Jom Travel

Kalang Warisan Tarikan Terbaru Untuk Pelancong Luar & Penduduk Tempatan Di Terengganu

0

Beberapa hari lepas TF tertarik dengan berita tentang sebuah tempat yang dipanggil Kalang Warisan. Bila dok belek-belek gambar tetiba rasa hangat telinga ehhhhh….ni dekat kampung aku!

Maka dengan rasa kagum dan tertarik dengan idea yang diketengahkan oleh komuniti di kampung ini maka The Fulus terpanggil untuk explore sendiri keunikan tempat ini.

Kalang menurut kamus pelajar edisi kedua membawa maksud kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu. Beroperasi sejak 31 Julai lalu, Kalang Warisan di wujudkan bukan semata nak tarik masyarakat setempat menerusi kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan, namun dari satu sudut, Kalang Warisan dilihat berpotensi menarik lebih ramai pelancong luar ke negeri ini disamping mereka berpeluang selami budaya masyarakat tempatan dan pada masa bersantai menikmati suasana kampung bersama keluarga.

Kalang Warisan dibangunkan berasaskan Comunity Base Tourism atau Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) yang secara tak langsung membantu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.

Kerajaan negeri memberi sokongan penuh dalam memastikan CBT dapat diwujudkan lebih banyak lagi.
.

Komuniti setempat juga turut disaran supaya lebih kreatif dalam membangunkan lokasi-lokasi menarik di kawasan mereka supaya ia boleh dinaiktaraf menjadi lokasi pelancongan.
.

Banyak tempat menarik di negeri ini yang boleh dibangunkan berasaskan CBT seperti Dataran Batu Putih, Marang, Dataran Banggol Cempedak di Serada dan Kalang Warisan ini adalah projek CBT yang terbaik!

Ariffin Deraman, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri
Dataran Banggol Cempedak

Beberapa hari lepas TF ke Dataran Banggol Cempedak dan tak sangka ada tempat semenarik ini berdekatan tempat tinggal TF. Untuk orang luar yang tak berapa tahu pasal Serada ni, jom TF story sikit. Serada amat popular dengan penghasilan dan pengeluaran buah duku di Malaysia. Dukunya yang lazat dan manis turut menjadi faktor kedatangan orang luar ke kampung ini untuk rasai sendiri keenakannya. Kebanyakan penduduk di kampung ini memiliki pokok duku di kediaman masing-masing dan apabila tiba musim buah, duku-duku ini akan dijual pada pembeli seterusnya dieksport ke luar.

Sewaktu ke Dataran Banggol Cempedak, satu suasana petang yang sangat damai, tenang dan welcoming telah menyebabkan kami memutuskan untuk spend masa di situ melayan anak main air sampai ke maghrib. Budak dengan air tak boleh pisah! Lencun pun lencunlah asal puas hati. Yang paling syok bila tengok budak-budak bergayut dekat tali lepas tu terjun dalam air. Fuh! Hebat ko dik. Kalau abang tu bukan kata nak terjun , silap-silap bergayut sampai ke subuh esok. Gayat oi! Prevention and safety come first so pastikan korang pakai jaket keselamatan atau pelampung bila jalankan aktiviti air. Mak bapak pulak jangan alpa leka dok selfie tak ingat dunia. Tetahu anak hilang entah ke mana.

Dataran Banggol Cempedak

Kalau tadi tu bercerita dekat Dataran Banggol Cempedak, haaa sekarang nak cerita dekat Kalang Warisan Pulau Manis pulak. Dekat je kedua-dua lokasi ni. Dikhabarkan di sana banyak water sport yang disediakan contohnya berkayak, menaiki bot dan basikal air. Malah aktiviti memanah turut disediakan dengan mengenakan kadar bayaran sebanyak RM5 bagi tempoh setengah jam untuk kesemua aktiviti yang dinyatakan tadi.

Bagi memastikan keselamatan pengunjung, kita juga menyediakan jaket keselamatan dan setiap aktiviti air diwajibkan memakai jaket keselamatan.
.

Kalang Warisan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6.30 petang setiap hari di samping tapak perkhemahan dan gerai jualan turut disediakan.

.

Bagi peminat Nasi Tenon terdapat dua pilihan lauk iaitu Patin Tempoyak dan Singgang Budu. Anda boleh nikmati juadah tersebut di sini yang dijual pada harga berpatutan.

Mohd Rafi Kori, Penyelaras Kalang Warisan

Menarik ni kalau nak buat family day atau port untuk bina semangat. Ada je homestay-homestay dekat-dekat sini.

Sila baca artikel kami yang lain tentang Jom Travel.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

4 Anak Muda Melayu Dari Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia

Previous article

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Disebalik Kemelut Harta Pusaka Yang Melibatkan Ali Dan Balu Abam

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *