Harta Pusaka

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Disebalik Kemelut Harta Pusaka Yang Melibatkan Ali Dan Balu Abam

0

Dilihat sekarang pelbagai kemelut melanda di akhir-akhir zaman ni. Manusia tanpa segan silu membuka aib sendiri semata nak beritahu pada dunia bahawa ‘Akulah yang betul. Dia yang salah.’ Then what? Sampaikan isu sebegini menimbulkan pelbagai spekulasi yang secara tak langsung menjerumus individu-individu ke kancah ‘penggosipan’ apabila ia terpapar di media-media sosial. Elok-elok penggunaan bahasa sopan santun style-style Mira Filzah, tetiba dah berubah jadi bahasa Jemah! Tak tahu…tapi sebabkan nak nampak bijak di mata umum kenalah pura-pura tahu. Aiiii…Jangan dibuat main weyh soal harta pusaka ni! Silap pemahaman buruk padahnya.

Orang kata kalaulah arwah masih hidup, pasti beliau sedih melihatkan perbalahan yang terjadi nak-nak lagi melibatkan soal perebutan harta pusaka. Namun, itulah lumrah hidup. Yang pergi takkan kembali untuk hentikan apa yang terjadi. Sebaliknya yang tinggal inilah perlu muhasabah dan persiapkan diri menanti datangnya hari. Justeru, untuk mengelakkan perkara sama terjadi pada diri kita, maka pentingnya setiap individu Islam mendalami serta mempelajari ilmu faraidh. Sesungguhnya ia adalah ilmu tentang hukum pembahagian harta pusaka menurut kacamata Islam seperti yang ditetapkan oleh Al-Quran dalam surah An- Nisaa.

Pelajari ilmu faraid, dan ajarkan kepada orang lain. Sesungguhnya, ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan, dan ia adalah satu ilmu yang mula-mula dicabut daripada umatku.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a

Rasulullah telah meletakkan ilmu faraid ini di tempat yang tinggi berbanding dengan ilmu yang lain. Belajar ilmu faraid boleh mengelakkan perbalahan perebutan harta kerana hak waris telah ditentukan dengan jelas dalam Al-Quran 1,400 tahun dahulu. Let say lah perbalahan harta di bawa ke mahkamah syariah sekalipun, keputusan tetap berlandaskan hukum faraid.

Baru-baru ini, timbul semula isu perbalahan melibatkan harta pusaka milik arwah Abam Bocey antara balunya Siti Nurhidayah Mohd Ali dengan adik arwah iaitu Ali Puteh sehingga membawa ke mahkamah. Melihat kepada permasalahan ini, apa yang TF faham arwah Abam ada meninggalkan anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey. Maka pembahagian faraidh di sini adalah jelas yang mana ia hanya melibatkan;

  • Isteri
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak Lelaki

So, adik-beradik arwah bukan waris fardhu si mati memandangkan si mati mempunyai seorang anak lelaki yang diklasifikasikan sebagai waris asabah binnafsi. Maksudnya di sini, anak arwah Abam yang lelaki ni tadi akan dapat keseluruhan baki harta yang telah di tolak bahagian waris-waris fardhu arwah bapanya seperti ibu si anak ini tadi, nenek dan atok dia.

Justeru, pengiraan faraid yang terlibat adalah;

Isteri arwah Abam akan mendapat 1/8 bahagian sebab arwah ada meninggalkan anak. Seperti dalam surah an- Nisa’ ayat 12.

وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوٰجُكُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٌ فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّكُمْ وَلَدٌ فَإِن كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُم مِّن بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ وَإِن كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلٰلَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ فَإِن كَانُوا أَكْثَرَ مِن ذَٰلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَىٰ بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِّنَ اللهِ وَاللهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ

Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Sementara itu, ibu dan bapa kepada arwah Abam iaitu nenek dan atok pada Syed Uthman Hamzah pula akan mendapat 1/6 bahagian setiap seorang memandangkan arwah anaknya ini tadi ada meninggalkan cucu buat mereka. Seperti dalam surah an-Nisa’, ayat 11.

