Bisnes

Ini Sebab Kenapa Rancangan Shark Tank Digilai Ramai Usahawan-Usahawan StartUp

0

Shark Tank adalah sebuah rancangan TV yang sangat seronok dan menghiburkan. Juri-jurinya terdiri daripada usahawan-usahawan ternama seperti;

Ini Sebab Kenapa Rancangan Shark Tank Digilai Ramai Usahawan-Usahawan Startup
  • Mark Cuban, seorang usahawan teknologi yang juga pemilik Dallas Mavericks
  • Daymond John pengasas FUBU iaitu membariskan pakaian-pakaian popular
  • Kevin O’Leary dari O’Leary Financial Group iaitu seorang yang sangat expert dalam bidang pelaburan
  • Barbara Corcoran, seorang mogul harta tanah dari Barbara Corcoran Venture Partners
  • Robert Herjavec dari Kumpulan Herjavec iaitu pakar keselamatan siber
  • Lorri Greiner yang digelar sebagai Ratu QVC mempunyai lebih dari 100 paten

Shark Tank membantu orang ramai luar sana untuk percaya pada kemampuan diri. Ini kerana ramai yang menonton rancangan itu terinspired setelah melihat orang lain berjaya merealisasikan impian mereka. Juga rata-rata daripada mereka berjaya menjalani kehidupan lebih baik selepas menyertai rancangan realiti tv itu. Shark Tank turut memberi anda keyakinan serta info-info menarik untuk berjaya dalam apa jua bisnes yang anda ceburi.

Selain bertujuan untuk dapatkan dana bagi mengembangkan perniagaan, usahawan-usahawan yang datang ke program ini juga ingin mendapatkan rangkaian sokongan ke atas perniagaan mereka ataupun menjual perniagaan tersebut.

Bagaimana Perjalanan Program?

  1. Usahawan akan bentang perniagaan mereka.
  2. Mereka akan nyatakan pada juri berapa banyak dana yang diperlukan untuk bisnes tersebut.
  3. Apabila berjaya dapat bantuan modal, as return pada investor-investor ini adalah dalam bentuk ekuiti atau pegangan saham.

Shark investor biasanya minat pada perniagaan-perniagaan tertentu sahaja. Tapi ada jugak yang berani ambil risiko venture perniagaan baru. Lepas selesai pembentangan, kebiasaannya mereka akan sebut;

“ We are seeking for USD100K in exchange for 10% equity in our company”.

Kemudian shark investor akan terjemah pertukaran ekuiti itu tadi dalam bentuk business valuation. Contohnya macam tadi dia dok sebut USD100K 10%, maksudnya dia beri nilai perniagaannya USD1Juta (10% x 10 x 100K).
Lepas tu jangan ingat investor-investor ni nak percaya bulat-bulat nilai yang diberi tu. Maaf ye…tak adanya… Time tu lah usahawan-usahawan ini tadi ditimpa dengan soalan bertubi-tubi sampai otak pun boleh jammed lah!

Betul tak nilai yang anda nyatakan tadi sejajar dengan prospek perniagaan anda? Because I don’t think so.

Shark Investor melontarkan soalan sinis sehingga Jemah terduduk atas stage. Lepas tu Jemah terus koma setelah dilontar dengan soalan demi soalan

Kalau anda pernah tonton rancangan ni, anda boleh lihat mereka-mereka yang datang tu daripada pelbagai latar belakang berbeza. Ada yang betul-betul usahawan tulen, ada yang usahawan baru nak up, ada pulak yang kaki gebang, asal ada saja benda yang boleh digebang dia gebang. So disebabkan perbezaan ini, maka menjadi hak mereka untuk lakukan due diligent ke atas setiap perniagaan yang dibentangkan. Justeru, antara soalan-soalan maut yang bakal diajukan adalah seperti;

  1. Kenapa nilaikan perniagaan tersebut USD1Juta? USD10Juta? Why? Apa justifikasinya? ( So dekat sini lah anda kena nampak power untuk jawab soalan tersebut based on fact and figure bukan main rasa-rasa je)
  2. Berapa jumlah jualan yang dah dibuat dalam tempoh sekian..sekian..? (haaa…yang ni kena tengok pada Sales & Revenue)
  3. Berapa kos? Eleh…mesti ada cara lain lagi yang boleh dibuat untuk kurangkan kos, tak semestinya dengan cara ni je.(Nampak dia perli)
  4. Where do you sell business? Siapa target customer anda?
  5. Berapa banyak yang anda dah invest dalam business ni?
  6. Ada tak pinjam dekat mana-mana badan? Atau pernah tak minta mana-mana investor lain invest dalam business ni?
  7. Make sense tak business ni pada shark-shark investor ni? Can they understand the business? Does the number is logic?
  8. How do you want to scale up the business to become multi million/billion dollar business?
  9. Siapa competitor anda?
  10. What do you want from us? Money? Expertise? Distribution channel? Network?bla…bla…

Lepas dah penat menjawab soalan-soalan maut daripada Shark Investor ni tadi, maka sekarang bergantung pada personal judgement shark tu sendiri. Mereka perlu menganalisa sebelum invest bukan selepas dah invest. Apa korang fikir investor-investor ni tak pernah buat silap terinvest dalam sesuatu bisnes, lepas tu tak lama kemudian bisnes tu pun lingkup.

Shark investor takkan invest kalau;

  • Tak ada kepakaran dalam bisnes tu
  • Tak faham bisnes yang anda bentang pada mereka
  • Something that they not personally use the product
  • Projection/demand terhadap bisnes tersebut tak berapa nak mengujakan
  • Tak berjaya nak kaitkan diri mereka dengan bisnes anda
  • Bisnes yang dibentang tak masuk akal, kira macam syok sendiri je

Adakah Terdapat Program Seumpama ini Di Malaysia?

Jawapannya yessss…mestilah ada. Walaupun tak sama tapi konsep lebih kurang sama. Kalau anda pernah dengar mengenai program SUPERB, lebih kurang sama jugaklah dengan rancangan Shark Tank ni. SUPERB terbuka kepada individu atau usahawan Bumiputera dan syarikat permulaan (start-up) Bumiputera yang beroperasi kurang dari 3 tahun. Sekiranya anda mempunyai idea atau produk yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk diketengahkan dipersilakan sertai program ini. Cumanya untuk tahun 2020 ni penyertaan telah pun ditutup, namun anda berpeluang untuk sertainya lagi pada tahun depan memandangkan program ini dianjur setiap tahun oleh syarikat TERAJU.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang bisnes.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

5 Cara Bagaimana Nak Jana Pendapatan Melalui Apps

Previous article

5 Kesalahan Yang Dibuat Semasa Pembahagian Harta

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Bisnes