Life

Hati-hati Dengan Skim Wahed Investment Palsu Ini

0

Hari ini anda perlu hati-hati dengan skim Wahed Investment palsu yang menggunakan nama seperti Wahed Investment serta modus operandinya tidak ubah seperti skim pelaburan MLM. Seorang penganalisa pelaburan di dalam twitternya mendedahkan taktik licik penciduk ini.

Apa Dia Wahed Investment Yang Sebenar?

Wahed Investment yang sebenar adalah penasihat robo untuk pelaburan kepada sesiapa sahaja hanya melalui aplikasi yang boleh didapati di dalam Apps Store mahupun Google Playstore dan Wahed Investment ini sememangnya sah disisi undang-undang Malaysia.

Anda tidak perlu melantik pihak ketiga untuk mengurus pelaburan anda di Wahed Investment kerana Wahed Investment sendiri ada robot yang akan membantu anda menguruskan pelaburan anda.

Hati-hati Mereka Turut Menggunakan Nama Wahed

Mereka ini menciduk Wahed Investment yang sah dengan menggunakan identiti menyerupai seolah-olah mereka adalah dari Wahed Investment itu sendiri, mereka turut menggunakan nama Wahed di dalam pendaftaran syarikat mereka. Cuma dibelakangnya bukan Wahed Investment’ tetapi mereka menggunakan nama ‘ Wahed Technologies Broker’. Nama hampir sama tetapi entiti mereka langsung tidak sama.

Hati-hati Dengan Scam Wahed Investment Palsu Ini

Didakwa Sebagai Syariah

Jika Wahed Investment adalah pelaburan patuh syariah begitu juga dengan syarikat meragukan ini. Mereka mendakwa semua aktiviti mereka adalah patuh syariah tanpa mereka sendiri sedar bagaimana sesuatu urusniaga boleh diiktiraf shariah. Mereka cakap pelaburan mereka patuh syariah tapi modal pelabur dijamin pula, akad apa yang mereka gunakan?

Ini Pakej-Pakej Yang Ditawarkan

Memang kelabu mata tengok pelaburan yang mereka tawarkan. Paling hebat labur RM5000 dalam masa 3 hari terus dapat RM111,888! Diulangi 3 hari.

Kalau anda melabur di dalam pelaburan paling berisiko dan paling untung sekali pun seperti melabur di dalam Bursa Malaysia mahupun luar negara payah sangat-sangat untuk anda kembangkan RM5000 kepada RM111,888 dalam masa 3 hari.

Jadi bagaimana mereka berani menawarkan keuntungan ketum sebegini rupa? Besar kemungkinan mereka hanyalah pusing modal daripada peserta-peserta yang terpengaruh untuk menyertai skim pelaburan ini.

Kereta Mewah Sebagai Umpan

Seperti amalan kebiasaan bani MLM harta dan kereta mewah tidak dapat dipisahkan. Mereka target pelanggan untuk berjaya beli kereta mewah dengan melabur melalui mereka dan sudah semestinya kena ambi pakej paling mahal

Lagi satu kata-kata wajib sumpahan mereka adalah sama seperti sumpahan MLM lain iaitu hanya mereka yang ingin berjaya sahaja yang akan ambil pelaung ini.

Invest Tapi Transfer ke Akaun Personal

Bila nak invest mereka suruh transfer ke akaun personal dan bukan akaun syarikat. Bagaimana pelaburan jumlah yang besar ini hanya dipindahkan melaui akaun bank personal dan dimanakah keselamatan duit pelabur jika disalahguna oleh pemilik akaun peribadi tersebut.

Ini Reaksi Wahed Investment Tentang Scammer Ini

Dalam Twitter Tuan Nizam, Wahid Investment official telah memberi repond tentang pelaburan ini dan ini reakasi mereka

Perlu Ke Melabur Dalam Skim ini?

Jika anda ingin melabur dalam skim seperti ini laburlah menggunakan penasihat robo rasmi Wahed Investment yang rasmi, download saja di Apple Store atau Google Play Store. Wahed Investment adalah pelaburan yang sah dan sememangnya bagus.

Nasihat kami elakkanlah melabur di dalam pelabur meragukan yang menggunakan nama hampir sama dengan Wahed Investment ini. Jika difikirkan balik, jika kita melabur dalam Wahed Investment, pelaburan kita sendiri pun sudah pun diuruskan oleh pelabur-pelabur profesional.

Pelaburan yang meniru nama Wahed Investment ini pula kata mereka ada pengurus kewangan profesional mereka sendiri yang akan urus pelaburan di dalam Wahed Investment. Jadi ini bermakna ada 2 lapisan pelabur profesional dalam satu perkara yang sama.

Sumber: Twitter Nizamiks

Baca juga artikel kami yang lain

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Medical Card Online Ubah Cara Mohon Takaful, Tak Perlu Jumpa Ejen Dah

Previous article

Ini Peluang Untuk Anda Jadi Pemilik Starbucks

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Life