يُوصِيكُمُ اللهُ فِي أَوْلٰدِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنثَيَيْنِ فَإِن كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ وَإِن كَانَتْ وٰحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُ وَلَدٌ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ فَإِن كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ ءآبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا فَرِيضَةً مِّنَ اللهِ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika hanya ada anak-anak perempuan itu dua atau lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

So lepas dah buat pembahagian harta kepada waris-waris fardhu yang utama tadi maka baki harta arwah Abam secara keseluruhannya adalah milik anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah.

Serahkanlah ahli fardhunya yang berhak, maka bahagian baki itu adalah untuk anak lelaki yang dekat kepada si mati.

Hadis Rasulullah

Asal masalah kemudiannya haruslah dicari setelah waris-waris mendapat bahagian masing-masing. Asal masalah ni merupakan satu angka paling kecil untuk samakan penyebut bagi pecahan-pecahan tadi.

Pecahan-pecahan yang terlibat untuk kes ini adalah 1/8 dan 1/6. So, angka pembawah paling kecil bagi pecahan-pecahan tersebut adalah 24. Angka 24 tu kita klasifikasikan sebagai asal masalah. Ate…mana datangnya 24 ni? Kompius lah! Tak payahlah nak kompius sangat…subjek math dulukan ada belajar. Pecahan darab semua tu. Hmmmm…

Lepas tu angka pecahan untuk setiap waris perlulah diperbesarkan supaya selari dengan angka pembawah 24. Jadinya bahagian isteri arwah Abam tadi akan jadi 3/24, ibu 4/24, bapa 4/24. Sementara baki yang selebihnya iaitu 13/24 menjadi milik anak lelaki arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah.

Isunya…

Sumber: Harian Metro

Baru- baru ini kita dikejutkan dengan isu perbalahan harta pusaka milik arwah Abam yang melibatkan isteri arwah dan adik lelaki arwah iaitu Ali Puteh. Menurut pandangan TF berdasarkan kes-kes yang tular di media sosial beberapa bulan lalu, Ali telah bertindak melantik dirinya sebagai pengurus harta arwah Abam atau dalam Islam kita panggil sebagai Wasi. Sekiranya semasa hidup arwah telah melantik Ali menjadi Wasi, mungkin tak ada masalah. Namun yang menjadi isunya sekarang tak ada hitam putih atau bukti jelas menunjukkan beliau dilantik sebagai Wasi semasa arwah masih hidup.

Sekiranya si mati tak pernah melantik sesiapa menjadi Wasi, maka Wasi boleh dilantik oleh waris fardhu iaitu isteri, mak dan ayah si mati yang bersetuju melantik individu berkenaan sebagai Wasi. Sekiranya salah seorang dari waris fardhu tidak bersetuju atas perlantikan berkenaan yang mana dalam kes ini jelas isteri arwah tidak bersetuju atas perlantikan tersebut, maka individu yang dilantik ini tadi tidak boleh menjadi Wasi kepada harta arwah. Dan memandangkan arwah meninggalkan anak lelaki, maka dari segi hukum faraid Ali tidak mempunyai sebarang pecahan dalam pembahagian harta milik arwah Abam. Wallahualam.

Kesimpulannya

Secara keseluruhannya, perbincangan secara tertutup adalah tindakan yang sewajarnya dilakukan kedua individu ini tadi. Tambah lagi hal yang diperdebatkan melibatkan isu pembahagian harta pusaka yang dah jadi kelaziman orang bergaduh sebab tak puas hati tentang sesetengah perkara. Demi menjaga aib, TF seru agar perbalahan ini segera diselesaikan agar tak mengguris hati ramai pihak. Dan memandangkan ia telah pun tular kita sebagai netizen wajar ambil iktibar atas perkara tersebut kerana tak mustahil ianya boleh berlaku pada keluarga kita suatu hari nanti.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang Harta Pusaka.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Kalang Warisan Tarikan Terbaru Untuk Pelancong Luar & Penduduk Tempatan Di Terengganu

Previous article

Pengurusan Harta Pusaka. Siapa Yang Tanggung Kos?

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Harta Pusaka