fbpx
Inspirasi Usahawan

Kenapa Jay-Z dan Serena Williams sanggup melabur dalam Kopi Kenangan ini?

0

Sorang rapper, sorang lagi pemain tennis. Siapa yang tak kenal dengan dua nama gah Jay -Z dan Serena William. Dorang ni bukan setakat hebat menyanyi rap ngan main tenis je, tapi juga power dalam bisnes ni. Lagi-lagi bab invest saham pastu untung billion-billion tu kan.

Nak jadi cerita diorang suka bagi dana berbilion-billion pada syarikat-syarikat yang nak baru up. Bila mengetahui tentang hal ini CEO Kopi Kenangan cuba nasib untuk present bisnes dia kepada Jay-Z. Mana tau…sangkut ke kan.

Siapa sangka, akhirnya Jay-Z bersetuju bagi fund dalam bisnes Kopi Kenangan. Ni baru dinamakan rezeki turun dari langit. Ka-ching..Ka-ching..haa gitu.

Kenapa agaknya dorang ni minat sangat nak melabur dalam kopi kenangan ni? Apa yang menarik sangat? Dan apa dia Kopi Kenangan ni sebenarnya?

Jom kita brief sikit pasal Kopi Kenangan yg menjadi perbualan hangat di media-media sosial ni.

Actually Kopi Kenangan start establish tahun 2017 di Indonesia. Ianya hasil kepala gila 3 orang member zaman sekolah Edward Tirtanata, James Prananto dan Cynthia Chaerunnisa.

Kenangan manis yang sudah tiada, tetapi suka datang tiba-tiba di fikiran.

Pastu Kopi Kenangan ni plak visi dia nak kasi up brand dorang ni ke peringkat internasionale. Sebenarnya memang tak salah pun nk pasang impian tinggi melangit. Ye tak? So that’s why CEO dia si Tirtanata gigih gila tarik investor-investor luar yang boleh bantu dorang dalam brand-building (sumber : scmp.com)

Power tak power Kopi Kenangan ni, Jun tahun ni saja dia berjaya meraih dana sebanyak US$ 20 million dari syarikat Sequioa India dan menerima dana sebanyak US$ 8 million dari AlphaJWC. Ia dinamakan Series -A funding bertujuan untuk mengembangkan bisnes.

So, yang paling latest adalah funding yang dorang terima daripada William-backed Serena Ventures & Arrive dan Entertainment Company Roc Nation yang dimiliki oleh Rap Singer Jay-Z.

So sekarang kita kembali kepada topik kenapa? Kenapa Jay -Z ngan Serena nak invest dalam Kopi Kenangan ni? Adakah dorang nampak yang Kopi Kenangan berpotensi untuk pergi jauh? Jay -Z memang nama yang tak asing dalam dunia muzik rap. Walaupun umur dia dah 50 tahun pun dia masih boleh rap lagi. Dia juga husband kepada Beyonce. Jay-Z sebenarnya memang banyak melabur dengan syarikat-syarikat luar . Dia juga salah seorang pemegang saham Uber, luggage maker Away, private plane company Jet Smarter dan California-based cannabis company Caliva. Dan jumlah pelaburan dia boleh dikatakan mencecah US$ 1 billion.

Menurut satu sumber, CEO Kopi Kenangan menyatakan Jay-Z dan Serena yakin bahawa mereka mampu mengkomersialkan jenama Kopi Kenangan ke peringkat antarabangsa. Dan itu menjadi sebab kenapa mereka berminat untuk melabur dalam syarikat berkenaan. Perjanjian juga turut ditandatangani minggu lepas di mana Serena William melalui syarikatnya Serena-Backed William Ventures & Arrive dan Jay-Z menerusi anak syarikat dia iaitu Roc Nation Entertainment Company.

Fuhhh Power la Kopi Indon ni! Kopi-kopi dekat Malaysia pun mungkin boleh cari investor-investor power mcm Jay-Z jugak kan. Mungkin pasni boleh tarik pelabur macam…. dot dot dot. Selamat Mencuba!

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

8 Cara Popular Pilih Medical Card Terbaik

Previous article

Sungai Chomo Lokasi Rahsia di Tasik Kenyir Yang Ramai Orang Tak Tahu

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up