Life

Ini Cara Bagaimana Mereka Yang Terkesan Dengan Pandemik ‘Survive’

0

Ini adalah cara bagaimana mereka yang terkesan dengan pandemik meneruskan kehidupan.

1 Hotel Jadi Co- Working Space

Kita boleh lihat bagaimana terkesannya pengusaha-pengusaha hotel dengan pandemik COVID-19 ini. Aiiii baru plan nak pergi bercuti dah book hotel thru agoda, booking.com, trivago apa semua tu alih-alih area tu Red Zone pulakkkk…lepas tu PKPB dilaksana untuk bendung penularan wabak tersebut. Tak boleh sewenang-wenang nak rentas negeri. Kena ambil surat kebenaran dekat balai polis. Kalau reason ko setakat nak pergi bercuti alamatnya ko diarahkan pusing balik kereta dok rumah dendiam. TF dah berapa kali cancel nak pergi bercuti bawak family. Memula Langkawi cancel, KL cancel, Melaka…damnnn apa je yang tak cancel. Maka segala hotel yang dah booking tadi terpaksa di ‘cancel’ kan. Bagi pengusaha hotel kalau sorang dua cancel takpe lagi. Ni cancellation dibuat secara berjemaah. Meraung pengusaha hotel oii.

Wa lugi woooooooo….manyak olang cancel. Sikalang wa lase macam nak telejun jambatan

Pengusaha Hotel 123, Langkawi

Lepas murung berminggu-minggu akhirnya pengusaha-pengusaha hotel menemui cara baru untuk survive ditengah-tengah kemelut COVID-19 ini. Mereka giat merangka pelbagai kaedah inovasi untuk memajukan kembali hotel yang kian suram dan kurang dikunjungi.

Antara inovasi yang dilakukan adalah mereka transform hotel ini tadi menjadi co-working space dengan ruang kerja yang lebih selesa, internet akses tanpa had, disamping membuat penawaran pakej-pakej menarik khas untuk pelanggan.

Maka bagi sesiapa yang sudah bosan bekerja dari rumah anda boleh ubah susasana kerja anda dengan bekerja dari hotel. Yelah…banyak kekangan bila ko kena kerja dari rumah ni. Nak lagi bila sekolah pun tutup. Hah ko! Mana nak berperang dengan anak lagi, nak kena kejar dateline lagi, Oiii parah! Lepas tu elok proposal dah siap tetiba anak ko pergi curah susu botol dia atas laptop sebelum sempat buat soft copy atau hard copy. Habis meletop! Mabuk oi!!Whatever it is beberapa rangkaian hotel di seluruh negara telah memperkenalkan pakej Work from Hotel mereka. So sesiapa yang bosan atau serabut kerja dari rumah bolehlah ubah angin orang kata.

Rate sewa untuk ruang kerja tu affordable lah. Plus korang boleh free access dengan hotel facilities, dapat free flow coffee, discount untuk food and beverage. Hmmmm niceActually banyak je hotel-hotel 4 star atau 5 star yang buat benda ni.

Ini cara bagaimana mereka yang terkesan dengan pandemik survive

Yang pasti suasana tempat kerja yang kondusif memainkan peranan penting terhadap kualiti serta produktiviti kerja. So sesiapa yang dah bosan kerja dari rumah bolehlah try sewa memana hotel yang buat tawaran ini. Kalau dekat Melaka Hatten Hotel ada buat, dekat KL Royale Chulan pun buat benda gini jugak. Banyak je sebenarnya, tak susah pun nak cari. Google kan ada!

2 Bekas Pilot Jual Burger

Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Walau dulu pernah berada tinggi di awan biru namun beliau akur dengan takdir Allah. Pernah memiliki kerjaya sebagai Pilot di Oman akhirnya beliau hilang pekerjaan dan kembali ke Malaysia membuka warung burger.

Rezeki tak salah alamat bila warung burger beliau berjaya mendapat perhatian orang ramai. Aiiii sampai burger boleh sold out! Kalau kata nak merasa burger pilot ni next week pun belum tentu dapat. Ko bayang macam mana lakunya burger beliau. Yang pasti muka kena kacak dan pernah jadi pilot pakej lengkap untuk lakukan warung burgernya. Burger pulak sedappp tu yang berebut orang membeli.

Ini cara bagaimana mereka yang terkesan dengan pandemik survive

Naeem Nassir seorang juruterbang yang berkhidmat di Oman Air dari tahun 2018 sehinggalah tahun 2020 terpaksa diberhentikan kerja sekitar April 2020 disebabkan pandemik Covid-19. Beliau lantas ambil keputusan pulang ke Malaysia dan membuka warung burger dan menjualnya dijalanan. Beliau bersama isterinya (untuk perhatian gadis luar sana beliau dah kahwin eh) membuka warung burger yang dinamakan Smashed. Burger sedap harga pun tak mahal. So no wonder burger dia cepat habis.

