Harta Pusaka

Hibah Takaful Antara Alternatif Bantu Elak Perebutan Harta Pusaka

0

Hibah takaful antara alternatif lain yang boleh membantu elak perbalahan perebutan harta pusaka. Yang dimaksudkan dengan hibah takaful adalah pemberian kasih sayang kepada sesiapa je contohnya anak bagi pada mak, mak bagi pada anak, suami bagi pada isteri, atau isteri bagi pada suami macam tu. Eh, tapi Ustad Fulus kalau suami nak bagi pada girlfriend boleh ke?Hmmmm…boleh, kalau dia berani. Astaghfirullahalazim..jangan masuk campur hal rumahtangga orang weyh!

Okay sambung balik. Selepas wujudnya Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, pada ketika itulah hibah takaful mula diperkenalkan dalam industri takaful. Pemberian hibah takaful ini tadi akan diterima oleh penerima hibah berkuatkuasa selepas pemilik polisi mati. Contohnya, suami buat hibah takaful untuk bini, 5 bulan kemudian suami mati. Lepas suami mati barulah bini ni tadi boleh merasa duit pampasan hibah takaful tersebut. Selagi tak mati selagi tu tak dapat.

Sama Ke Hibah Takaful Dengan Hibah Harta?

Hibah = Hibah Takaful???

Tak sama!

Hibah takaful —> Duit pampasan diterima oleh penerima hibah selepas pemilik polisi mati. Hibah takaful adalah dalam kategori hibah bersyarat

Hibah —> Hibah harta diserahkan terus semasa masih hidup. Contohnya mak angkat hibahkan rumah pada anak angkat. Pergi pejabat tanah tukar nama terus dalam geran. Setel! Tapi adalah fee tertentu yang nak kena bayar.

Jelas?? Seterusnya jom kita berdiskusi pulak pasal penting tak buat hibah takaful ni? Bagi TF, tepuk dada tanya selera. Kalau korang rasa selera shopping korang mengalahkan Rosmah, atau selera makan korang mengalahkan lembu, rasanya better sediakan pelan hibah takaful.

Eh kenapa pulak? Ni senario yang biasa terjadi. Shopping pakai credit card. 10 minit kemudian berterbangan paper bag, mati kena gilis dengan monorail sebab sibuk buat live tengah-tengah landasan

“Hi u ollsss I shopping beg Gussi ni tadi dekat Pavi tau. Harga dia RM15,000..”

Hutang kad kredit ko siapa nak bayar Jemah! Laki ko kerja drebar lori je. Ni contoh ye. Maka pentingnya penyediaan hibah takaful sebagai salah satu pelan perancangan kewangan anda!

Antara Sebab Lain Pentingnya Penyediaan Hibah Takaful

1. Proses Tuntutan Cepat

Kebiasaannya proses tuntutan harta makan masa berbulan-bulan. Kalau kes-kes yang teruk tu makan bertahunlah baru setel. Berbeza dengan hibah takaful yang mana proses tuntutan berlaku sangat cepat, lebih kurang sebulan gitu je.

2. Penerima Mutlak

Berdasarkan IFSA 2013, Perenggan 13(2) Jadual 10, dinyatakan disitu hibah takaful tak boleh dicabar oleh mana-mana undang-undang bertulis lain. Maknanya, kalau anak hibahkan duit pampasan takaful sebanyak RM500,000 kepada mak dia, so bini dia tak boleh gatal-gatal sibuk nak tuntut jugak duit tu.

3. Cover Hutang

Let say suami buat hibah takaful untuk bini dengan pampasan bernilai RM350,000. Tup-tup sebulan kemudian suami jadi arwah. Tapi suami masih berhutang dengan PTPTN. Macam mana ni??? Aku surirumah je, mana ada duit nak bayar. PTPTN aku pun suami aku yang tolong bayarkan selama ni. Haaa….jangan risau. Inilah kelebihan hibah takaful.

Bila penerima hibah dapat duit pampasan takaful, wang tersebut boleh digunakan untuk bantu langsai hutang arwah suami. Dan kalau bini pun masih memiliki hutang berbaki dengan PTPTN, bolehlah guna duit pampasan takaful ni tadi untuk cover hutang dengan PTPTN. Dah kata dapat banyak bayar lump sum teruskan senang. Ni TF bagi contoh situasi je.

Namun, penerima hibah takaful sebenarnya tak wajib pun nak setel hutang arwah ni tadi guna duit pampasan takaful yang dia dapat tu. Sebabnya duit pampasan yang diterima adalah milik mutlak beliau. Tapi ramai diluar sana yang sayangkan pasangan masing-masing sehingga sanggup bantu arwah setelkan hutang. Alah…apalah sangat dapat RM350,000 (pampasan takaful) – RM 27,000 (hutang PTPTN). Masih ada balance lagi RM323,000. Asalkan jiwa ayang I tak tergantung disebabkan hutangnya.

Ataupun nak selamat mati tak tinggalkan hutang, yelah…expect dengan buat hibah takaful, bila mati nanti penerima hibah contohnya bini dia akan tolong uruskan pembayaran hutang. Ehhhh!!! Alih-alih dia pergi ber’joli’ sakan pulak guna duit tu. Yelahhh…dia kan penerima mutlak.

