Startup

Ini Sebab Orang Terengganu Tak Ke Pasar Masa RMO

0

Namun sebaliknya yang berlaku, kebanyakan warga Terengganu tidak lagi ke pasar seperti yang berlaku di negeri-negeri lain dalam tempoh RMO ini. Baik ketua keluarga mahupun Chief kepada ketua keluarga iaitu isteri. Mereka didapati patuh dengan seruan kerajaan iaitu Stay At Home!

Hasil tinjauan TF mendapati lebih ramai memilih menggunakan khidmat pesanan online berbanding merisikokan diri pergi ke pasar. Sejak tertubuhnya Terengganu Digital Hub (TD1303), banyak StartUp muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Dan apabila berlakunya keadaan luar jangka ini, ramai yang melihat startup-startup ini sangat membantu mereka terutamanya isi rumah yang kehabisan stok makanan dan tidak berani keluar rumah untuk mengelakkan diri dari dijangkiti virus COVID-19. Justeru, mereka memilih untuk menggunakan khidmat runner bagi membeli barangan-barangan dapur instead of bersesak-bersesak dengan orang awam.

Virus COVID-19 boleh dikatakan ada di mana-mana baik di fulus (wang kertas atau syiling), mesin atm, plastik, troli dan sebagainya. Hal ini menyebabkan masyarakat agak berwaspada untuk keluar membeli barang di tempat yang menjadi tumpuan ramai kerana khuatir dijangkiti wabak COVID-19 tanpa sedar.

“Abang tolong belikan ayang ikan kembung 1kg, ikan selar 2kg ngan ikan pari sekor. Oh! Pastu jangan lupa ikan selayang 0.5kg. Kucing kita pun sangap nak makan ikan bang” – Kata Isteri-

“Ikan buntal ayang tak nak abang beli sekali?” – Perli Suami-

“Bolehlah. Nanti ayang masak ikan buntal kuah singgang untuk abang” -Jawab Isteri Ikhlas-

Masalah! Ini sememangnya satu masalah besar buat para suami yang normal untuk mengenalpasti perbezaan antara ikan-ikan ini. Nampak cool bila terima arahan. Tapi menangis bila sampai pasar! Beberapa hari lepas pasaraya AEON baru sahaja menyediakan khidmat personal shopper untuk membantu para suami yang panik menerima arahan isteri untuk keluar membeli barangan dapur.

GANUFRESH BANTU RAKYAT TERENGGANU BELI BARANG BASAH KETIKA ‘STAY AT HOME’

Dengan wujudnya permasalahan ini, maka tertubuhnya satu komuniti yang terdiri daripada jejaka-jejaka hebat yang berupaya mengenali setiap spesis ikan di lautan. Bukan setakat itu, segala jenis sayur dan bahan-bahan mentah lain turut dikenali mereka. Kalah gugurl! Mereka ini beroperasi di sekitar Kuala Terengganu dan dikenali sebagai GanuFresh!

Nak Tahu Apa Itu GanuFresh?

GanuFresh merupakan perkhidmatan membeli barang basah ataupun concierge online berserta penghantaran. Jadi dok payoh gi pasor doh lar awok mung. Setakat ini ia hanya beroperasi di kawasan sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus! Kami di TF memang dah terbiasa beli barang secara online menggunakan aplikasi Shoppee, Lazada atau Apadaa semua tu. Namun aplikasi tersebut digunakan untuk membeli barang kering. Untuk barang basah rasanya inilah yang pertama dan seumpamanya di Terengganu! Hebak orang Tranung!

`

Macamana nak order di GanuFresh?

Senang je, masuk laman web ganufresh . Di situ terdapat kesemua jenis barangan basah untuk dipilih. Tapi jangan terkejut kalau hari ini anda buka cuma ada ikan sahaja sebab ianya baru permulaan. Maklumat yang TF terima baru-baru ini, mereka sedang giat menambah barang-barang lain seperti sayur, buah, barang kering dan makanan segera dalam waktu terdekat ini.

Nama saja dah GanuFresh so dah semestinya barang-barang yang disediakan fresh from market! Barang-barang basah ini bukan dibeli di pasaraya, di kedai runcit mahupun di 7E. Barang dibekalkan terus daripada pembekal di pasar borong. So, kesemua tempahan akan diuruskan seawal jam 4 pagi. Bermakna sekiranya anda ingin membuat sebarang tempahan, ianya harus diorder sehari sebelum. Kalau nak masak hari ni, tapi baru terkial-kial nak order hari ni, alamatnya simpan jelah niat tu. Ingat! Order sehari sebelum okay!

Macamana Nak Dapat Barang?

Mereka akan hantar terus ke depan pintu rumah anda. Ding Dong! Sampai..Dan yang paling best anda boleh tentukan jam berapa anda nak mereka tiba di rumah anda. Nice

So Nak Bayar Pulak Macamana?

Kerana fulus juga adalah tempat sasaran virus COVID-19, GanuFresh hanya menerima bayaran secara online. Tapi tak perlu risau, senang je, lepas dah pilih barang yang nak dibeli contohnya sotong, ikan atau ketam, apa yang perlu dibuat hanyalah tekan button check out. After that akan keluar interface online payment. Yeah! As simple as that!

Akhir Kata

Memang senang nak beli barang basah lepas ni. Cuma anda perlu layari laman web GanuFresh, order kesemua barang basah di situ sehari sebelum, taraaaa esok pagi barang pun sampai! Jimat masa, barang segar dan paling penting kita terhindar dari risiko terkena jangkitan virus COVID-19.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Usaha Komuniti 3D Printing Bantu Barisan Hadapan Cipta Face Shield Dianggap Hero Tak Didendang

Previous article

Strategi Helicopter Money Dalam Dana PRIHATIN

Next article

You may also like

Comments

Comments are closed.

More in Startup