fbpx
Inspirasi UsahawanJom Travel

Jangan Berangan nak Kaya Kalau Tak Baca 5 Buku Kewangan Ni

0

Kalau disuruh angkat tangan siapa yang nak jadi kaya? Memang berebut-rebut la orang angkat. Jarang kita tengok orang angkat tangan sebab saya nak jadi miskin. Tapi cuba kita fact find dalam ramai-ramai umat manusia yang nak jadi kaya ni berapa ramai yang suka membaca? Membaca itu bukan nak kasi nampak cool dan bukan jugak nak kasi nampak bijak. Tapi ingat apa ayat pertama Allah S.W.T turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W? Iqra’! Bacalah… Haa..Jadi cuba bagi alasan kenapa malas nak membaca? Eleh….tak semestinya nak kaya kena rajin membaca. Helloooo..kaya berduit dengan kaya berilmu beza okayy.

Contoh Pertama : Korang kaya dan banyak duit. Tapi bila korang takde ilmu, berkecimpung pulak dalam dunia perniagaan yang penuh onak duri, tamak, iri hati dan penipuan. Dengan senang je korang boleh kena game bila ilmu korang senipis kertas tisu. So no wonder dari kaya boleh jadi miskin.

Contoh kedua : Korang kaya dan berilmu. Biaq pi tak hensem pun kalau dua2 pakej tu lengkap memang possibility utk korang sustain dalam dunia perniagaan yang korang ceburi tu tinggi.

Enough cerita pasal kaya miskin ilmu semua ni. Actually post kali ni kami nak kongsi 5 buah buku kewangan yang sumpah tak membosankan. Mana yang nak kaya tapi malas membaca tu pun insyaAllah akan rajin membaca lepas ni. Al kisahnya buku-buku ini akan menginspired korang dan korang-korang yang lain yang bercita-cita nak jadi kaya. Ha ha ha (gelak orang kaya).

5 Buku Yang Anda Perlu Baca

1. Rich Dad Poor Dad

Ini buku pertama yang mengubah pemikiran kewangan kami di TF. Kalau korang bukan penggemar buku bahasa Inggeris jangan bimbang, buku ini ada diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Buku ini ditulis oleh Robert T. Kiyosaki.

Kami di TF bukanlah penggemar novel cintan cintun. Nipis ke tebal ke memang kami tak layan. Okay ni bohong. Ada jugak la layan sebuah dua buah buku. Sesaje nak isi masa lapang. Tapi memang dekat sebulan la baru habis. Namun apa yang lebih menghairankan Buku Rich Dad Poor Dad ni kami berjaya habiskan baca dalam masa 2 hari je! Amazing tak?

Buku ni takde lah mengajar korang cara-cara untuk jadi jutawan sekelip mata tapi dia ajar korang hal-hal berkaitan kewangan yang pasti dapat menggerakkan otak korang yang dalam mode hibernate tu.

Al kisahnya dalam buku ni dia ada 2 orang ayah. Satu ayah yang kaya dan satu lagi ayah yang miskin. Kedua-dua ayah dia ni sangat berlawanan cara dorang berfikir. Disebabkan corak pemikiran yang berbeza inilah yang menyebabkan seorang ni kaya dan seorang lagi miskin.

2. WTF: Faizul Ridzuan

Pelaburan Hartanah? Susah weyh. Ya memang susah. Anak muda sekarang ramai suka menyewa dari membeli, sebab sewa bayar lagi murah dari beli pastu kena bayar dekat bank bulan-bulan ye tak?

Tapi pemuda ini berjaya membuktikan yang beliau mampu bergelar jutawan menerusi pelaburan hartanah. Tapi kami suruh korang baca buku ni bukan sebab nak korang melabur dalam hartanah, tapi nak suruh korang belajar bagaimana titik permulaan beliau menceburi bidang ini.

Dari bujang sampailah kahwin dia hanya ada motor je. Tapi rumah dah berbijik-bijik! Cayalah! Kami masih ingat ada satu part yang dia tulis dalam buku ni. Ada orang tanya pada ayah mertuanya:

Menantu awak cuma ada motor je ke? Tak beli kereta?

Aah ada motor je, tapi dia dah ada beberapa buah rumah dah

Lepas ada 10 buah rumah barulah dia beli kereta, dan sekarang pun dah ada Porshe! Apa yang kita boleh belajar dari buku ini bagaimana disiplin membantu kita mengurus kewangan dengan baik.

