Startup

Drama Korea ‘Startup’ Tiru Aplikasi BIMO Dari Malaysia?

0

Bohong la kalau korang kata tak tengok drama Korea Startup yang tengah trending dekat Netflix sekarang ni. Untuk yang tak ada Netflix meh TF story sikit pasal cerita yang sangat inspired dalam kalangan usahawan-usahawan startup dekat Malaysia ni. Aaaaaa….cerita dia cenggini. Citer dia konon-konon berkisar dekat Silicon Valley, Korea Selatan yang dorang panggil sebagai Sandbox. Sandbox ni merupakan hub untuk company-company Startup dekat Korea Selatan nu. Contohnya kalau macam dekat Terengganu ada satu tempat khas menempatkan usahawan-usahawan Startup iaitu TD1303. So Sandbox dengan TD ni nak kata lebih kuranglah.

Berbalik kepada drama tersebut, Seo Dal Mi ni dia bercita-cita nak jadi Steve Jobs Korea.  Dia sangat adventure, tak kaya mana tapi mempunyai perancangan besar untuk masa depannya. Macam-macam part time job dia buat dan dari situ macam-macam pengalaman yang dia timba. Selain itu Seo Dal Mi juga seorang yang sangat energetic. Nam Do San pulak merupakan pengasas Samsan Tech pernah menjadi kebanggaan keluarganya sebagai seorang yang genius matematik. Tapi sejak dua tahun kebelakangan ni, pelaburan syarikatnya tak begitu menguntungkan. Lepas tu nak jadi cerita Nam Do San ni teringat yang Seo Dal Mi ni dululah first love dia yang paling cool sekali. So dia pun decide untuk mulakan startup dengan harapan impian Seo Dal Mi jadi kenyataan.

Dalam citer tu produk startup yang team dorang bangunkan disebut sebagai Noongil. Sebuah aplikasi untuk OKU buta. Yesssss!!!! Yang bestnya dekat Malaysia ni ada aplikasi seumpama gitu. Mungkin ramai yang tak tahu. Tapi Fulus tahuuu. Eceh! Daripada produk sampailah ke perjalanan cerita dia lebih kurang sebijik dengan cerita Startup Korea nu. Bab cintan cintun tu tak de lah tapi dari segi apps, pertandingan semua tu aiiiiii lebih kurang sama dengan jelah! BIMO sebuah aplikasi belajar bahasa isyarat khas untuk OKU pekak bisu. Malah, kita yang normal ni kalau nak belajar pun boleh. Ate…nanti idokler rasa ganjal bila OKU pekak bisu cuba make conversation dengan korang.

Aplikasi BIMO terhasil menerusi cetusan idea Dr. Ruzimi Mohamed iaitu seorang OKU tak ada kaki dan hanya memiliki satu tangan sahaja, mempunyai kelulusan PhD dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Beliau membangunkan aplikasi BIMO melalui syarikat startup beliau iaitu IMI Creative. IMI Creative menyediakan perkhidmatan pembangunan sistem serta aplikasi mobile berasaskan teknologi Augmented Reality, kandungan pembelajaran dan alat bantu mengajar untuk pendidikan khas.

Beliau kemudian join pertandingan yang dikendalikan oleh pihak TERAJU iaitu SUPERB untuk pemerolehan geran sebanyak RM500 ribu bagi membantu beliau membangunkan aplikasi berkenaan. Banyak benda yang beliau kena hadap macam pitching 3 minit pasal produk tu, 4 stage presentation, bootcamp, dengan judges pulak terdiri daripada CEO-CEO syarikat-syarikat korporat terbesar dekat Malaysia. Jammed oi!

Dr. Ruzimi dengan team akhirnya berjaya memenangi geran daripada SUPERB sebanyak RM 500,000! Ate idok ker engkorang rasa lebih kurang sama dengan cerita Startup Korea yang korang tergilakan tu (Bisik tepi ->TF pun layan cerita tu okay. Banyak idea ko boleh sedut) Macam mana pun dalam hal ni tak de siapa tiru siapa. Idea untuk menghasilkan drama ini pun mungkin datang secara spontan. Yang pasti….

Think big, dream big, believe big and the results will be big!

Sila baca artikel kami yang lain tentang inspirasi usahawan

4 Company Startup Yang Hanya Bermula Dari Garaj

Previous article

Ini Cara Bagaimana Mereka Yang Terkesan Dengan Pandemik ‘Survive’

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Startup