Life

Ini 10 Amalan Sunat Yang Anda Boleh Lakukan Ketika Ramadhan

0

Alhamdulillah…sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan penuh kemuliaan, penuh keberkatan, penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Banyak keistimewaannya bulan ramadhan ni. Malah Rasulullah pernah bersabda;

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.”

(HR At-Thabrani)

Nabi Muhammmad juga turut bersabda;

Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.

(HR Khuzaimah)

Keistimewaan Ramadhan ini terlalu banyak. Hanya yang benar-benar menghayatinya sahaja yang dapat rasakan betapa indahnya bulan Ramadhan. Ramadhan menjengah setahun sekali. Justeru, dibulan yang penuh rahmat ini apa kata kita perbanyakkan amal ibadah kita dan percantikkan lagi ia dengan amalan-amalan sunnah seperti yang disarankan oleh nabi junjungan kita, Muhammad .

Di sini TF listkan 10 amalan sunat yang korang boleh lakukan ketika di bulan Ramadhan.

10 Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Di Bulan Ramadhan

#1 Solat Tarawih

Solat tarawih adalah antara solat sunat yang hanya dilakukan ketika bulan Ramadhan. Sama ada dilakukan secara bersendirian di rumah atau secara berjemaah di masjid. Ya Allah! Seronok sangat bila berjemaah di masjid. Pahalanya berlipat kali ganda. Cuma dalam situasi pandemik yang melanda negara sekarang ni, tak ada masalah untuk korang bertarawih di rumah bersama keluarga.

Rugi weyh kalau abaikan solat tarawih ni. Ramadhan datang setahun sekali, begitu juga tarawih. Setahun sekali kita dapat jalankan ibadah sunat ini. Ayuh! Kita sama-sama hidupkan malam kita di bulan ramadhan dengan laksanakan ibadah tarawih. Ajak anak, bini, mak, ayah. Jangan cengelat!

Sesungguhnya barangsiapa yang menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan sembahyang sunat kerana iman dan mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sebagaimana sabda Rasulullah

Sesiapa yang berdiri (beribadah) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

(HR Abu Hurairah RA. & Imam Bukhari)

#2 Segerakan Berbuka Puasa Apabila Masuk Waktu Berbuka

Maksud disegerakan waktu berbuka ni ialah, dengar je azan, cepat-cepatlah berbuka. Mulakan dengan menelan 3 biji kurma dan segelas air. Sunnah jugak tu. Tapi pastikan azan tu azan maghrib, bukannya asar ataupun zohor ye. Makan secara bersederhana, dan tertib. Jangan ko main sumbat je dalam mulut selagi ada. Dikhuatiri makan terlebih lepas tu nak solat maghrib dah tak larat.

Bang, 10 minit lagi lah kita solat. Perut ayang senak

Padahal 5 minit lagi isyak masuk. Astaghfirullahalazim

Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mana mereka segera berbuka puasa

(HR Bukhari dan Muslim)

#3 Bersahur Dan Melewat-lewatkan Bersahur

Sahur ni confirm memang ramai yang skip. TF dulu waktu kecik-kecik pun selalu jugak skip sahur. Lepas tu kebulur. Alasannya, bantal dan tilam masih membutuhkan aku untuk terus landing diatasnya. Astaga. Kalaulah korang tahu betapa banyaknya keberkatan bila bersahur ni.

Bersahurlah kalian, kerana pada sahur itu ada berkatnya

(HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Amru bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud;

Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur

(HR Muslim)

Bersahur amat digalakkan bagi mereka yang berpuasa kerana ia adalah sunnah.

#4 I’tikaf

Dari segi bahasa i’tikaf bermaksud tetap dan tenteram dengan sesuatu. Dari segi syara’ pulak, i’tikaf membawa maksud berada dalam masjid dengan niat tertentu. I’tikaf dikira sah bila penuhi dua syarat ni;

  • Niat : Yakni berniat pada permulaan i’tikaf, iaitu berniat berada di dalam masjid selama tempoh yang tertentu dengan tujuan beribadat kerana melaksanakan sunnah. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dengan niat keduniaan atau tanpa sebarang tujuan, perbuatannya itu tidak dianggap i’tikaf dari segi syara’.
  • Berada di dalam masjid dalam tempoh yang dikira i’tikaf pada anggapan umum. Termasuk juga dalam syarat ini ialah syarat-syarat harus tinggal di dalam masjid, iaitu suci daripada janabah, haidh, nifas dan tiada sebarang najis pada pakaian dan badan yang boleh mengotori masjid.

I’tikaf seseorang dikira batal apabila keluar daripada masjid tanpa sebab. Namun, i’tikaf tidak batal sekiranya dia keluar dengan bersebab dan masuk semula ke dalam masjid. Ia dianggap sama hukumnya dengan i’tikaf yang berterusan. (al-Fiqh al-Manhaji, 2/119-120)

#5 Perbanyakkan Membaca Al-Quran

Ramadhan merupakan bulan yang mana Al-Quran diturunkan. Oleh itu, jom sama-sama kita ambil kesempatan Ramadhan ini untuk baca serta fahami Al-Quran. Khatam Al-quran di bulan Ramadhan adalah bonus untuk korang. Percayalah mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran mampu bersihkan hati dan jiwa kita. Setiap hari satu juzu’. InsyaAllah sempat korang khatam penghujung Ramadhan nanti.

#6 Bersedekah

Salah satu pintu yang dibuka Allah SWT untuk raih keuntungan besar di bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam itu sering mengajak umatnya untuk perbanyakkan sedekah. Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan, amalan ini sangat-sangat dianjurkan. Akhlak seorang mukmin yang sejati adalah melalui sifat dermawannya. Salah satu sifat Allah SWT ialah dermawan. Allah SWT dan Rasulullah malah turut memerintah umatnya agar menjadi seorang dermawan dan pemurah serta menunjukkan contoh tauladan sebagai ikutan umatnya.

إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk

(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Kelebihan sedekah;

  • Penghapus dosa
  • Mendapat naugan di akhirat
  • Memberi keberkatan pada harta
  • Allah lipat gandakan pahala orang yang bersedekah
  • Terdapat pintu syurga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah
  • Sebagai bukti keimanan seseorang
  • Dapat bebaskan diri daripada seksa kubur
  • Mampu cegah pedagang daripada melakukan maksiat dalam proses jual beli
  • Dadanya terasa lapang dan hatinya bahagia
  • Pahala sedekah akan terus berkembang
  • Dapat menjauhkan diri kita daripada seksaan api neraka
  • Boleh iri kepada orang yang dermawan (Iri atau hasad adalah akhlak yang tercela. Tapi kalau korang iri kepada orang yang suka bersedekah dan nak saingi sifat dermawan orang tersebut, ini adalah akhlak terpuji)

Rasulullah bersabda;

لا حسدَ إلا في اثنتين : رجلٌ آتاه اللهُ مالًا؛ فسلَّطَ على هَلَكَتِه في الحقِّ ، ورجلٌ آتاه اللهُ الحكمةَ؛ فهو يَقضي بها ويُعلمُها

Tidak boleh hasad kecuali pada dua orang: seseorang yang diberikan harta oleh Allah, kemudian ia belanjakan di jalan yang haq, dan seseorang yang diberikan oleh Allah ilmu dan ia mengamalkannya dan mengajarkannya

(HR. Al Bukhari 73, Muslim 816)

#7 Banyakkan Berdoa

Jangan pernah letih dan bosan dalam berdoa. Allah itu selalu menantikan doa-doa daripada hamba-hambanya. Tapi kita ni kadang kala sombong dengan Allah. Doa pun ala kadar je. Nak cepat takut karang bazaar ramadhan penuh orang. Lama pulak nak kena beratur. Astaga. Bazaar Ramadhan yang dikisahnya. Time-time Ramadhan ni lah kita disarankan supaya perbanyakkan berdoa. Sebab apa? Sebab doa orang yang berpuasa itu mustajab!


Ada tiga doa yang tidak tertolak; doa pemimpin yang adil, doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka, doa orang yang dizalimi

(HR Tirmidzi)

Bersungguh-sungguhlah engkau dalam berdoa, kerana sesungguhnya siapa yang banyak mengetuk pintu, maka akan dibukakan baginya

(Abu ad-Darda R.A, Mushannaf Ibnu Abi Syabiah : 6/22)

#8 Menjalankan Ibadah Umrah

Apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah

(HR Bukhari dan Muslim)

#9 Memberi Makan Orang Yang Berbuka

Daripada Zaid Bin Khalid, Rasulullah bersabda;

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang yang berpuasa.


(HR Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu orang yang berpuasa. Sebab tu kalau kita ada rezeki atau harta lebih bolehlah ambil kesempatan Ramadhan ini untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. Jangan pulak korang sibuk pergi jamu orang yang tak puasa. Lain maksudnya dekat situ😌

Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah ;

إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ

Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.

(HR Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

#10 Mencari Lailatul Qadar

Dalam bulan Ramadan, ada satu malam yang selalu dinanti-nantikan. Diburu oleh para ulama’ dan orang-orang beriman. Malam itu adalah malam Lailatul Qadar. Malah Allah SWT turut berfirman dalam Al-Quran tentang keistimewaan malam yang cukup istimewa buat umat Nabi Muhammad ini.

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.

(Surah al-Qadr: 1-3)

Kelebihan Malam Lailatul Qadar;

  • Ibadah sama seperti ibadah selama seribu bulan
  • Para malaikat dan Jibril turun pada malam itu
  • Mendapat keselamatan dan kebaikan sehingga terbit fajar

Bilakah berlakunya malam Lailatul Qadar?

  • 10 malam terakhir

Rasulullah bersabda;

Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil

  • Pada 27 Ramadhan

Pendapat ini paling kuat kerana terdapat pelbagai hadith dan disokong oleh sahabat-sahabat nabi;

  • Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
  • Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”
  • Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
  • Pada 21 Ramadhan
  • Pada 23 Ramadhan

Antara petanda datangnya malam Lailatul Qadar;

  • Malam yang bersih dan tenang
  • Matahari tidak terlalu panas
  • Matahari tidak menghasilkan bayang tanduk ketika terbit

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kebaikan team Fulus.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang Harta Pusaka.

Pinjam.co Bantu Elak Perniagaan Sewaan Anda Lingkup

Previous article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Life