3. The Secret

Ini pun bukan buku kewangan. Dah tu buat apa suruh baca? Sabar tuan hakim, sabar. Jangan jatuh hukum dulu.

Korang-korang yang baca portal The Fulus ni mesti pernah berniaga atau buat apa-apa investment bukan? Mesti ada makcik-makcik bawang yang kondem usaha korang buat selama ni kan? Ada yang perlekeh, cakap korang tak boleh berjaya atau merendah-rendahkan korang yang dah sedia rendah ke kan. Haih. Makcik…makcik. Kekadang bengkek je dengan orang-orang yang negatif camni.

Haa..bacalah buku ni. Buku ni boleh bantu korang jadi lebih positif setiap hari. Walaupun mungkin susah sikit, namun buku ini digarap dengan cantik dan boleh buat korang tak boring baca.

Buku ni penulis dia bukan orang Islam. So korang kenalah pandai-pandai relatekan apa yang ditulis dalam rutin harian kita sebagai orang islam. Untuk non muslim, anda boleh serasikan dengan agama anda. Basically apa yang ditulis dalam buku ni berkisar tentang ‘Gratitude‘ atau dari sudut islamnya ‘Syukur‘. Tapi sejauh mana kita memahami tentang syukur? Wirid kita selepas solat pun hanya ucapan Saya Syukur tapi tak tahu apa yang disyukurkan. Betul tak? Ke kami je yang macamtu? Astaga..

4. Biografi Syed Mokhtar al Bukhari

Siapa je yang tak kenal Tan Sri Syed Mokhtar kan? Perasan tak, hampir semua orang kenal siapa Syed Mokhtar, orang melayu terkaya di Malaysia. Tapi cuba tanya diri korang, bila last korang nampak Tan Sri? Tak kisah lar dalam Tv ke, Facebook ke atau Youtube ke, mana-mana jelah? Pernah nampak tak? Jarang sangat kan?

Apa yang TF cuba sampaikan adalah yang Tan Sri Syed Mokhtar ni sangat low profile. Beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya. Kejayaan beliau sangat menginpirasikan. Kaya tetapi tawaddu’, itulah Tan Sri Syed Mokhtar. Jika tak daripada dia, daripada siapa lagi kita nak belajar, betul tak?

Ternyata beliau merupakan bumiputera yang paling kaya, paling berjaya di Malaysia. Beliaulah role model yang sesuai diikuti.

5. Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima

Youth power. Zaman dah berubah. Mungkin ada yang kata buku-buku yang disenaraikan sebelum-sebelum ni dah tak relevan dengan zaman sekarang. Ini zaman media sosial beb. Buku kat atas dah macam buku zaman baru merdeka? Sabo… ni kami nak kongsi tentang satu buku yang ditulis oleh anak muda Azraei Muhamad. Tahun 2020 ni umur dia baru saja cecah 30 tahun.

Dah jadi jutawan ke dia ni? Belum.. Tengok tajuk la saudara. “Enam Angka” maknanya dia dah ada enam angka sekarang ni. Eleh baru enam angka nak belajar apa. Assalammualaikum.. saudara dah ada berapa angka dalam simpanan saudara? Agak-agaknya ada tak enam angka? Okay gurau. Jangan terasa hati. Maaf..

Al kisahnya dia ni bukan usahawan sepenuh masa. Dia pun makan gaji macam korang-korang jugak. Yang bestnya detik dia berjaya ada 6 angka dalam simpanan time dia dapat gaji pertama! Tips dia lebih pada menyimpan dan invest. Macamana cara beliau buat tu ada tertulis dalam buku.

Buku ini lebih sesuai untuk student-student yang masih belajar atau yang baru grad. Buku ni berkisar tentang macam mana dia menguruskan wang & perbelanjaan di universiti. Ptptn dan sebagainya tu lah.

Akhir Kata

Macam mana kalau dah baca buku-buku ni masih tak kaya-kaya jugak? Errrr…jangan bimbang. TF pun tak kaya jugak lagi. Tapi guru TF pernah berpesan:

Biar slow-slow jadi kaya. Jangan Terus jadi Kaya. Bimbang nanti terkejut dapat 1 Juta, dah jadi gila.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Dianggap Payah & Kolot, Ini Kehebatan Takaful Yang Anda Patut Tahu

Previous article

Teknik Rahsia Menyimpan Duit Walaupun Gaji Ciput

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up