Bisnes

Hari Buruh 1 Mei Bukan Tanda Penghargaan Daripada Majikan

0

Kenapa hari buruh 1 Mei bukan tanda penghargaan daripada majikan? Sebab mengikut sejarah, 1 Mei ni sebenarnya hari untuk memperingati peristiwa berdarah Haymarket yang berlaku di Chicago, US pada 4 Mei 1886.

Hari Buruh 1 Mei Bukan Tanda Penghargaan Pada Majikan

Hari Buruh 1 Mei – Ceritanya Bermula Di Sini

Pada abad ke-19 di US, ekonomi kembang dengan pesat akibat Revolusi Industri Kedua 1870-1910. Pekerja (buruh) di kilang bekerja non stop termasuklah wanita & budak kecil. Waktu tu tak ada konsep pendidikan wajib, anak2 kecil keluarga miskin pun kena bekerja untuk tambah mata pencarian.

Buruh-buruh tak boleh nak complaint sebab kapitalis (pemilik kilang) besar seperti Rockefeller, Vanderbilt, Carnegie & JP Morgan bukan saja menguasai ekonomi malah menguasai politik.

Kesedaran hak buruh bermula di Eropah di pertengahan abad ke-19. Tokoh2 seperti Karl Marx (bapa komunisme & sosialisme) menyedarkan buruh bahawa mereka adalah pencipta kekayaan yang sebenar, “hasut” buruh untuk bangkit menggulingkan kapitalis.

Marx juga antara yang mempelopori idea waktu kerja yang terhad, dan ideanya mempengaruhi International Workingmen’s Association (IWA) pada tahun 1866 untuk perjuangkan waktu kerja 8 jam. 1/3 hari untuk bekerja, 1/3 hari untuk tidur, 1/3 hari untuk “me time”.

Bermulanya Mogok

Bila idea tu sampai ke US, buruh pun mula lawan kapitalis, mogok tuntut 8 jam waktu rehat & kenaikan upah. Kapitalis selalunya akan guna kekerasan, samada pakai private guard atau panggil polis untuk suraikan mogok.

Peristiwa Haymarket terjadi apabila buruh kilang McCormick Harvesting Machine berpiket di Medan Haymarket untuk membantah tindakan polis menembak mati seorang buruh pada hari sebelum yang tuntut rehat 8 jam. 3000 buruh turun mogok.

Tapi tiba2 bom meletup menyebabkan kekecohan, polis menembak ke arah buruh, menyebabkan seorang terbunuh. 4 ketua buruh dituduh sebagai dalang kejadian bom dan dihukum gantung. Pada tahun 1893, baru kerajaan tempat mengaku bahawa polis menerima rasuah untuk mencipta kekecohan supaya dapat suraikan mogok.

Bermulanya Hari Pekerja 1 Mei

2 tahun selepas Haymarket, American Federation of Labor menetapkan 1 Mei sebagai tarikh peringatan tragedi. Buruh bekerja 8 jam saja sebagai tanda protes. Tahun seterusnya (1889), Second International (gabungan sosialis sedunia) juga menetapkan 1 Mei sebagai International Workers Day.

Sebab itu Hari Buruh ada citra sosialis yang kuat. Di Malaysia zaman Tunku (1957-1970), Hari Buruh tidak digalakkan sebab kerajaan takut Hari Buruh akan galakkan fahaman komunisme. Keratan Berita Harian 1960/02/25. “Sudah banyak sangat hari kelepasan”. Amboi.

Hanya bermula tahun 1972, baru Hari Buruh diwartakan sebagai cuti umum sebab Tun Razak (1970-1976) lebih terbuka kepada gerakan buruh. Keratan Berita Harian 1972/05/21.

Tun Razak terpengaruh dengan fahaman sosialisme mazhab Fabian (sosialisme non-violent) semasa belajar di London. Siap join Labour Party. Sebab itu Tun Razak sangat peka dengan keadilan ekonomi & hak buruh, dan ada banyak simbolisme sosialis dalam dasarnya – “RED book”, “NEP”.

Hari ini Hari Buruh dah transform jadi “Hari Pekerja”, golongan kolar putih yang selesa duduk ofis pun boleh bercuti sekali. Di luar negara sosialis & komunis masih mengadakan piket besar-besaran.

Kita mungkin bukan seorang leftist atau sosialis, tapi tak dapat dinafikan ideologi kiri telah banyak menyumbang kepada kebajikan & kesejahteraan pekerja. Orang yang bijak tak akan terikat dengan kiri, kanan, tengah tapi memilih apa yang terbaik.

US dah ada perayaan Labour Day pada September sebelum Peristiwa Haymarket, dan US tak galakkan sambutan 1 Mei sebab takut konotasi sosialisme. Sosialisme di US adalah tabu dan di zaman Perang Dingin Soviet Union (negara komunis) adalah musuh utama US.

Sumber: Ayman Rashdan Wong

Baca juga post lain kami tentang bisnes

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Zoom 5.0 Kemaskini Sistem Keselamatan Lebih Selamat

Previous article

Medical Card Online Ubah Cara Mohon Takaful, Tak Perlu Jumpa Ejen Dah

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Bisnes