fbpx
Jom Travel

Ini Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong Ke Kundasang, Sabah

0

FULL BAJET UNTUK 3 ORANG :
°° Jimmy Homestay 1 Malam ( rm90)
°° Himbaan GardenStay Bundu Tuhan 2 Malam (rm500)
°° Hotel Hii-5 2 Malam (rm150)
°° Kereta saga 2hari ( rm180)
°° Minyak (rm90)
°° Desa Cattle Dairy Farm Tiket Masuk TF+wife+anak free (rm9)
°° Kinabalu Park TF+wife+anak free (RM 6)
°° Makan tu korang bajet lar sendiri ya sebab saiz perut kita tak sama. Plus kitorang banyak masak sendiri.

TOTAL = RM1025 untuk 1 family
Kalau bahagi 3 = RM341.66 sen /1 orang

JADUAL PERJALANAN


HARI KE-1
°° 8 malam – Smpai KKIA terus ke Jimmy Homestay (Tuan homestay baik dan peramah. Siap jemput kitorang dekat airport lagi).So, dekat situ dah jimat tak perlu ambil Grab.
°° Homestay di Cybercity. Tempat ni strategik bagi sesiapa yang nak ke Kundasang sebab dia dekat dengan airport, sekejap je lepas landing gerak terus sampai dan yang paling penting jalan dia memang laluan utama ke Kundasang. Keluar simpang homestay lepas tu straight je, dan sampai la korang ke Kundasang.
°° Kereta kitorang sewa dari owner homestay ni jugak. Dia tau esok pagi-pagi dah nak gerak ke Kundasang, so dia bagi terus kereta malam tu jugak. Memang baik si Jimmy ni.


HARI KE-2
°° Sebelum pukul 8 memang kitorang dah gerak ke Kundasang.
°° Sampai di Kundasang terus ke Desa Cattle Dairy Farm. Destinasi wajib! Dia punya view perghhhh!!! Kebetulan time sampai tu lembu polka dot tengah mesyuarat. Dapat la kitorang ambil gambar sekeping dua dengan lembu-lembu ni. Nampak tak punya lah kitorang bangga dapat bergambar dengan lembu-lembu ni.
°° Pastu kitorang menuju ke pasar kundasang untuk beli sayur, buah buahan dan ayam untuk di jadikan stok makanan dekat homestay.
°° Check in Himbaan Gardenstay Bundu Tuhan. Yang bestnya tempat ni betul-betul tepi lereng bukit. Kita pun boleh masak sendiri. Kitchen tools memang ownernya asing untuk guest muslim dan non-muslim. Sekarang pun dengarnya dah ada Caravan yang boleh disewa dengan harga RM160 per night. Owh sebelum tu. TF nak share satu peristiwa yang memang sampai sekarang tak boleh lupa. Waktu nak check in homestay, dari jauh kitorang nampak pembantu homestay Pipi dengan seekor Serigala tengah tunggu kitorang. Astaga…muka wife time tu dah cuak semacam. Orang yang ada Ailurophobia ni korang pepaham la gelabah dia macam mana bila berdepan dengan makhluk-makhluk berbulu macam ni. Kucing dia takut apatah lagi Serigala. Time nak ke bilik Serigala tu boleh pulak follow rapat belakang dia. Wife terkejut terus lari. Haihh… Dah tak pasal-pasal tengah-tengah hari buta kena kejar pulak dengan serigala! Sampai tak cukup tanah ha wife TF lari nak selamatkan diri. Sikit lagi nak kena terkam, wife TF punya jerit time tu boleh bergegar gunung kinabalu. Hahaha!!! Tak tahu lah samada nak kesian ke atau nak gelak. Tapi korang jangan risau. Serigala tu friendly je sebenarnya. Dia jaga tempat tu. Dengarnya sekarang Serigala tu pun dah takde. Mungkin peristiwa tu yang buatkan owner homestay masih ingat lagi kami sampai sekarang)
°° Malam rehat dekat homestay dan buat aktiviti keluarga.

Sesiapa yang berminat untuk menginap di Himbaan Gardenstay Bundu Tuhan korang boleh hubungi Mr. Andrew ( 016 – 810 9816 ).

