Harta Pusaka

5 Sebab Kenapa Aku Yang Kena Jelaskan Hutang Dia

0

Kenapa aku yang kena jelaskan hutang dia pulak? Perkara-perkara macam ni selalu dipandang remeh oleh kebanyakan waris sampaikan ada yang cakap;

“Eh! Hutang arwah ayah hutang dia lah. Pehal abang pulak nak kena setel! Aku mana ada duit. Orang tua tu pun, mana ada tinggal duit dekat aku.”

“Korang datang rumah aku ni nak buat ape? Tuntut hutang arwah? Pergi mintak sendiri la! Tu kubur dia depan tu. Mintak dengan aku buat ape?”

Don’t be selfish guys! Sebagai manusia dan pewaris korang perlu pentingkan nasib arwah mak ayah korang yang meninggal sewaktu dirinya masih berhutang. Maka, harta-harta yang ditinggalkan oleh mereka untuk korang, silalah guna untuk lunas hutang-hutang arwah terlebih dahulu. Kita yang masih punya kudrat dan paling penting masih hidup ni ada masa lagi untuk berusaha kumpul harta. Janganlah tamak sampaikan roh arwah terseksa di alam barzakh kerana hutangnya yang belum langsai!

Rasulullah pernah menegaskan dalam hadis Baginda yang membawa maksud;

“Jiwa seorang Mukmin itu disangkutkan dengan hutangnya, sehingga hutangnya itu dilunaskan.”

Riwayat Hajar dan At-Tirmizi

Selagi mana hutang si mati tak dijelaskan sama ada menggunakan harta yang ditinggalkan si mati tadi, maka selagi itulah rohnya terseksa di alam barzakh.

Hutang Terbahagi Kepada Dua Bentuk

1. Hutang dengan Allah SWT

Hutang dengan Allah SWT ini termasuklah;

i) Zakat

Sebagai contoh, ayah korang ada akaun ASB. Memang setiap bulan dia akan peruntukkan sejumlah wang daripada keuntungan bisnes dia untuk disimpan dalam akaun ASB. Banyak kali jugaklah ayah korang dapat dividen. Tup-tup suatu hari ayah korang meninggal. Mak korang pun terbuka cerita;

“Ayah korang dulu banyak kali dapat dividen ASB tapi tak pernah sekali pun mak tengok dia berzakat.”

Kenapa aku yang kena bayar hutang dia pulak?

So sebagai anak apa yang korang perlu buat? You have to do something. You cannot simply ignore the fact that ayah tak pernah keluarkan zakat. What you must do is kumpul semua wang simpanan perniagaan arwah ayah korang tadi, lepas tu bolehlah korang sepakat adik-beradik untuk keluarkan 2.5% sebagai zakat yang wajib daripada wang tersebut. Actually zakat ni korang boleh je serahkan pada mana-mana pejabat zakat atau boleh agih terus kepada golongan asnaf yang layak terima wang zakat tersebut.

ii) Haji

Okay benda ni memang ada terjadi. One of my friend pernah share this story. Arwah ayah dia belum tunaikan haji sedangkan dalam akaun Tabung Haji dia dah cukup pun untuk dia pergi menunaikan haji. Malah, ayah dia juga dah beberapa kali dapat panggilan untuk kerjakan haji namun ayah dia mintak tangguh sebab ada beberapa perkara penting yang nak kena selesaikan terlebih dahulu.

Kenapa aku yang kena bayar hutang dia pulak?

Selang beberapa minggu kemudian ayah dia terkena serangan jantung dan terus meninggal. Maka, di sini selaku waris korang wajib sepakat keluarkan badal haji sebanyak RM2,500 (kebiasaannya) dan serahkan pada Tabung Haji ataupun mereka yang mampu untuk kerjakan badal haji untuk arwah ayah ini tadi. The best way korang hantar wakil dalam kalangan waris-waris atau korang sendiri pergi. Ataupun boleh jugak upah seseorang khas untuk laksanakan badal haji untuk arwah ayah.

iii) Kifarah

Don’t forget to ask your parents either one of them pernah lakukan apa-apa kesilapan yang dendanya berbentuk kifarah (sama ada diwajibkan berpuasa dua bulan berturut-turut atau wajib beri makan 60 orang miskin), dan kifarahnya belum ditunaikan. Tanyalah pada adik-beradik atau sesiapa yang berkenaan, waktu hidup arwah ayah ada tak nyatakan apa-apa nazar.

Sebagai contoh;

“Abang Long, kalau saya berjaya dengan projek ni saya akan bawa Abang Long tunaikan umrah dengan saya hujung tahun ni di tanah suci. InsyaAllah! Abang Long tolong doakan saya ye”

Ternyata projek tu berjaya, tapi tak sempat nak tunaikan nazar ayah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Maka, selaku waris , kita wajib tunaikan apa yang pernah dinazarkan oleh arwah ayah dengan guna peruntukan wang ataupun harta yang arwah ayah ni tinggalkan tadi. Antara contoh lain;

“Kalau mak dapat tanah dekat Jeram tu, suku ekar mak nak bagi pada mak su kau.”

Tanah dekat Jeram berjaya dapat, namun nyawa mak tak panjang, mak meninggal. Maka, selaku waris korang perlu tunaikan nazar tersebut sekiranya mak korang tak sempat nak tunai nazar yang dia buat.

iv) Fidyah

TF pernah terbaca satu kisah yang ayahnya tak pernah berpuasa. Memula macam payah nak caya. Orang islam kot. Takkan tak puasa. Tapi dalam kisah tu dia sangat kesal bila tahu yang ayah dia tak pernah puasa. Perkara tu disahkan oleh isteri arwah mengatakan arwah tak pernah berpuasa. Bukan sebab dia sakit atau memang tak digalakkan oleh doktor untuk berpuasa, tapi arwah memang sengaja malas puasa! Jangan terkejut, memang ada orang islam macam tu. Wahai manusiaaaaa…..sedangkan Rasulullah berpuasa, kenapa tak kita? Fahaman apakah yang anda pegang ni?

Kenapa aku yang kena bayar hutang dia pulak?

Lepas dah buat kiraan fidyah semua, fidyah arwah ayahnya lebih kurang RM35,000.00! Banyak siot! Waktu tu dia terkejut giler dengar jumlah tersebut.

What should I do? Serius saya buntu.

Maka seorang ustaz ni kata,

“Macam ni kalau arwah ayah ada tinggalkan wang atau harta, maka awak wajib bayar fidyahnya dengan menggunakan wang atau harta yang ditinggalkannya tu. Ustaz nak tanya ni, ada arwah ayah tinggalkan harta?”

Long pause….no answer. Tengok ye… Bukan senang sebenarnya untuk bantu bayar hutang arwah. Bila arwah ada tinggalkan harta, lain cerita. Bila tak tinggalkan harta pulak lain sinetron dia. Maka, timbulnya persoalan di sini, adakah waris-waris arwah faham atau tak macam mana nak urus harta pusaka arwah??

2. Hutang Kepada Manusia

Hutang dengan manusia ni lain pulak cerita dan bentuknya. Ia mungkin melibatkan jual beli, pinjam barang, pinjam duit, janji nak bagi tu ini, sewa, upah, komisen aiiii macam-macam lagilah! Kebiasaannya, sebelum jenazah dibawa dikebumikan , wakil waris akan berkata,

“Saya selaku wakil waris berharap agar tuan atau puan dapat memaafkan segala kesalahan arwah semasa beliau masih hidup. Mintak dihalal makan minumnya. Dan jika arwah ada berhutang dengan tuan puan , diharap dapatlah datang berjumpa dengan saya. InsyaAllah, kami waris-waris akan berusaha untuk bayar segala hutang-hutang arwah.”

Sebenarnya senang je nak setel hutang selagi ada hitam putih (bertulis). Malah, ia ditegaskan dalam Al-Quran;

“Apabila kamu berhutang, maka hendaklah kamu tuliskan (perkara jumlah, di mana, bila, saksi dan sebagainya).”

Surah Al-Baqarah, ayat 282

Tapi bila fikir-fikir balik, berapa ramai je yang concern pasal benda-benda gini. Kebanyakannya ambil mudah je. Maka timbulnya masalah bila nak setelkan hutang yang tak ada hitam putih (tak bertulis). Kita yang sebagai waris ni dah tersepit. Dahlah nak tolong membayarnya pun payah, kalau tak dibayar nanti susah pulak! Aduiiiiihhhh. Serabutlah!

In this case, Islam benarkan kita minta pihak pemiutang (orang yang memberi hutang) bersumpah dengan nama Allah SWT. Ia boleh dilakukan secara berperingkat. Sebagai contoh;

“Wallahi! Sesungguhnya ayah kamu ada berhutang dengan saya sebanyak RM5,000.00.”

Kita pulak sebagai waris kalau dengar pengakuan sumpah rasa macam tak puas hati je kan, so kita boleh mintak dia bersumpah dengan lebih tegas! Contohnya;

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi! Sesungguhnya ayah kamu ada berhutang dengan saya sebanyak RM5,000.00.”

Kalau masih tak puas hati lagi , maka boleh buat penegasan sampailah kedua-dua pihak betul-betul puas hati.

Yelahhh….sebagai waris, bukannya senang beb nak lunaskan hutang arwah ni tadi walaupun arwah ada tinggalkan fulusss. Why??? Sebabnya dahlah tak ada bukti hitam putih yang mengatakan arwah ayah ada hutang dengan orang tu. Karang kot main belasah je bagi duit tak ke rugi. Orang sekarang ni pengakuan sumpah pun dia boleh buat main.

Dalam masa sama, dah jadi beban pulak kepada pemiutang untuk cari atau tunjukkan apa-apa bukti yang mensabitkan arwah masih berhutang dengannya. Maka nampak tak dekat sini betullah seperti apa yang disarankan dalam Al-Quran. Kalau kita nak berhutang atau beri hutang mestilah didokumenkan, ada hitam putih. Ia bukan saja memudahkan kita, bahkan memudahkan waris-waris nak uruskan segala hutang- piutang kita bila mana kita dah meninggal nanti.

Kesimpulannya…

  • Sekiranya berhutang, tulislah hitam putih sebab ia sangat-sangat dituntut dalam islam.
  • Bila berhutang, berusahalah untuk langsaikannya semasa masih hidup. Cari jalan untuk lunaskan hutang-hutang tersebut sama ada sebelum atau selepas meninggal dunia supaya waris-waris tak terbeban dengan hutang-hutang kita.

Sila baca juga artikel kami yang lain berkaitan harta pusaka.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Ini Cara Bagaimana Mereka Yang Terkesan Dengan Pandemik ‘Survive’

Previous article

Lata Kolam Air Deru Ecopark Yang Cantik Memukau

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Harta Pusaka