Beliau yang menjalankan perniagaan jual burger di Bukit Jelutong bersama isterinya banyak menerima komen-komen positif di media-media sosial. Ternyata kisah beliau sangat inspired orang ramai luar sana yang turut terkesan dengan pandemik covid-19 ini.

3 Syarikat Penerbangan Fireflyz Courier Barang

Bila PKP dilaksanakan pada Mac lalu, syarikat penerbangan antara yang terkesan teruk apabila orang ramai dilarang untuk rentas negeri atau ke luar negara dengan syarat-syarat tertentu. Macam bulan 5 hari tu kan raya, maka ramai lah yang bersedih tak dapat pulang beraya di kampung halaman masing-masing. Baju raya untuk mak ayah adik-adik dah beli, kuih raya 60 balang dah siap order dengan Jemah alih-alih nak balik raya tak boleh. Maka ramai yang memilih menggunakan perkhidmatan kurier untuk pos barangan tersebut.

Waktu PKP dulu syarikat kurier antara company yang buat duit kaw-kaw punya. Disebabkan terlalu ramai pelanggan, maka kadang kala mereka tak dapat nak maintain quality service yang ditawarkan. Ramai pelanggan tak puas hati bila barang yang diterima rosak, busuk, hancur berderai, salah terima barang dan macam-macam lagilah. Kadangkala penghantaran ambil masa sehingga berminggu-minggu!

Terdahulu, seorang pengguna facebook berkongsi cara nak pos barang guna kapal terbang Fireflyz dan part paling best sekali bila barang tersebut sampai pada hari yang sama!

Barangan tersebut dipos menggunakan Fireflyz Express! Pengguna tersebut juga menyatakan barangan yang beliau pos menggunakan kapal terbang Fireflyz merupakan barangan kering, dokumen serta makanan. Kesemua barang tersebut perlu dibungkus dengan elok supaya tak tumpah atau rosak.

Beliau juga turut berkongsi cara nak gunakan perkhidmatan kurier kapal terbang ini. Just follow this simple steps;

  • Bawa barang ke kaunter check in dan scan
  • Timbang barang tersebut dekat kaunter Firefly
  • Isi form dekat kaunter pejabat jualan Firefly
  • Bayar ikut berat barang
  • Kemudian serah barang dekat kaunter check in

Tapi barang kena pick up sendiri dekat airport. So nanti penerima cuma perlu tunjuk ic je bila nak ambil barang tersebut. Setel! Sehari dah boleh dapat. Senang kan…

Walaubagaimanapun penghantaran Firefly Express hanya meliputi kawasan Semenanjung je.

Nampak tak syarikat penerbangan pun ubah cara untuk survive, kalau dulu bawak orang terbang sana sini, sekarang buat courier sekali. Macam AirAsia pulak lain cerita. Sebabkan syarikat dia besar, boleh switch terus bisnes. Tak de hal. Walaupun kerugian berbillion ringgit.

4 Cikgu Siti Faridah Guru Kimia Yang Berdedikasi

“Untunglahhhh cikgu-cikgu yang kerja gomen ni. Tak payah pergi sekolah. Mengajar dari rumah je”, Banyak kita dengar komen-komen tak elok sebegini daripada netizen luar sana. Rata-rata tak puas hati sebab penyudahnya mereka sendiri terpaksa ajar anak dekat rumah sementara cikgu-cikgu pulak tak habis-habis bagi kerja sekolah.

Ada juga yang menganggap kerja sebagai guru ini mudah. Bagi kerja sekolah banyak-banyak pada murid lepas tu ‘Done’. Goyang kaki dekat rumah. Yelahhhh…PKP kan.. Maaf ye kalau apa yang TF katakan ini akan menyinggung perasaan kome semua. Kerjaya guru ni bukan satu kerjaya yang mudah. Nak-nak lagi kena deal dengan anak- anak murid yang keras kepala cakap sikit melawan. Lepas tu mana kuat ponteng dengan homework tak siap, tak ada rasa hormat pada guru, yang parents pulak sibuk salahkan guru bila prestasi anak tak memuaskan. Tapi bila diberitahu masalah anak dia, aiiiii dia pulak yang tak boleh terima. Ko rase?

Gambar Sekadar Hiasan

Maka dengan itu jomlah kita anggap setiap musibah yang Allah turunkan ini ada hikmahnya. Bila mana anak kome terpaksa kome ajar sendiri, kome akan sedar betapa payahnya menjadi guru. TF ada anak. Masa PKP dan PKPB dulu pun kelas berlangsung secara online. Boleh hijau lah bila kita ajar dia buat derkkk. Sekejap-sekejap nak kencing, nak tu nak ni. Kerja sekolah buatlah dalam 5 minit lepas tu mulalah sibuk buat benda lain. Aiii tak boleh langsung nak duduk diam. Walaupun masih tadika tapi benda-benda gitu cukup untuk jadikan kita badak air dekat rumah!

Ini cara bagaimana mereka yang terkesan dengan pandemik survive

Cikgu Siti Faridah Matt, 34, yang merupakan seorang guru kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Kangar,  Perlis membuktikan tanggapan netizen terhadap guru-guru di Malaysia salah sama sekali apabila beliau sendiri mengeluarkan duit membina sebuah studio di rumah untuk mengajar anak-anak muridnya secara online. Kegigihan serta kesungguhan mengajar anak-anak muridnya dengan metod berbeza sekaligus membuatkan beliau dinobat sebagai Guru Inspirasi 2020.

Semuanya bermula sewaktu PKP apabila kami guru-guru perlu mengajar secara dalam talian. Suami saya pula memang mempunyai asas dalam dunia fotografi, jadi, dialah yang bantu saya set up peralatan di rumah.

.

Saya punya lighting tu biasa-biasa je. Saya minta tolong suami carikan untuk saya gunakan ketika mengajar. Saya beli lighting tu dalam RM300 lebih.

.

Bila guna lighting (sistem pencahayaan), kualiti gambar dan video itu akan lebih cantik dan jelas. Bahkan, visual kita juga akan nampak lebih 3D sewaktu berdepan dengan anak murid.


Cikgu Siti juga turut menerima sokongan daripada murid dari sekolah lain bila mereka turut sama menyertai kelas online yang dikendalikan oleh beliau. Walaupun ada sesetengah netizen yang mengutuk kata lighting tak cantik, background old school, gambar tak lawa dan macam-macam lagilah, tapi jawapan simple Cikgu Siti Faridah memang win habis.

Kita nak mengajar bukannya nak buat program TV

Cikgu Siti Faridah juga turut mempunyai channel Youtube iaitu Cikgu Siti Share yang berkongsi modul pembelajaran subjek di sekolah untuk pelajar. Mungkin kita tak nampak tapi bagaimana pandemik ini mengubah semua perkara dalam sekelip mata. Daripada yang tak reti masak terus pandai masak, daripada yang zero pasal IT, dunia digital semua tu terus bijak tetiba demi tanggungjawab serta kelangsungan hidup. Lain orang lain cara survivenya.

5 Mila Jirin Daripada Perunding Perkahwinan Kini Jual Kek & Pastri

Bekas Juara Akademi Fantasia Musim ke 5 Mila Jirin yang merupakan pemilik syarikat perunding perkahwinan Bizmilla akui sejak PKP dilaksanakan bisnes beliau terjejas teruk! TF pernah pergi dewan Bizmilla ni dulu. Dapat jemputan wedding Ippo Hafiz. Kebetulan parents wife TF member baik mak pak Ippo. Hmmm.. Btw korang boleh bayangkan tak berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung Mila termasuk kos operasi, pengurusan yang hampir cecah RM500,000 sebulan!

Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama-sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir dua bulan lebih.

.

Buat masa ini, pihak syarikat masih bertahan walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir setengah juta sebulan, saya tetap positif untuk berjuang bersama-sama pekerja saya di Bizmilla. InsyaAllah

Bagi menampung segala kos berkenaan, Mila terus bangkit dengan membuka bisnes baru iaitu pembuatan kek dan pastri.

Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang. Saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit, terutama kos pengurusan (gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan.

.

Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja-pekerja saya hilang punca pendapatan. Kita buatlah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama-sama mendapat pendapatan.

Melalui bisnes perundingan perkahwinan, katering, produk kesihatan serta pakaian jenamanya Mila pernah dilaporkan sudahpun bergelar jutawan hasil titik kerasnya selama ini. Namun sejak Pandemik COVID-19 berleluasa korang boleh lihat sendiri kan betapa terjejasnya perniagaan-perniagaan tak kiralah kecik ke besar. Apa yang pasti bagaimana mereka bangkit semula dari kejatuhan yang dialami dan mereka ini kita perlu anggap sebagai champion!

Moga cerita yang TF share kali ni mampu beri inspirasi pada orang ramai luar sana yang masih belum redha sepenuhnya menerima ujian yang diturunkan oleh Allah SWT ini.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang life.

Drama Korea ‘Startup’ Tiru Aplikasi BIMO Dari Malaysia?

Previous article

5 Sebab Kenapa Aku Yang Kena Jelaskan Hutang Dia

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Life