Center dan mak-mak pulak bolehlah dapatkan rawatan spa &treatment di St. Gregory Spa. Fair enough to all. Dari segi bilik pulak anda boleh pilih sama ada nak menghadap laut atau bukit.

Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut

https://www.booking.com/hotel/my/parkroyalpenang.en-gb.html?aid=304142;label=gen173nr-1DCAEoggI46AdIM1gEaKEBiAEBmAEJuAEHyAEN2AED6AEBiAIBqAIDuAKQ-K74BcACAdICJGJkMTE2M2NkLTZmMzUtNDY2Yi1iN2YxLTI5OTgxOGQ1OGQyN9gCBOACAQ;checkin=2020-08-13&checkout=2020-08-14&dest_id=996&dest_type=region&dist=0&group_adults=2&group_children=0&no_rooms=1&sb_price_type=total&type=total&ucfac=171&

DoubleTree By Hilton Penang

DoubleTree Resort by Hilton Hotel Penang menawarkan penginapan yang indah dan selesa di Pulau Pinang. Boleh try makanan-makanan yang best di port-port menarik di Penang atau makan je terus dekat restoran hotel. Rasa mungkin lebih kurang cuma gaya persembahan je up sikit. Private parking pun pihak hotel ada sediakan sekali.

Dekat sini apa je yang tak ada. Playground untuk anak-anak main ada. Pool siap ada gelongsor pun ada! Lepas tu pulak kalau nak ke TeddyVille Museum tiket boleh dibeli dengan potongan harga dari kaunter penerimaan tetamu. Lokasi hotel ni pula hanya 3km dari Tanjung Bungah, 20km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan 10km dari Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

Lone Pine Boutique Hotel By The Beach

Berdekatan dengan Pantai Batu Ferringhi, Lone Pine Boutique Hotel menawarkan penginapan bertaraf 5 bintang di Pulau Pinang. Ada kolam renang, benda wajib yang kena ada dekat setiap hotel, hammock untuk baring-baring sambil baca buku tengok langit, WiFi percuma di semua bilik dan macam-macam lagilah. Parking percuma pun disediakan untuk pelanggan hotel.

Lokasinya pula hanya 290 m dari Adventure Zone Theme Park dan 500 m ke Pasar Malam Batu Feringghi. Air Terjun Batu Ferringhi pun taklah jauh sangat iaitu hanya 2.3 km jalan kaki dah sampai. Kalau nak ke Tropical Spice Garden Penang pula hanya 3.2 km dan 31 km untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Hard Rock Hotel Penang

Untuk dapatkan perkhidmatan penginapan hotel terbaik bertaraf dunia, haa bolehlah stay dekat Hard Rock Hotel. Ia terletak di sepanjang Pantai Batu Ferringhi. Hotel ini berkonsepkan gaya kontemporari dengan keluasan kolam renang mewah seluas 26,000 kaki persegi. Siap pakej dengan gelongsor air, dan cabana lagi. Dekat sini pun ada spa urutan, gym, salun rambut dan playground untuk kanak-kanak.

Setiap bilik hotel dihiasi dengan perabot berjenama dan elegan. Hard Rock Hotel Penang ni dekat je dengan pasar malam tempatan. Hanya 5 minit jalan kaki. 30 minit pemanduan dari Tapak Warisan Dunia UNESCO Georgetown dan 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

#5 Cameron Highland

Pusat peranginan tanah tinggi ini seringkali menggamit tumpuan pelancong dengan keindahan ladang teh, kebun-kebun strawberi dan sayur-sayuran juga sebagainya. Cameron Highland menjadi destinasi percutian TF dan keluarga saban tahun. Bagi mereka yang belum pernah sampai ke Cameron Highland anda boleh klik link di bawah ini untuk Usha-usha lokasi-lokasi yang best dekat sana dan bolehlah try penginapan yang The Fulus share dalam entri tersebut..

#6 Kuala Lumpur

DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

Gila weyh kalau tak nak stay sini. Hotel 5 bintang kot. Tapi kalau anda tengok promosi hotel ini sekarang memang boleh nangis lah. Lokasinya pula 5 minit jalan kaki dari Stesen LRT Ampang Park, 15 minit dari Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas, 2.9km dari Aquaria KLCC dan 67.7km dari KLIA. DoubleTree by Hilton juga turut menyediakan gym, rooftop swimming pool dan free wifi untuk pengunjung.

Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut

https://www.booking.com/hotel/my/greystone-boutique-hotel-kuala-lumpur.en-gb.html?label=gen173nr-1DCAEoggI46AdIM1gEaKEBiAEBmAEJuAEHyAEN2AED6AEBiAIBqAIDuAKQ-K74BcACAdICJGJkMTE2M2NkLTZmMzUtNDY2Yi1iN2YxLTI5OTgxOGQ1OGQyN9gCBOACAQ;all_sr_blocks=63346205_183591869_0_2_0;checkin=2020-08-13;checkout=2020-08-14;dest_id=-2403010;dest_type=city;dist=0;group_adults=2;group_children=0;hapos=5;highlighted_blocks=63346205_183591869_0_2_0;hpos=5;no_rooms=1;room1=A%2CA;sb_price_type=total;sr_order=popularity;sr_pri_blocks=63346205_183591869_0_2_0__6400;srepoch=1594608237;srpvid=b39a13362ffe0070;type=total;ucfs=1&#hotelTmpl

Royale Chulan

Royale Chulan menawarkan hospitaliti bertaraf 5 bintang selain memiliki large outdoor pool with sun lougers. Pihak hotel juga turut menyediakan free wifi, free parking dan gym untuk tetamu hotel. Royale Chulan terletak kurang 1km dari Pavillion Shopping Centre, Bukit Bintang dan KLCC. Kalau anda dari airport pulak cuma drive 45 minit dah sampai. Julai ini hotel telah membuat promosi bilik sehingga 50% diskaun. So apa tunggu lagi. Jom booking sekarang!

Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut

https://www.booking.com/hotel/my/the-royale-chulan-kuala-lumpur.en-gb.html?label=gen173nr-1DCAEoggI46AdIM1gEaKEBiAEBmAEJuAEHyAEN2AED6AEBiAIBqAIDuAKQ-K74BcACAdICJGJkMTE2M2NkLTZmMzUtNDY2Yi1iN2YxLTI5OTgxOGQ1OGQyN9gCBOACAQ;all_sr_blocks=23515907_266346833_0_2_0;checkin=2020-08-13;checkout=2020-08-14;dest_id=-2403010;dest_type=city;dist=0;group_adults=2;group_children=0;hapos=1;highlighted_blocks=23515907_266346833_0_2_0;hpos=1;no_rooms=1;room1=A%2CA;sb_price_type=total;sr_order=popularity;sr_pri_blocks=23515907_266346833_0_2_0__15300;srepoch=1594607309;srpvid=2f7c116684f4018e;type=total;ucfs=1&#hotelTmpl

Greystone Boutique Hotel

Tinggal 2 bintang lagi nak cecah 5 bintang, Greystone Boutique Hotel nampak gayanya banyak menerima komen positif di mana-mana laman sesawang hotel untuk ditempah. Ramai pengunjung melabelkan hotel ini setaraf 5 bintang disebabkan konsep setiap bilik yang sangat menarik perhatian. Terdapat pelbagai tema untuk setiap bilik seperti James Bond, Marilyn Monroe, Atlantis, Space Odyssey, Fairy Tale, dan Arabian Night. Selain itu, hotel ini juga terletak hanya 10 minit jalan kaki dari Berjaya Times Square. Tak nak ulas lanjut tengok jelah sendiri dekat bawah ni.

Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut

https://www.booking.com/hotel/my/doubletree-by-hilton-kuala-lumpur.en-gb.html?label=gen173nr-1DCAEoggI46AdIM1gEaKEBiAEBmAEJuAEHyAEN2AED6AEBiAIBqAIDuAKQ-K74BcACAdICJGJkMTE2M2NkLTZmMzUtNDY2Yi1iN2YxLTI5OTgxOGQ1OGQyN9gCBOACAQ;all_sr_blocks=24850004_244926323_2_42_0;checkin=2020-08-13;checkout=2020-08-14;dest_id=-2403010;dest_type=city;dist=0;group_adults=2;group_children=0;hapos=11;highlighted_blocks=24850004_244926323_2_42_0;hpos=11;no_rooms=1;room1=A%2CA;sb_price_type=total;sr_order=popularity;sr_pri_blocks=24850004_244926323_2_42_0__15400;srepoch=1594608237;srpvid=b39a13362ffe0070;type=total;ucfs=1&#hotelTmpl

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Malaysia Bakal Lancar Wayang Drive-In Pertama

Previous article

Protected: Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Jom Travel