Jangan bimbang! Ada kaedah lain yang boleh dipraktikkan. Macam ni, katakanlah pelan hibah takaful yang korang ambil tu duit pampasan selepas kematian yang akan diterima adalah sebanyak RM350,000. So divide lah. Contoh allocate RM150,000 bagi pada syarikat trustee macam as solihin ke wasiah shoppe ke untuk urus duit pampasan takaful tadi bagi urusan penyelesaian hutang korang.

Syarikat ni tadi bertindak sebagai wasi. Melalui syarikat trustee ini, segala hutang piutang kita akan mereka selesaikan menggunakan duit pampasan takaful RM150,000 tu. Balance RM200,000 lagi bini kita punya. Haa… so tak adalah bini korang pening nak guna duit pampasan takaful yang ditinggalkan tadi semata nak bantu setel hutang korang. Jelas? Selain dari berjoli bolehlah bini korang guna duit tersebut untuk meneruskan kelangsungan hidup dia dan anak-anak. Takpun invest ke kalau bini pandai main bursa.

4. Ganti Pendapatan

Dulu laki bini kerja. Masing-masing buat hibah takaful. Suami buat untuk bini, bini buat untuk suami. Tapi umur bini tak panjang, bini meninggal dulu. Kalau dulu ada dua sumber pendapatan, sekarang tinggal satu je. Anak ada 5 orang yang masih bersekolah. Kena ingat lepas je seseorang meninggal, segala akaun arwah dibekukan untuk melalui proses pembahagian faraidh. Tempoh nak setel makan masa yang agak lama.

So, dengan adanya hibah takaful yang bini dia buat dulu, si suami ni tadi bolehlah teruskan kelangsungan hidup dengan anak-anak, tampung perbelanjaan sekolah dan sebagainya. Tapi jangan pulak dapat duit pampasan guna untuk book pelamin, kahwin lain sampaikan kebajikan anak terabai. Korang jangan macam-macam. Sesilap bangkit arwah bini dari kubur nanti! Haaa

5. Tak Libatkan Kos Guaman

6. Boleh Dihibahkan Kepada Sesiapa Je Yang Kita Nak

7. Akaun Tak Beku

8. Boleh Tukar Penerima Hibah Sekiranya Berlaku Penceraian

Contohnya dulu Ali kahwin dengan Jemah. Ali sayang sangat dekat Jemah sampaikan salah satu bouquet hantaran adalah buku polisi hibah takaful dengan pampasan RM500,000. Terpana Jemah. Lepas 2 tahun berlalu, Ali tengok Jemah addicted main game mobile legend sampaikan makan minum Ali tak terurus. Ali yang kena jaga anak, Ali yang kena masak, Ali yang kena basuh baju. Eh! Semua benda Ali lah yang kena buat!

Ali mula bosan. Hari-hari gaduh dengan Jemah. Jemah rebel sebab Ali kuat membebel. Last-last cerai. Ali kahwin lain dengan Jijah. Jijah lebih hot, lebih rajin, lebih menghormati Ali. Maka Ali pun tukarlah nama penerima hibah takaful RM500,000 ni tadi kepada nama Jijah. And they live happily ever after. Ni lagi satu contoh situasi yang terjadi. Pemberi hibah boleh tukar nama penerima hibah sekiranya berlaku penceraian.

Siapa Yang Perlu Buat Hibah Takaful?

  1. Pasangan yang memiliki anak perempuan sahaja
  2. Pasangan yang memiliki anak istimewa
  3. Pasangan yang memiliki anak angkat
  4. Pasangan yang tidak memiliki zuriat
  5. Pasangan yang memiliki anak lelaki lagi ramai daripada anak perempuan
  6. Anak yang mak ayah dia masih hidup
  7. Mereka yang memiliki perniagaan
  8. Individu yang berkahwin semula
  9. Muallaf yang memeluk islam kemudian dia nak beri pampasan takaful ni tadi pada mak ayah atau keluarga dia yang bukan beragama islam
  10. Jemaah haji dan umrah

Myhibah.com Sediakan Pelan Hibah Takaful Terbaik Dari Prudential

Caranya mudah je, korang hanya perlu klik di myhibah.com dan isi maklumat berkenaan.

Saya tak hisap rokok Ustad Fulus saya hisap vape je, samalah tu dik. Ko klik je ‘ya’ untuk bahagian merokok. Lepas dah isi semua then tekan submit. Kemudian pihak myhibah.com akan sent email macam ni dekat email korang.

Dekat email tu ada link zoom meeting. Boleh klik untuk join dan dapatkan seberapa banyak info yang korang nak tahu berkenaan hibah takaful daripada Takaful Consultant yang akan approach korang nanti.

Atau tak nak join zoom meeting just nak dapatkan quotation je pun boleh. Tak de hal. Nanti Takaful Consultant akan whatsapps korang quotation hibah takaful yang sesuai mengikut bajet yang korang prefer. Free je.

Mahal Tak Bayaran Bulanan?

Benda ni subjektif. Harga berbeza utk setiap individu bergantung pada faktor umur, jantina, korang menghisap ke tak dan kerja apa. Ada je serendah RM100 per month dengan jumlah pampasan RM350,000.

Berminat Nak Buat Pelan Hibah Takaful?

Boleh klik di sini myhibah.com

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang harta pusaka.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Bestnya Bercuti Ke Pulau Redang

Previous article

Pinjam.co Bantu Elak Perniagaan Sewaan Anda Lingkup

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Harta Pusaka