Startup

Jom Menang Geran Perniagaan SUPERB Hingga RM500,000!

0

Pada Julai 2020 lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof telah melancarkan geran program SUPERB yang dikendalikan oleh syarikat TERAJU Agenda Bumiputera (Teraju).

SUPERB terbuka kepada individu atau usahawan Bumiputera dan syarikat permulaan (start-up) Bumiputera beroperasi kurang dari 3 tahun. Untuk sertai program ini anda haruslah mempunyai idea serta produk yang inovatif dan kreatif yang mana idea serta produk tersebut berpotensi untuk diketengahkan.

Antara Kriteria-Kriteria Yang Di Nilai

SUPERB diadili oleh juri-juri profesional yang terdiri daripada kumpulan usahawan dan wakil agensi. Golongan professional ini bertindak menyaring idea-idea perniagaan yang diketengahkan oleh peserta-peserta berdasarkan kriteria-kriteria berikut;

Sekiranya sesebuah perniagaan itu lebih besar, maka lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan, maka kadar pengangguran di negara ini dapat dikurangkan. Malah cukai korporat juga lebih banyak sekaligus beri impak positif pada ekonomi negara. Ini antara matlamat penganjuran program berkenaan.

Justeru, tahun 2020 ini, TERAJU memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk membiayai pemenang program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) 2020 edisi ke -15!

Wow!!! Menarik ni! Macam mana nak apply?? Idea bisnes ada dah ni tapi nak run tak run-run lagi sebab modal tak ada. Bertenang…ikut je 3 langkah mudah dekat bawah untuk apply geran SUPERB ni.

Ikuti 3 Langkah Mudah Dan Apply Sekarang

Sila masuk ke laman web ini terlebih dahulu

https://superb.teraju.gov.my/home

Klik Daftar Sekarang
Masukkan No. Kad Pengenalan & Kata Laluan anda sekiranya anda telah memiliki akaun SUPERB. Namun, sekiranya anda masih belum memiliki akaun, anda boleh klik di bahagian ‘Daftar’
Paparan untuk mereka yang pertama kali baru nak daftar

Memandangkan kerajaan amat optimis terhadap syarikat pemula niaga (start up) dalam penginovasian digital, so kerajaan pun nak jugak pastikan sama ada syarikat-syarikat ini bersiap sedia serta berdaya saing atau tak lebih-lebih lagi dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dan di peringkat global. Haaa…gitu ceritanya.

Di sini kami juga akan kongsikan kisah pemenang-pemenang geran SUPERB iaitu KITAMEN dan IMI Creative yang memenuhi slot inspirasi usahawan dalam blog The Fulus ini. Check this out!

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

7 Perkara Isteri Wajib Tahu Selepas Suami Meninggal

Previous article

Budak 11 Tahun Dari Peru Miliki Sebuah Bank

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Startup