Startup

STRESS BELI ONLINE? BELILAH DI HUNGGA MART

0

Stress bila beli online? Inilah masa untuk anda berubah kepada Hungga Mart! Hungga Mart merupakan salah sebuah platform beli belah alaf baru seperti Shoppee dan Lazada namun ia lebih memfokus kepada lokasi setempat. Mesti jenuh mendengar orang dok bebel beli barang dari ‘platform beli belah online’ tapi barang yang sampai dah tak segar ataupun barang lambat sampai sebab penjual dari tempat yang jauh.

Tambahan pula tengah-tengah musim “Perintah Kawalan Pergerakan” ni, semua orang tak boleh keluar sesuka hati. Pastu reramai dok pakat shopping online je lah. Kesian abang-abang posmen nak hantar barang-barang dekat berjuta-juta rakyat Malaysia sehari. Sampai ada yang tertidur atas motor. Hmmm…Kalau semua order online memang tak menang tangan lar jawabnya. Kebiasaannya 2-3 hari barang sampai dah tapi kali ni lain macam lewatnya. Macam TF order barang secara online bulan ni. 2 minggu kemudian baru dapat barangnya. Merenyah tunggu!

Melihat pada situasi ini, sepasukan usahawan teknologi telah berganding bahu mencipta satu aplikasi beli belah untuk menyelesaikan masalah & rungutan orang ramai terhadap pembelian secara atas talian. Aplikasi ini dinamakan sebagai Hungga Mart.

Apa Itu Hungga Mart?

Hungga Mart merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang berkonsepkan jual beli dalam talian. Perkhidmatan yang disediakan ialah pengguna boleh memilih barangan atau makanan yang terdapat dalam aplikasi Hungga Mart dengan hanya memesan di dalam talian.

Anda nak pesan apa semuanya ada terutamanya barang keperluan harian dan sebab mereka lebih mengutamakan kesegaran. Nak beli beras ke susu tepung ke, don’t worry semua ada dan yang paling best anda tak perlu dah nak tunggu 2 atau 3 hari untuk dapat barang-barang yang anda order dengan Hungga Mart. Why??? Sebabnya hari ni order hari ni jugak dapat barang-barangnya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, barang bukan keperluan harian tak ada ke? Mestilah ada! Apa je yang anda nak contohnya sabun mandi, sabun pencuci, ubat gigi dan sebagainya semua tu ada. Jangan kata barang-barang keperluan harian je bahkan makanan siap pun anda boleh beli dalam aplikasi ni tau! Perghhhhh! Senang la.

Pernah tak anda beli nasi bungkus dalam aplikasi beli belah yang lain sebelum-sebelum ni? Tak pernah kan? Tapi dalam Hungga Mart nak pesan Nasi Bungkus ada, karipap ada, keropok lekor pun ada! Cayalah! Apa yang anda kena buat adalah pilih je dalam aplikasi, zassss sekelip mata terus sampai depan rumah. Dah ibarat macam superman buat delivery lagaknya. Cepat, pantas dan tuntas!

Cepatlah Bagitahu! Macam Mana Nak Beli Di Hungga Mart?

Sabarrrr. Nak bagitahu lah ni. Kami di The Fulus cuba untuk install aplikasi Hungga Mart melalui Google Play Store. Eh! Memang senang lah! Sebab memang tak ada nama aplikasi seumpamanya dengannya. Memandangkan nama Hungga Mart itu sendiri dah unik so ia memang terus terletak di carian pertama di Google Playstore! Explain panjang-panjang pun tak guna. Nah! Kami berikan terus link kepada anda untuk install aplikasi Hungga Mart. Sila klik di sini Hungga Mart.

STRESS BELI ONLINE? BELILAH DI HUNGGA MART

Design Hungga Mart juga sangat user friendly dan mudah untuk digunakan oleh semua golongan baik yang tua mahupun muda. Menerusi aplikasi ini anda boleh melihat kedai-kedai berdekatan dengan anda yang menawarkan barang-barang yang dikehendaki.

Anda bebas untuk memilih barang yang dikehendaki, cuma pilih dan masukkan di dalam bakul. Sesudah membuat pembayaran anda hanya perlu tunggu seketika untuk barang yang ditempah dihantar terus kepada anda. Amat mudah!

Hungga Mart Menjemput Usahawan Bersama-Sama Mengembangkan Perniagaan

Untuk usahawan-usahawan pula inilah peluang untuk anda kembangkan lagi perniagaan anda. Hungga Mart bukan platform beli belah semata-mata tapi mereka juga membuka peluang untuk para usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka secara efisien.

Jika anda ada produk baik makanan, barang basah atau apa jua barangan anda boleh memasarkannya melalui aplikasi ini. Yang paling menarik barangan anda akan dipasarkan terus kepada pembeli-pembeli khusus di tempat anda berniaga. Contohnya jika anda mempunyai kedai keropok lekor di Losong, anda goreng je keropok lekor tersebut, terus akan ada pembeli yang berada di sekitar Kuala Terengganu. Anda tak perlu menghantar makanan kepada mereka dan mereka juga tak perlu pergi ke kedai anda. Wakil dari pihak Hungga Mart akan mengambil keropok lekor dari kedai anda kemudian terus menghantar kepada pembeli.

Hungga Mart memberikan kelebihan kepada pengguna dan juga peniaga. Ini kerana, para peniaga mendapat peluang untuk memperkenalkan perniagaan mereka dengan lebih baik secara dalam talian dan para pengguna pula dapat mengakses dan membeli pelbagai barang atau makanan yang dijual tanpa memerlukan mereka untuk keluar ke rumah. Keadaan ini seterusnya dapat menjimatkan masa. Malah barang-barang atau makanan yang dipesan akan terus dihantar mengikut alamat yang ditetapkan oleh pengguna sendiri.

Konsep yang dibawakan oleh Hungga Mart ialah ‘Sell Everything & Everywhere’   iaitu apa-apa sahaja barangan boleh dibeli. Malah ia juga boleh dibeli di mana-mana sahaja anda berada. Seterusnya, Hungga Mart juga lebih mudah kerana pengguna boleh membeli dan memesan barangan bila-bila masa sahaja dan hanya ‘klik’ di mana sahaja anda berada. Pemesanan barang-barang akan dihantar menggunakan Hungga Express dengan lebih efisien dan cepat dalam masa 45 minit sahaja.

Bagi peniaga, anda boleh mendaftar Hungga Mart secara percuma dan terbuka kepada semua peniaga sama ada peniaga-peniaga besar mahupun peniaga kecil-kecilan. Hungga Mart tidak mengenakan cas tahunan kepada peniaga yang mendaftar di bawah mereka. Para pengguna atau pelanggan akan dapat menikmati barangan yang dijamin kualitinya, no minimum order quantity’ dan juga kecekapan perkhidmatan pelanggan sekiranya mempunyai pertanyaan.

Buat masa ini, Hungga Mart memfokuskan operasi mereka di seluruh Negeri Terengganu terlebih dahulu sebelum melebarkan sayap ke negeri-negeri lain dari masa ke masa.

Untuk Maklumat Lanjut

No Telefon: 011-3744 7589
facebook: Hungga Mart
Instagram: HunggaOfficial
Twitter: HunggaOfficial
Website: https://www.hungga.my/
Alamat: Stezo Lab Sdn Bhd, TD 1303, Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

6 Aplikasi Alternatif kepada Zoom Meeting

Previous article

Waktu Berbuka Puasa Ramadhan 2020

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Startup