HARI KE-3
°° Pukul 4.30 pagi bangun. Time zone berbeza sikit. Subuh dorang lebih awal ok! Yang bestnya pukul 5.30 pagi macamtu dah boleh tengok sunrise. SubhanAllah. Cantiknya! Every moment is precious!
°° Ke Kinabalu Park, seharian dekat sini. Jogging, bawak anak jalan-jalan dekat Botanical Garden, ambil gambar scenery dan lawat muzium.
°° Petang pulak kitorang ronda-ronda pekan Kundasang.
°° Makan Kepak Ayam
°° Ronda-Ronda Pekan Ranau
°° Balik homestay, masak dan rehat

HARI KE-4
°° Bangun pagi berkemas
°° Makan di Restoren Chinese Muslim di Pekan Kundasang
°° Ke Keningau untuk menghadiri majlis kahwin
°° Lewat petang gerak ke Kota Kinabalu
°° Check in Hotel Hii-5 (Sebenarnya nak cerita kitorang silap pilih hotel. Errr bahaya hotel ni. Ibarat macam korang berada di lorong Haji Taib lar. So yang dah berfamily please please please avoid tempat ni. Carilah hotel-hotel berdekatan dengan Waterfront. Lebih selamat. Why??Why?? Sebab tengah malam sampai ke subuh memang bersepah mak nyah tunggu mangsa dekat bawah hotel ni. Kalau ternoda tak ke merana. Prevention and safety come first okayy!!!)

HARI KE-5
°° Shopping area Pasar Filipino & pasar makanan laut kering (nak beli ikan bilis mata biru ada, makanan-makanan laut kering ada, ikan masin ada, siap kuda laut masin pun ada!)
°° Jalan-jalan di Pasar Gaya
°° Ke Atkinson Tower
°° Ronda-ronda Bandar KK
°° Ke Perdana Park ( untuk yang bawak anak. Tempat ni memang best. Lama jugak kitorang melepak dekat sini. Selain menjadi tempat yang korang boleh tengok kapal terbang terbang rendah je, dekat sini ada sedia playground, trek jogging, dan tasik yang menempatkan pelbagai spesis hidupan air seperti ikan, kura-kura dan bangau. Yang bestnya pukul 7.30 malam pulak akan diadakan pertunjukan air pancut yang berwarna warni. Anak-anak mesti suka!)

HARI KE- 6
°° Pukul 4 pagi bangun siap-siap dan solat Subuh.
°° 5 pagi pergi Wet Market sebelah Pasar Filipino untuk borong seafood (lobster, ikan, udang, sotong dll. Tak pernah-pernah TF excited pergi pasar, tapi bila pergi pasar ni excited sampai tahap ternganga la. Korang tengok jela saiz-saiz udang dia tu. Besar bak hang!)
°° 7 pagi balik ke hotel
°° Check out
°° Ke Imago Shopping Mall
°° Pusing-pusing ronda Tanjung Aru, Shangrila, Sutera Harbour
°° Makan di Chinese Muslim Restaurant
°° Ke KKIA untuk rehat dan check in
°° Fly balik Semenanjung

Ini Sedikit #TIPS Untuk Ke #sabah

1- Harga makanan dan barangan mungkin sedikit mahal dari semenanjung tapi barangan segar macam seafood dan sayur-sayur murah.

2- Sewa kereta kena pandai survey, kereta TF sewa murah je. RM90 per day. Tapi kalau nak lagi selesa sewalah 4WD macam Hilux sebab jalan nak ke Kundasang berbukit bukau. Banyak mendaki. Teringat peristiwa melalui Banjaran Crocker dari Keningau nak ke KK. Mencungap kereta time daki bukit oii! Hahaha…

3-Untuk borong seafood murah kena ke Wet Market tepi Pasar Filipino tu. Dinasihatkan pergi awal lebih kurang pukul 4 atau 5 pagi. Sebab pukul 7 macamtu dah habis jual.

4-Orang Sabah samada Islam atau bukan Islam kebanyakannya bela anjing sebagai keperluan. Bila korang pergi sana korang akan tahu kenapa.

5 -Hati-hati dengan penjual tepi jalan. Pastikan makanan yang dibeli tu halal. ‘Daging Panggang’ tepi jalan tu sememangnya tidak halal.

6. Untuk yang 1st time pergi macam kitorang, waktu di imegresen diorang akan bagi passport sementara berbentuk resit. Ala.. Macam resit isi minyak kereta tu. Simpan. Jangan buang. Kitorang ingat resit biasa. Terbuang tanpa sengaja. Dah tak pasal-pasal kena buat report polis bagai. Apa-apa pun tu semua pengalaman. Kitorang okay je.

Akhir Kata

Setakat ini saja review trip TF ke Sabah. Yang pasti Sabah memang best Bah! Why??? Sebenarnya TF memang suka explore dan belajar budaya masyarakat luar sebab dari situ macam-macam experience kita boleh dapat. Actually dekat Sabah ni banyak lagi tempat-tempat lain yang kita boleh explore. Macam pulau-pulau semua tu kan. So yang pasti sebelum pergi korang study lar jugak pengalaman orang lain. Selamat bercuti!

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Teknik Rahsia Menyimpan Duit Walaupun Gaji Ciput

Previous article

5 Tips Bercuti Di Pulau Perhentian Terengganu Dengan Kos Bajet

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up