Inspirasi Usahawan

Kambing Hensem Harga 1 Dinar: Ini Fakta Tentang Kambing Dan Dinar Anda Patut Tahu

0

Memandangkan tak lama lagi kita nak menyambut Raya Aidiladha, rasanya ramai dah dok standby binatang-binatang berbulu untuk disembelih. Ada yang dah siap parking unta dekat porch, simpan lembu dalam bilik, tambat kambing tepi dapur. Kesemua binatang-binatang ni pulak dah redha nk kena sembelih. Tak kisahlah nak korbankan apa sekalipun asalkan niat untuk bersedekah tu pun dah diambil kira amal pahalanya. Tapi dalam kita sibuk sembelih sana sembelih sini pernah tak dengar kisah Rasulullah ﷺ meminta seorang sahabat membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar?

Sebenarnya kisah ni lama dah TF nak share dalam blog The Fulus. Ia berlaku ketika zaman Rasulullah ﷺ lagi. Time tu sistem jual beli guna matawang emas dan perak. Ia dipanggil dinar dan dirham. Kisahnya macam ni.

Pada satu hari Rasulullah ﷺ menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Kemudian Rasulullahﷺ memberikan kepadaku 1 dinar dan mengatakan “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.”
.

Aku pergi menemui lelaki itu dan melakukan tawar-menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga 1 dinar. Kemudian aku bawa kedua-dua ekor kambing itu. Tetapi ketika dalam perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli 1 daripada kambing itu daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga 1 dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah ﷺ dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata “Wahai Rasulullah ﷺ, ini dinar dan kambing milikmu.”

.

Rasulullah ﷺ bertanya, “Bagaimana kamu melakukannya? Aku menceritakan kepada beliau apa yang aku lakukan, kemudian beliau mengatakan, “Wahai Allah, berkati perniagaanya (Urwah).”

(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)

Sembilan tahun lepas nilai 1 dinar bersamaan dengan RM600. Time tu harga seekor kambing pun RM600. Tapi sekarang kambing dah naik harga jadi RM900. So nilai 1 dinar ketika ini juga adalah RM900. Kalau anda perasan, harga turun naik dinar actually bersangkut paut dengan harga kambing. Makin hensem kambing, makin tinggilah nilai nya maka harga dinar pun turut sama tinggi menyerupai nilai seekor kambing hensem tadi. Hipotesis diterima!

So apa yang TF nak kongsi disini adalah, dinar merupakan simpanan yang amat sesuai dan berkesan. Tak kisahlah nak buat pelaburan ke tabungan ke atau sorok bawah bantal ke. Tak kisah, memang tak kisah! Sebab dinar merupakan salah satu bentuk investment. Jauh beza wei berbanding anda buat simpanan dalam bentuk wang kertas yang kita sebut sebagai fiat money tu. Kenapa? Sebab sekiranya berlaku inflasi, fiat money adalah yang paling terkesan sekali. Memandangkan kambing tak boleh disimpan dekat bank, so ramai yang prefer untuk simpan emas atau fiat money. Tapi ramai jugak yang pilih fiat money lagi berbanding emas.

Sebagai contoh, setiap tahun beranak. Lepas tu mulalah sibuk nak buat aqiqah untuk anak. Kebetulan dalam bank time tu ada fulus RM900. Tup tup berlakunya inflasi. Makanya nilai RM900 berbentuk wang kertas atau fiat money tadi dah pun berkurang. Kambing hensem pulak tak agak-agak naik harga sampai RM1400 contohnya. So, hal inilah yang kita klasifikasikan sebagai inflasi.

Tapi yang bestnya, kalau anda membuat simpanan berupa 1 dinar untuk aqiqah anak, sampai masa nak jalankan ibadah aqiqah tu, bolehlah anda jual 1 dinar emas tadi untuk beli seekor kambing. Hensem tak hensem ke kambing tu belakang cerita.

Same goes kalau nak buat tabungan pendidikan untuk anak-anak. Lebih baik simpan guna emas berbanding fiat money. Why? Why? Sebab emas sentiasa simpan nilainya sendiri. Malah ia digunakan sebagai instrumen dagangan sejak dulu lagi. Akhir kata, nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya, nilai kambing pulak terletak pada kehensemannya, saiz, jenis, umur dan sebagainya. Maksudnya dekat sini, nilai emas terletak pada emas itu sendiri manakala nilai kambing terletak pada kambing itu sendiri. Tapi kena ingat nilai wang kertas tak terletak pada kertasnya.

Akhir kata sekali lagi, pelaburan untuk jangka masa panjang adalah simpanan berbentuk physical asset macam emas, hartanah atau tanah sebab aset-aset fizikal seperti ini dapat pertahankan nilainya untuk suatu jangka masa yang panjang.

Sebaliknya simpanan berbentuk fulus kertas (simpan duit dekat bank) lebih sesuai digunakan untuk kes-kes kecemasan yang mana memang anda nak pakai untuk waktu terdekat. Dalam erti kata lain just for transaction process, sebab ia memang tak sesuai nak dibuat sebagai simpanan. Wallahualam.

Sila baca juga artikel kami yang lain berkaitan pelaburan https://thefulus.com/forex-halal-atau-haram/

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Kisah Di Sebalik Kejayaan Samsung Yang Ramai Orang Tak Tahu

Previous article

Cara Langsai Hutang Menggunakan Kaedah Snowball

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *