Pelaburan

Ini Beza Pelaburan Private Mandate & Unit Trust Yang Ramai Orang Tertanya-tanya

0

Apa itu Private Mandate dan apakah pula Unit Trust? Okay sebenarnya macam ni, kedua-dua ini merupakan salah satu kaedah pelaburan. Namun terdapat perbezaan antara kedua-dua bentuk pelaburan ini.

Ini beza pelaburan private mandate dan unit trust yang ramai orang tertanya-tanya

Apa Itu Private Mandate?

Bagi yang tak pernah dengar pasal private mandate, sebenarnya cerita dia macam ni. Let say anda memiliki fulus. Banyak ni fulus. Tapi tak tahu macam mana nak beranak pinakkan duit tu. Tengok member main bursa. Aduihhh!! Aku mana reti nak main saham ni. Silap invest rugi. Mati kena maki dengan bini. Dahlah janji nak buat island kitchen, kejap lagi kitchen tak ada, aku yang jadi chicken! So maksudnya dekat sini modal pelaburan tu ada tapi sama ada tak ada masa nak labur atau memang tak reti langsung nak melabur.

Jadi, fungsi private mandate ni dia lebih kurang gini, kita bagi mandat pada pengurus dana untuk urus pelaburan kita. Ibaratnya korang bagi sedebuk duit dekat dia contoh sejuta. Apa yang korang tahu, lagi 2 bulan, investment return aku nak 120%. Maka lagi dua bulan dapatlah 1.2 juta. Gitu. Yang pening kepala, yang power spect makin tinggi pengurus dana. Korang relax je. Haaa…Ni kita panggil sebagai private mandate.

Actually private mandate ni lama dah wujud dekat Malaysia. Tapi kita jarang-jarang dengar. Sebab pelaburan jenis gini khas untuk orang yang ‘ada-ada’ je. Golongan marhaen macam kita-kita jarang tahu pasal benda-benda ni sebab yang tawar perlaburan private mandate adalah anak syarikat kepada bank-bank terkemuka Malaysia seperti Maybank Private Wealth, RHB Asset Management, bla bla.

So kalau korang nak start dengan pelaburan private mandate ni koman-koman korang kena sedia modal RM 1 juta. Ada jugak bank yang tetapkan syarat minimum nak invest kurang-kurang modal pelaburan RM3 juta ke atas. Kalau setakat modal 20K, 30K, tak payah berangan.

Namun ada satu syarikat pengurusan pelaburan iaitu Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat kepada Berjaya Capital Berhad menawarkan pelaburan private mandate dengan meletakkan syarat minima pelaburan hanya RM50 ribu sahaja.

Mesti korang pernah dengar ‘Tak hensem tak pe, janji kaya’. Tagline yang menjadi kegilaan jejaka-jejaka kurang kacak luar sana. Maka ramai jejaka-jejaka kurang hensem mula digilai ramai gadis-gadis. Namun hati-hati, sekali dapat yang tak hensem, ingatkan kaya rupanya kayap! CEO Inter- Pacific Management Sdn.Bhd. iaitu Dato’ Dr. Nazri Khan atau dikenali dengan nama DDNK merupakan pemilik tagline tersebut. Kaya beraih dia ni. Bolehlah kalau ada modal RM50K nak try private mandate investment melalui syarikat beliau.

Terdapat 2 Jenis Private Mandate

Non-DiscretionaryFull Discretionary
Pelabur ada hak untuk override dan beri arahan pada pengurus dana untuk beli dan jual saham di pasaran. So, pengurus dana perlu patuh arahan pelabur.Pelabur beri kuasa sepenuhnya kepada pengurus dana untuk uruskan pelaburan tanpa sebarang campur tangan dari pelabur.

Apa Itu Unit Trust?

Unit trust = Unit Amanah = Amanah Saham

Unit trust adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur dengan objektif pelaburan yang sama, kumpul wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio sekuriti atau asset lain yang diuruskan oleh pengurus professional (Fund Manager).


Dalam erti kata lain, wang pelabur-pelabur akan diletakkan dalam satu dana (fund) yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana iaitu Syarikat Pengurusan Unit Amanah (Unit Trust Management Company) atau UTMC for short.

Unit trust tak sama dengan saham tapi berkait dengan saham. Maksudnya, Unit trust ni dia akan kumpulkan beberapa saham terpilih dalam satu-satu fund.

Unit TrustSaham
Medium to High RiskVery High Risk (Volatile)

Fund Manager
yang akan manage (buy and sell stocks semua tu). Lebih kurang macam ASB lah, kita cuma invest je.
Kita trade (buy atau sell saham sendiri) atau upah orang. Bila dah untung bagi percent sikit dekat orang yang tolong investkan duit kita tu.

Yang bestnya, terdapat lebih 600 dana yang ditawarkan oleh 37 syarikat Unit Trust. Malah, Unit Trust turut melabur dalam pelbagai saham syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Banyak sektor atau segmen portfolio yang terlibat seperti construction, health care, oil and gas, telecommunication, consumer products dan sebagainya. Let say, ada antara saham syarikat yang dilaburkan tu alami kerugian, so kesan dia dapat diperlahankan jika saham syarikat yang lain bagi keuntungan.

Dalam Unit Trust harga unit berubah-ubah. Bila melabur dekat sini, ada dua benda yang korang akan dapat iaitu Dividen (Income Distribution) dan Capital Gains (kenaikan harga unit). So, kenaikan harga unit ni tadi akan bagi keuntungan kepada pelabur. Sebab tu kita digalakkan membeli ketika harga rendah lepas tu bila harga naik manyakkkkk untung maaaa!!!!

Macam Mana Nak Invest Dalam Unit Trust?

Tedapat pelbagai cara untuk melabur, sama ada korang boleh invest sendiri secara online atau melalui agen. Tapi ramai jugak yang tak tahu sebenarnya boleh je pakai Akaun 1 KWSP korang untuk labur dalam Unit Trust. Kalau nak melabur secara tunai pun tak ada masalah. Dorang on je! Mana-mana yang korang rasa senang.

Perbezaan Antara Private Mandate Dan Unit Trust

Private MandateUnit Trust
Kita ada modal pelaburan, lepas tu kita bagi mandat pada pengurus dana untuk uruskan pelaburan kita.Perkhidmatan ownership ke atas saham-saham yang dibeli oleh pengurus dana.
Saham-saham serta aset dicustomize dan disesuai berdasarkan kepada keperluan pelabur-pelabur.Saham-saham dan aset dibeli mengikut objektif dana pelaburan yang ditetapkan oleh pengurus-pengurus dana.
Pelabur dapat lihat transaksi pembelian dan penjualan saham-saham beserta dengan fee charge yang mereka kenakan melalui laporan terperinci yang diberi secara berkala kepada pelabur-pelabur.Pelabur hanya akan dapat investment report untuk top 10 saham yang dilaburkan dan maklumat mengenai yuran biasanya mereka tak beri secara terperinci.

Kos-Kos Terlibat Dalam Private Mandate

Pelaburan private mandate diuruskan oleh mereka yang berlesen dan berpengalaman sebab tu kos dia pun agak tinggi compare dengan pelaburan lain. Tapi pulangan dia cenggini haaa 👍🏻👍🏻👍🏻

#1 Sales Charge

Sales charge sekitar 5% akan dikenakan kepada pelabur setiap kali terdapat pertambahan dana atau pembukaan akaun. Contohnya;

Jika kita labur RM500,000, sebanyak 5% atau RM25,000 akan dibayar kepada pihak pengurusan.

#2 Management Fee

Biasanya kos untuk management fee ni mereka kenakan setiap hujung tahun based on jumlah terkini dana yang ada dalam akaun pelabur-pelabur. Contohnya;

Awal tahun hari tu modal kita ada dalam RM500,000. Lepas dah invest pung pang pung tetiba dapat 50% return.

( RM500,000 x 50% investment return = RM750,000 ). Maka 1.5% management fee akan dikenakan based on keuntungan yang diperoleh tadi. ( RM750,000 x 1.5% management fee = RM 11,250 ).

#3 Performance Fee

Performance fee ni kita bayar pada pengurus dana. Ia dipanggil juga sebagai profit sharing. Sebanyak 20% dari jumlah kasar keuntungan pelaburan dibayar pada pengurus dana mengikut kaedah high watermark. Contohnya;

Kita invest RM500, 000 dan kita mendapat pulangan 50% menjadikan keseluruhan dana bernilai RM750,000. 

RM750,000 ( jumlah dana lepas dah dapat untung 50% ) – RM500,000 ( jumlah wang dilabur) = RM250,000 (untung bersih). 20% daripada keuntungan bersih ( RM250,000 x 20% = RM50,000) akan dikongsikan dengan syarikat pengurusan. So, RM200,000 miliki kita, baki RM50,000 diberikan kepada pengurus dana.

Tapi kalau investment tu alami kerugian atau dapat untung tapi tak banyak macam sebelum ni, pengurus dana tak layak terima performance fee tersebut. Tapi segala nilai charge yang dikenakan di atas berbeza mengikut syarikat pengurus dana.

Kos Terlibat Dalam Unit Trust

Charges Unit Trust 6% je untuk sekali invest. Tapi ni secara general lah. Let say investment korang alami keuntungan atau kerugian syarikat tak akan kenakan apa-apa charge selain daripada 6% charge untuk awal-awal pelaburan tadi tu.

Disebabkan Fund Manager melabur saham di syarikat2 terpilih secara pukal dan kuantiti yang besar (juta-juta), maka kos2 terlibat dapat dikurangkan atau diberikan diskaun.

Jika berminat nak invest dalam Unit trust korang boleh refer pada company Unit Trust masing-masing berapa charge sebenar yang mereka kenakan.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang saham.

Sejarah Nasi Dagang Terengganu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Previous article

Betul ke Jaga Kereta Ibarat Jaga Bini? POMEN Ada Jawapannya

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Pelaburan