fbpx
Perlindungan

Kereta Total Lost Tapi Tak Dapat Pampasan Penuh?

0

Nak dijadikan cerita, Muaz bukan nama sebenar baru beli motor takaful. Dia insuredkan RM50,000 untuk kereta Honda dia. 6 bulan lepastu dia accident teruk sampai total lost kereta dia. Sekali bila tengok jumlah yang syarikat takaful bayar cuma RM35,000! ini tidak adil!

Saya cover kereta saya RM50,000 tapi syarikat takaful bayar RM35,000 je! Sangat tak adil. Dah lar loan kereta saya banyak lagi RM45,000. tak pasal-pasal saya kena tambah sendiri RM10,000 pada bank

Muaz

Rahsia Kenapa Perkara Ini Terjadi Terbongkar

Ada sebab kenapa perkara ini terjadi. Bukan sebab syarikat takaful berlaku tidak adil tetapi kesilapan kita tidak mengetahui apa bentuk motor takaful yang kita ambil buatkan benda ni terjadi.

Ada 2 jenis motor takaful yang ada di pasaran Malaysia:

1. Market Value

Ini yang biasanya diambil, market value. Bunyi macam sangat meyakinkan tapi apa pun mari kita tengok apa ciri-ciri dia:

Market Value bermaksud syarikat takaful akan membayar pampasan mengikut harga semasa kenderaan anda.

  1. Anda lindungi kereta anda pada nilai RM50,000
  2. Semasa accident total lost nilai kereta anda ketika tu RM35,000
  3. Anda hanya akan dapat pampasan sebanyak RM35,000 dan bukan RM50,000 seperti yang dilindungi
  4. Ini adalah kerana ia mengikut ‘market Value’ ataupun ‘Harga Semasa’
  5. Sekiranya baki pinjaman kereta anda dekat bank lebih dari jumlah pampasan, maka anda kena bayar sendiri balance tersebut.

(sesuai sekiranya anda ingin berjimat dan juga kalau kereta anda bukan kereta baru dan sudah habis loan)

2. Agreed Value

Dengan agreed value, anda akan dapat pampasan mengikut nilai sama seperti yang anda buat masa beli motor takaful dulu. walaupun harga kereta semakin turun nilai dia, dia tetap bagi pampasan pada nilai yang dipersetujui bersama antara anda dan juga pengendali takaful.

Anda kena tanya ejen atau wakil takaful untuk dapatkan agreed value ni. Ada pengendali takaful yang memang tak offer agreed value. Jadi anda kena rajin-rajin survey syarikat mana yang ada offer

Mari kita tengok apa kelebihan agreed value

  1. Anda lindungi kereta anda pada nilai RM50,000
  2. Semasa accident total lost nilai kereta anda ketika tu RM35,000
  3. Anda akan dapat pampasan sebanyak RM50,000 dan ini bermakna anda ada RM15,000 cash lebih.
  4. Agreed value akan membolehkan anda dapat pampasan mengikut nilai dipersetujui semasa memohon
  5. Sekiranya baki pinjaman kereta anda dekat bank RM35,000, ini bermakna anda ada cash lebih RM15,000 untuk bayar downpayment kereta baru!

(disarankan sekiranya kereta anda kereta baru dan masih ada loan bank yang banyak untuk mengelakkan anda kena tambah sendiri duit loan bank)

Jadi Yang Mana Terbaik?

Nampak kan apa perbeza market value & agreed value? Jadi lepas ni boleh lar pilih antara 2 jenis motor takaful ni. Jangan keliru antara ‘yang paling murah atau yang paling banyak manfaat. Sebelum berjumpa dengan wakil takaful, ‘set’ kan dalam minda, apa yang ada inginkan samada manfaat yang terbaik atau penjimatan yang maksima.

TF lebih suka agreed value sebab barulah tak pening kepala kalau jadi apa-apa. Kalau kereta total lost boleh beli kereta baru. Kalau market value nak buat settle loan pun tak lepas, nak beli kereta baru macamana pulak kan? Tapi kalau kereta dah habis loan & usia kereta pun dah lama, nak pilih market value sebab nak jimat why not kan? pilihan di tangan anda.

Agak-agak untuk agreed value pengendali takaful mana yang bagi offer paling baik? Selamat mencuba!

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

3 Kali Hampir Maut Ketika Cuba Tawan Himalaya

Previous article

Dahmakan Raih RM75.89 Juta Dalam Dana Pelaburan Pusingan Siri B

Next article

Comments

Comments are closed.

sponsor
Login/Sign up