Saham

Ini Peluang Untuk Anda Jadi Pemilik Starbucks

0

Hari ini satu peluang terbentang luas untuk anda bergelar pemilik Starbucks. Takkan kita nak jadi pelanggan Starbucks yang hanya bagi duit pada mereka je kan? Ini lah masa untuk kita turut merasai keuntungan daripada bisnes kopi yang terhangat dipasaran ini.

Bagaimana Anda Boleh Jadi Pemilik Starbucks?

Peluang Untuk Anda Jadi Pemilik Starbucks

Kini anda boleh menjadi pemilik Starbucks dengan memiliki sebahagian daripada saham Berjaya Food Berhad yang ditawarkan di Bursa Malaysia. Untuk mereka yang belum tahu Starbucks merupakan jenama dibawah Berjaya Food Berhad yang mana Berjaya Food Berhad baru saja ditabalkan menjadi syarikat patuh syariah.

Sudah lama syarikat ini ditawarkan di Bursa Malaysia tetapi sebelum ini ia tidak menepati piawaian syariah. Dan bermula pada hari ini 29 Mei 2020, Berjaya Food mula diiktiraf menjadi syarikat patuh syariah dan tiada keraguan lagi untuk kita memiliki sebahagian saham daripada syarikat ini.

Berjaya Food Berhad bukan sahaja memiliki Starbucks tetapi syarikat ini juga memiliki restoren ayam terkenal iaitu Kenny Rogers serta satu lagi restoren iaitu Jollibean Foods Pte Ltd.

Senarai Syarikat Patuh Syariah 29 Mei 2020

Setiap bulan Mei & November setiap tahun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai baru syarikat patuh syariah dan juga senarai baru syarikat yang terkeluar dari syarikat patuh syariah.

Jadi untuk memudahkan para pelabur semua ini senarai Syarikat baru yang diklasifikasi sebagai patuh syariah.

Ini pula adalah senarai baru syarikat yang kini bukan lagi syarikat patuh syariah.

Senarai Penuh Syarikat Patuh Syariah

Untuk senarai penuh syarikat patuh syariah, apa bolehlah download senarai yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui link ini —> Senarai Syarikat Patuh Syariah Mei 2020

Baca juga artikel kami berkaitan pelaburan saham

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Hati-hati Dengan Skim Wahed Investment Palsu Ini

Previous article

Suntikan Radiofrequency Ablation Mampu Hilangkan Sakit PID, Tapi?

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.