fbpx
Harta Pusaka

Bahagi harta Pusaka Ikut Pesanan Arwah Atau Hukum Faraidh, Mana Lebih Baik?

0

Biasa kita lihat pada hari ni, waris-waris bergaduh bagai nak rak bila nak bahagi harta pusaka. Ada yang nak bahagi sama rata supaya lebih adil, ada yang nak bahagi ikut pesanan arwah dan ada yang nak ikut hukum faraidh. Mesti ada yang dicop ‘tamak’ tak kira apa pilihan yang dibuat, persoalannya, pilihan mana yang lebih ‘afdhal’ untuk bahagi harta pusaka ini?

Hasil kajian menunjukkan 90% daripada penyelesaian harta pusaka berakhir dengan pergaduhan. Jadi sebenarnya siapa yang salah? Bahagi sama rata itu salah? Atau bahagi ikut pesanan arwah itu salah? Atau ikut faraidh itu salah? Atau manusia itu sendiri yang salah?

iklan

Jika sebelum meninggal, arwah ada membuat ‘pesanan’

“Anak-anak abah, kalau abah meninggal nanti tanah tu untuk anak perempuan, duit-duit abah untuk anak lelaki”

Si abah pun meninggal. Meninggalkan 3 orang Anak Perempuan (Jamilah, latipah, Maisarah) dan 2 anak lelaki (Sudin & Budin). Bila tiba saat pembahagian harta, Jamilah pun beritahu pada adik beradik yang lain tentang pesanan arwah tentang pembahagian harta yang disampaikan arwah sebelum meninggal. 

Kata Sudin,

“Tanah tu dulu aku banyak usahakan dengan abah, kalau boleh aku nak jugak sikit bahagian tanah pun jadilah, buat lepas rindu”

Sudin

Tak boleh Sudin, itu pesan arwah ayah, kau nak jadi anak derhaka ke tak nak dengar pesan ayah? Duit kau dah dapat, tanah pun kau nak jugak? Tamak kau ni!

Jamilah

Tak kak, aku cuma nak simpan kenangan, aku bukan tamak harta. Macamnilah, Apa kata kita bahagi je sama rata? Setiap sorang dapat sama banyak bahagian tanah dan duit?

Sudin

Tak boleh! Ini pesanan arwah abah, tak boleh ke kita hormat pesanan arwah?

latipah

“Kalau payah sangat, kita bahagikan ikut faraidh lah”

Budin

Jadi dalam situasi di atas, mana satu pilihan yang sewajarnya dibuat? Ikut pesanan arwah, bahagi sama rata atau ikut hukum faraidh?

Pertama sekali kita kena faham pesanan arwah itu jatuh dalam kategori hibah atau wasiat?

Pesanan Arwah itu sendiri “Bila abah meninggal nanti bahagilah harta” jatuh pada kategori WASIAT. Sebab arwah guna ayat “bila abah meninggal” . Bukan ketika abah masih hidup. Berbeza dengan hibah, iaitu menghadiahkan harta ketika masih hidup.

  1. ADAKAH SALAH JIKA TAK IKUT WASIAT ARWAH?

Arwah telah bagi wasiat kepada anak-anak untuk membahagikan hartanya. Isu dia disini adalah perlu kita fahami bahawa Wasiat kepada waris adalah TIDAK SAH. Ini adalah kerana waris sudah mempunyai hak dalam hukum faraidh.

Jadi kepada siapa wasiat boleh diberikan? Wasiat boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang bukan waris faraidh. contohnya seperti sepupu, cucu anak perempuan dan sebagainya.

Hukum ini berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w:

Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak, akan hak masing-masing, Maka tiada wasiat lagi untuk mana-mana waris.

Riwayat At-Tirmizi (2141) Abu Daud (2870)

Diriwayatkan oleh Duraqutni (94/152) daripada Ibnu Abbas r.huma. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tidak harus berwasiat untuk mana-mana waris kecuali jika dikehendaki (diizinkan) oleh waris-waris yang lain

Jadi tidaklah salah jika kit tidak mengikut wasiat arwah kerana wasiat ini sendiri tidak sah, namun sekiranya semua waris-waris bersetuju untuk mengikut wasiat arwah, maka tiada masalah untuk membahagikan harga arwah mengikut wasiatnya.

(Ada sebilangan kecil negeri di Malaysia ini yang berbeza pendapat tentang perkara ini, boleh rujuk pejabat agama negeri masing-masing)

2. Adakah lebih adil jika bahagi sama rata?

Adil ini sangat subjektif. Mungkin adil bagi sesetengah orang tapi tidak adil kepada yang lain. Sebagai contoh, Hukum yang ditetapkan Allah dalam faraidh anak lelaki mendapat 2 bahagian, setelah buat pembahagian sama rata, 2 bahagian ini terpaksa dikurangkan dan diberikan kepada anak perempuan yang mendapat 1 bahagian, mungkin adil kepada anak perempuan kerana mendapat lebih tetapi tidak adil kepada anak lelaki kerana mendapat kurang dari sepatutnya.

tetapi jika ada tolak ansur diantara adik beradik dan kata sepakat telah tercapai maka tiada masalah untuk membahagikan harta ini secara sama-rata.

3. Faraidh Jalan Penyelesaian Terbaik?

Tiada jalan yang lebih baik daripada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.. Hukum Allah atau pesanan arwah perlu diutamakan? Para ulama bersependapat bahawa Faraidh mestilah diutamakan dalam pembahagian harta pusaka. Ini jelas termaktub dalam Surah An-Nisa ayat 7,13-14)

Pun begitu apa yang lebih diberi keutamaan adalah tiada persengketaan, perbalahan dalam pembahagian harta ini.

JADI APA JALAN YANG TERBAIK URUS HARTA PUSAKA?

  1. Bahagikan terlebih dahulu harta mengikut hukum faraidh
  2. Pastikan semua waris mengetahui terlebih dahulu jumlah harta yang bakal diterimanya
  3. Untuk yang ingin menerima secara faraidh, boleh mengambil hak faraidh mengikut haknya
  4. Bagi yang berhasrat untuk membuat pembahagian mengikut hasrat arwah atau pembahagian secara sama rata, boleh membuatnya dengan mengurangkan hak bagi yang mendapat lebih, dan membahagikan harta mengikut persetujuan.

Petikan ini diambil dari laman rasmi Mufti Wilayah Dr Zulkifli Al Bakri:

sumber: Website mufti Wilayah

jadi bukankah ilmu faraidh itu sangat cantik? Faraidh bukan pecahan pembahagian semata-mata tapi faraidh adalah ilmu penyatuan dan boleh mengelakkan kita semua bersengketa demi harta yang sedikit ini.

Rujukan:

  1. Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 5
  2. Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat – Ustaz Ghazali Ibrahim
  3. Panduan Ringkas Ilmu faraidh dan Pengurusan Harta Pusaka – Ustaz Mohd Khusairi Saleh
  4. muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3859-al-kafi-1463-bolehkah-harta-peninggalan-dibahagi-secara-sama-rata-tanpa-ikut-faraid

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

iklan petak tepi

Previous article

medical card unlimited

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up